" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 31 December 2012

Pengalaman Mengandung Affan..::Part 2::


Umi dh x de masalah Hb Low mcm ms umi pregnant before ni wlu jarak Kak Sya n Affan dekat..ok jer cek up tiap2 bulan..tp masa kandungan umi 5 bulan,umi selalu sakit perut mcm contraction tu..umi pg cek kat KK n kena follow up kat cna..rupanya umi ada GBS carrier..erm, kira mcm bacteria infection la..doc bg umi antibiotic..die ckp ms umi nk bersalin nnti,umi kena amik satu course antibiotic supaya Affan x kena jangkitan..sbb bacteria ni suke serang bby..balik dr KK je,umi terus search psl GBS carrier ni..ni apa yg umi jumpa..

Satu kajian di Australia menjangkakan GBS hadir dalam 12-15% dari wanita yang mengandung. Dari kumpulan ini hanya satu hingga dua peratus bayi yang lahir terkena jangkitan ini dalam minggu pertama kehidupan. Secara keseluruhannya, dijangka antara satu hingga empat orang bayi dari tiap-tiap 1000 kelahiran dijangkiti GBS. Jadi, bukan semua bayi akan mendapat jangkitan ini secara otomatik walaupun ibu itu membawa GBS. Kebanyakannya tidak akan dijangkiti walaupun GBS ini dapat dikesan dalam 50% dari bayi-bayi ini.

Semenjak tahun 70-an, jangkitan dari kuman GBS menjadi jangkitan yang paling biasa menyebabkan kematian dalam bayi-bayi baru lahir. Jangkitan GBS dibahagi kepada dua jenis; yang pertama ialah jangkitan yang terjadi dalam 24 jam pertama kelahiran hingga tujuh hari. Jangkitan pada tahap awal ini biasanya melibatkan radang paru-paru, septisemia dan jarang sekali jangkitan otak (‘meningitis’).

Septisemia ialah jangkitan yang merebak melalui darah ke seluruh badan, termasuk organ-organ penting seperti hati, jantung dan buah pinggang. Kadar kematian lebih tinggi bila septisemia berlaku. Jangkitan jenis kedua berlaku selepas seminggu hingga tiga bulan. Jangkitan pada masa ini ialah septisemia dan meningitis. Ada juga bayi yang mendapat kesan sampingan selepas jangkitan seperti kecederaan penglihatan, pendengaran, percakapan dan mungkin juga mendapat kecacatan perkembangan otak. Memang, jangkitannya serius dan akan menghayat hati kedua ibubapa.

Jika tidak semua yang membawa GBS akan menyebabkan jangkitan kepada bayinya, siapakah yang lebih berisiko? Kemungkinan untuk mendapat jangkitan ini lebih tinggi jika seseorang itu bersalin sebelum cukup bulan (tidak sampai 37 minggu), jika selaput ketuban yang telah koyak dan air ketuban keluar selama 18 jam atau lebih sebelum bersalin, demam yang tinggi semasa hendak bersalin, didapati ada kehadiran GBS dalam faraj terutama sekali pada tahap akhir mengandung dan pernah melahirkan bayi yang telah dijangkiti GBS selepas bersalin. Satu lagi faktor risiko ialah bila GBS dikesan didalam jangkitan air kencing.

Itulah sebabnya pengesanan GBS dilakukan pada minggu 33-37 mengandung melalui cara yang puan lalui. Jika ibu-ibu ini dikesan ada GBS, mereka tidak perlu ambil antibotik dengan segera. Ini ialah kerana GBS mudah untuk muncul semula di dalam faraj selepas rawatan. Jadi saranan terbaik sekarang ialah pemberian antibiotik semasa peringkat awal terasa sakit hendak bersalin.

Antibiotik yang efektif ialah penisilin dan dengan mulanya program ini, insidens bayi mendapat jangkitan yang serius telah berkurangan. Antibiotik ini akan diberikan melalui saluran darah dan ia lebih efektif jika diberi empat jam sebelum bayi dilahirkan.

Selepas bersalin, biasanya, bayi akan diperhatikan untuk mengesan tanda-tanda awal jangkitan. Antibiotik tidak perlu diberi jika bayi itu sihat dan tidak menunjukkan kesan-kesan jangkitan, tetapi rawatan yang diterima berbeza-beza di hospital-hospital berlainan.


Apa lg,menangis2 la umi citer kat baba..baba pujuk umi x kan ada pape..tp umi takut gak..umi buat solat hajat,sungguh2 umi b’doa supaya x kan t’jadi apa2 yg x elok kat ank umi ni nnti..pd Dia la tempat umi mengadu..sesungguhnya Dia jua la sebaik2 yg menyembuhkan..

Bl dh msuk 7 bulan, umi kena buat ujian MGTT (minum air gula) n resultnya umi ada kencing manis (GDM)..nurse ckp ni pembawakan baby..bila dh b’salin nnti,umi akan normal blik..ye la, tiap anak lain pembawakannya kn..mungkin jugak sbb habit umi yg suke sgt mkn gula2 n coklat kn..umi mintak maaf syg..slh umi..hmpir tiap2 minggu umi kena buat BSP sbb nk monitor tahap kencing manis umi cmner..yg bestnye, tiap kali buat BSP umi dpt MC..hehe..jd hmpir tiap mggu la umi MC..nsb baik Bos pham n x marah..;p..thap kencing manis umi msih boleh control lg..umi x perlu ambil insulin,cume control diet jer..kesian affan kan..umi x boleh mkn byk2..klu glukos tggi sgt,boleh effect kat affan gak nnti..

Start dr ni la, klinik n hospital dh jd umah kedua umi..satu sbb GBS carrier n satu lg sbb GDM..sbb dua2 ni b’risiko utk baby.. tiap2 bulan umi kena pg GH,jumpa doc pakar..umi x skip walau satu pun appointment sbb umi nk tau perkembangan n keadaan Affan cmner..umi control mkn, byk benda yg umi x boleh mkn..sbb tu berat umi krg sket dr ms umi pregnant kak Sya,berat umi 68kg..tp x nmpk naik sgt pun..naik kat perut jer..ramai yg ckp muka b’seri ms mengandung Affan ni..;)




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))