Cerita 1
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar. Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. "Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu. "Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu. "Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu. "Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul..
Cerita 2
SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat
punca kematian tiga lelaki sekali gus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik
berkenaan.
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok.
Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan
mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS : Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya
Cerita 3
Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi
assignment kat murid-murid suruh cari 3
perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam
perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri
keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar
lelaki tu menyergah "Shut up you !!".
Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?"
Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan,
ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak
terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya
bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata
"yes". Dua perkataan dah, kata budak tu.
Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan
sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku.
Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia
kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya
kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
Thank you
Cerita 4
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu
bas
"Vang... vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau
itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."
Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab..... haya hun hengau
hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia
hulakk!!!... ....."
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak)
1 day ago