" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 1 October 2014

Penyebab Sakit Kepala Dan Penawarnya

Anda sakit kepala? Sakit kepala memang tidak selesa. Entah dari manalah datangnya tetapi jika anda meneliti tabiat anda, anda boleh mencari puncanya. Inilah penyebab seseorang mengalami sakit kepala.

Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein.

Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.

Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.

Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.

Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.

Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.

Nota : Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang berterusan, dinasihatkan supaya terus berjumpa dengan doktor pakar untuk rawatan lanjut.

Bagi mereka yang selalu sahaja sakit kepala,boleh ikuti tips yang disediakan secara ringkas ini. Boleh cuba dan pastinya akan membantu anda,.

1.Belajar untuk beristirehat

2.Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.

3.Senam selalu

4.Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang

5.Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.

6.Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.

7.Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.

8.Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.

9.Periksa mata anda dengan doktor pakar.

10.Banyakan aktiviti bersama keluarga anda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))