" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 1 October 2014

Khasiat Labu (Pumpkin)

Labu ni antara makanan favourite Aisyah n Affan, walau tgh main atau perut dh kenyang tp bile panggil mkn "Kakak, Affan, jom mkn..ade labu ni"..berlari budak berdua ni, terus duduk menghadap..sepinggan nasi mmg cepat je abes :)..siap meratah lagi bile dh abes mkn nasi..selalu umi buat masak lemak atau masak tumis air..pastu mkn la dgn ikan/ayam goreng.. 

Labu kuning (Pumpkin)
Dan labu ni juga adalah makanan kesukaan Nabi kita Muhammad SAW. Nabi tidak makan makanan yang PANAS, beliau bersabda: "Makanan yang masih panas itu kurang berkat. Sesungguhnya Allah SWT tiada menganugerahkan api sebagai makanan kita, maka sejukkanlah makanan itu sebelum dimakan."

Adalah Nabi SAW suka juga makan roti, buah-buahan. Dan buah-buahan yg paling beliau gemari adalah buah semangka (Tembikai/Timun Cina) dan buah anggur. Biasanya Nabi makan buah semangka itu dengan roti dan gula, kadang-kandang Nabi SAW makan semangka dengan Ruthab (Tamar).

Makanan yang paling Nabi gemari adalah daging, beliau bersabda yang bermaksud: "Bahawa daging itu menambahkan pendengaran dan daging juga penghulu makanan di dunia dan akhirat, dan juga sekiranya aku minta kepada Tuhanku bahawa ia memberikannya kepadaku pada tiap-tiap hari, nescaya dianugerahinya".

Kadang-kandang Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".


Adalah Nabi SAW memakan daging burung yg ditangkap oleh orang lain, dan beliau tidak menagkap burung itu dan tidak memburu burung itu sendiri, beliau suka orang lain menangkap dan membawa kepadanya.

KHASIAT BUAH LABU

1.Vitamin A. Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

2. Kulit Halus Berseri. Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.

3. Antioksida. Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

4. Rabun Malam. Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

5. Masalah Paru-Paru. Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))