" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Friday, 26 September 2014

Isteri Mengandung, Suami Mengidam !!

Klu hubby tgk gmbr ni, confirm lg kecur air liur die..:p
Semalam, time balik dr keje tetiba my honey bunny ckp “erm, terasa kecur plak air liur ni, rase mcm nk mkn benda yg masam2 la”..hish, ngada2 plak laki aku ni la..kelmarin die ckp terasa sgt nk mkn nasi lemak atas daun pisang..arini asam pulak..aku yg pregnant ke die ni??haha..tp di sebabkan his wife ni baik hati, layankn je la..

Me : Nk asam cmne?kang drop sy kat Family Store sbb nk beli susu budak, sy beli sekali asam awk tu..

Hubby : X kisah, tp nk yg msm2 tau..mcm asam boi tu ke, yg buat ais krim tu..uii, sedapnye la..

Mak ai, over tul laki aku nih..haha..cari punya cari,asam boi x de..beli je la asam manis..dh bg kat die,die ckp “ala, ni x msm..manis la..xpela, mkn dl..nnti beli lain”..adoi la, laki den ni..tp abes gak la separuh plastic die mkn sorg..sah, die yg pregnant ni..patut semacam je perut die beso, ntah2 kembar kot..haha..:p

Mase mula2 pregnant yg no 3 ni,mase tu mmg x tau yg dh pregnant..tiap2 pg mase mandi, my hubby muntah2, die ckp loya sgt..i ckp la “agaknye awk ni mengandung kot”..haha..tup2, 2 minggu pastu i cek, mmg dh pregnant 4 weeks..hoho..

I xde la byk sgt ngidam pregnant kali ni, ade 2 3 jer..tp my bubby, ya Rabbi..dgn char kuey teow la, pie tea,nsi lemak daun pisang, asam boi, n ade beberapa lg yg dh lupa ape..ha, baru u tau ye cmne rasenye mabuk n mengidam time pregnant ye..hehe

Dan lagi, sepanjang pregnant kali ni, i ok jer..x de krem kaki mcm mengandung sebelum2 ni..tp hubby dh 3-4 kali krem kaki n sakit2 bdn serta pinggang..plus dh 2x demam..ntah la, tp mcm x logic je kn..sbb bukan ade kaitan darah pun, jauh sekali disebabkan hormone mengandung..kuasa Allah, mungkin DIA nk suami rase ape yg isteri rase supaya suami tau menghargai pengorbanan isteri mengandungkan zuriat die selama 9 bulan..ye dok?..:)

Wednesday, 27 March 2013

Nahkoda..



Kepadamu yang menjadi pendampingku..

Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna..

Kerananya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..

Kepadamu yang memilihku..
Aku tak sebijak bonda khadijah,
kerananya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menjengkelkan.

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
kerana bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu.

Duhai kau yang telah memilihku..
Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan tak menawan,
Mungkin karena aku tidak sempat utk menguruskan diriku sendiri,
kerana sibuk bekerja dan menguruskan malaikat-malaikat kecil serta istana kita.

Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana…

Ataukah kau akan menemuiku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetik pun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang lewat tidur dan meragam,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
karena kau adalah kekuatanku..



Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku..
Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemuiku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan kerana ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemuimu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,

maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.

Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,
Dan jgn pula kau turut menyakiti buah cinta kita,
Ajari mereka dgn hikmah,bukan dgn kekerasan atau kerasnya suaramu,
Kerana kita yg membentuk dan mencorakkan peribadi mereka

kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian semua,
dan kau akan menemuiku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku..
Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau terkadang aku begitu bebal, terlupa atau t’sasul,
tapi jangan pernah letih mengajariku..

Jangan meremehkan aku kiranya ada yg aku terbuat silap,
Kerana aku hanya manusia biasa,
Boleh jadi apa yang aku buat mencambah rasa marah dihatimu,
Maka tegurlah aku secara b’hikmah bukan perlian atau cacian yang mengundang sakit hatiku,
Jaga la aib ku dihadapan org tuamu dan keluargamu,seperti mana aku menjagamu dihadapan kelaurgaku,
Sokong la aku seboleh dan semampumu.

Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemui rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai berkedut
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemiku sebagai wanita cantik,
yang kau kejar puluhan tahun yang lalu..

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Kerana satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian berkembang,
yakni rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..

Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..

Maafkan aku kerana aku bukan puteri..
Aku hanya wanita biasa….
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA…..
semoga kita sama-sama bahagia…



Sunday, 3 March 2013

Doa Seorang Isteri..;))

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Kau ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata2 nista & keji
Kau kuatkanlah smngtku untk mnempuhi sgla cbrnMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanmu di Arash,
berikanlah aku kekuatan & keyakinan untk terus bersamanya..
Sekiranya suamiku ini adalh suami yg akn membimbingku di atas titianMu,
Kurniakanlh aku sifat kasih & redha di atas segala perbuatannya..
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Al-JannahMu,
Limpahknlh aku dgn sifat tunduk tawaduk akn segala perintahnya..
Sekiranyya suamiku ini adalh yg terbaik untukku,
Peliharalh tngkh laku serta kata2 ku dri menyakiti perasaannya..
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabrn untk menghdpi segala karenah & ragamnya..
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkn bukn hnya untk diriku seorg,
Kau tunjknlh aku jln yg terbaik untk aku harungi..
Sekiranya suami ku tergoda dgn keindhn duniamu,
Limphknlh aku kekuatnMu untk aku memperbetulkan keadaannya…
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan,
Kau pandulah aku untk menari dirinya keluar daripada terus terlena..
Ya Allah,
Engkau yg Maha Mengetahui akn apa yg terbaik untkku..
Engkau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapn & keterlanjuranku..
Sekiranya aku tersilap dlm membuat sebarg keputusn,
Bimbinglah aku ke jalan yg engkau redhai…
Sekiranya aku lalai dlm mnjlnkn tngungjwbku sbgai isteri,
Engkau hukumlah aku di dunia,tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku engkar & derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu..
Ya Allah..Sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa rahmatMu..
Kuatkanlh hati & semangtku,
Tabhkn aku menghdpi sgla cubaan dari Mu..
Jadiknlh aku isteri yg disenangi oleh suamiku..
Bukaknlh pintu hatiku untk menghayati agamaMu..
Bimbinglh aku agar mnjd isteri yg solehah..
Hanya pdMu Ya Allah ku pohon segla hrpn..
Krna aku pasrah dgn dugaanMu..
Krna aku sedar betapa hinanya diriku..
Krna aku seorg insan yg kerap keliru..
Krna aku leka dgn keindahn duniaMu..
Krna kurg kesabarnku mnghdpi cbrnmu..
Krna pendk akalku mnghrungi ujianMu..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Aku hnya ingn mnjd isteri yg dirhmti,
Isteri yg dikasihi,
Isteri yg solehah,
Isteri yg sentiasa di hati suami…
Amin amin Ya Robbal Alamin…

Thursday, 28 February 2013

Wasilah Kata Hati Seorang Isteri..;)


Khas untuk semua suami n bakal2 suami..hehe..;p

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

i) KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

ii) Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

iii) Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

iv)Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

v) Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat :

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya.. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh....Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh.....Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit......

Kita tak suka perigi mencari timba..Selalu pula kita mudah berkata,. Perempuan jenis apakah itu???

Siti Khadijah pun adalah wanita yang meminang lelaki ; Jadinya perlu ke menghina wanita yang ingin meneladaninya??????

Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....

Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

FIKIR-FIKIRKANLAH. .......... .... ...;)
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))