" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Merepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

Usahawan China Jual Udara Segar Dalam Tin

BUKAN rahsia lagi, China terkenal akan masalah polusi udaranya. Sementara pemerintah dikatakan tutup mata untuk menanganinya. Kerana itu jutawan Chen Guangbiao bertindak unik, dengan caranya. Lelaki yang akrab dipanggil ‘Brother Biao’ ini menjual udara segar dalam tin bertutup kemas seharga USD 0.80.

Udara dalam tin ini kemudian diberi jenama “Chen Guangbiao: Nice Guy” dan dipasarkan di beberapa area China seperti Jinggang Mountain, provinsi Jiangxi, dan beberapa daerah minoriti Taiwan. Udara segar yang dikemas/tutupnya berasal dari berbagai wilayah di China dan Taiwan.

“Orang hanya perlu membuka tutup, dekatkan hidung, dan hirup udara segar yang ada dalam tutupan,” jelas Chen.

Biao menjelaskan, di dalam tutupan terdapat cip yang akan langsung menutup, ketika ion oksigen negatif mencapai jumlah maksimum. Menurutnya, udara di dalam tin juga tidak akan mudah keluar, kerana telah dikompres.

Meski agak aneh dan macam tak masuk akal, namun Biao menyatakan, dia yakin produk ini akan berjaya di pasaran. Nyatanya 100,000 tin udara tutupan yang telah diproduksi terus per hari. Biao mengatakan bahawa sebahagian hasil jualan itu akan disumbangkan kepada tentera China yang kini sedang mempertahankan Diayou Island.

Biao juga, berjanji jika pembeli tidak puas hati dengan produknya, mereka boleh menyimpan tutupnya. Biao berjanji akan membeli tutupan itu kembali setelah 10 tahun dengan harga USD 7 per tutupan.
Udara segar dalam tin, inilah produknya!!

Ntah betul ntah tidak udara segar..nk kena beli bape tin utk dptkan udara segar non stop??

Monday, 15 April 2013

Feel toooo downnnnnnnnn!!

Bila kadang terasa sangat 'down',
terasa sangat lemah,
terasa sangat tidak berdaya,
terasa sangat sakit,
terasa buntu x mampu berfikir,
sperti seakan tiada siapa yang tahu,
tiada siapa yang boleh memahami,
tiada siapa mampu menenangkan,
betapa hati terlalu pedih,
betapa hati telalu lelah,
betapa jiwa terasa beramuk,
betapa badan terasa x mampu menanggung,
hentaman dan tekanan yang datang dari segenap penjurunya,

Ingatlah DIA ada,
hanya DIA yang maha mengetahui segalanya,
apa yang dirasa,apa yang kita lalui,apa yang kita pendamkan,
sedang pandangan mata manusia nampak baik sahaja,
kerana luaran yang nampak begitu perkasa,
sedang hati terasa penat merintih dan menjerit..

Hanya DIA yang mampu mengembalikan ketenangan dalam jiwa,
Hanya DIA yang mampu memberi apa yang tiada,
Hanya DIA yang mampu menyembuhkan sakit dihati yang kian menular,
Hanya DIA yang mampu mengubah segalanya...

Ya,Allah..
dan yang pasti setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya..
maka dengan keyakinan dan doa setulus hati tunjukkanlah jalanya..
dan wahai hati semoga kau sentiasa kuat dan redha..
kerna bukan selamanya hidup bertongkatkan dunia...;')
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))