" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

Wednesday, 8 May 2013

Analisis PRU13..

Pilihanraya kali ni sy rasa sgt2 meriah..persaingan yg sengit bg merebut kedudukan utk mentadbir negara..n keputusan telah pun kita tau yg mana memihak kepada kerajaan asal iaitu BN..buat PR, syabas kerana walau kalah tapi kalah yg bermaruah sy kira..Suka sy b'kongsi di sini mengenai Analisis PRU13 yg sy kira tepat penulisan Dr. Tengku Asmadi Bin T. Mohamad

"Apa yang berlaku daripada keputusan piliharaya yang telah diumumkan secara rasmi, BN secara keseluruhannya mengalami tamparan yang teruk dengan kekalahan beberapa menteri dan menteri besar, serta kemerosotan kerusi DUN dan PARLIMEN.

Apa yang kita lihat mungkin Tsunami Pengundi Cina yang beralih arah kepada PR (bukan sekadar DAP). Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain. Ini dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah satu ‘wake up call’ kepada BN.

Seruan perubahan ini telah disambut oleh beberapa golongan iaitu 1) Golongan pengundi muda, Gen-Y, yang banyak terdedah kepada media sosial. Golongan ini tiada apa yang perlu mereka takuti. Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka. 2) Kaum Cina yang kebanyakannya bekerja sendiri, berniaga atau bekerja dengan syarikat swasta. Golongan ini juga tiada apa yang mereka takuti. Mereka tidak bergantung kepada pemberian, sebab itulah usaha memancing mereka ini tidak akan berhasil. 3) Orang Islam yang menuntut kepimpinan yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha yang lebih merakyat.

Apa yang berlaku, kita tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku. Malah mereka mengankat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman. Setelah lebih 50 tahun BN menerajui negara, maka banyak pembongkaran telah dibuat melalui media baru. Sama ada apa yang dibongkarkan itu tepat, tidak tepat atau kurang tepat itu tidak lagi penting, yang penting ia berjaya melakukan satu gelombang yang menuntut agar dilakukan satu perubahan atau transformasi secara yang lebih besar dan lebih menyeluruh terhadap integriti pemimpin, cara mengurus dan kebajikan rakyat.

Apabila ia tidak nampak usaha membenteras dan mengatasinya dilakukan dengan serius, atau pada tahap yang memuaskan, maka rakyat (daripada 3 golongan di atas ) bangkit dan membuktikannya melalui pilihanraya. Cuma bezanya, Cina yang lebih ramai secara berani menyahut seruan perubahan yang PR laungkan ini. Maka kesannya, kerusi MCA banyak yang hilang iaitu daripada 15 kini tinggal 6 kerusi sahaja. Dan GERAKAN daripada 2 kini tinggal hanya 1 kerusi. Bagi sesetengah pihak, ia dikatakan perkauman (namun secara peribadi sentimen perkauman bukan perkara utama dalam PRU13 ini, tetapi ia lebih kepada sentimen mahukan perubahan). Bagi Kaum Cina sendiri ia dilihat sebagai satu pengorbanan dan percaturan politik. MCA dan MIC menjadi tidak berdaya disebabkan mereka tidak mampu menepis segala pendedahan-pendedahan dan isu-isu yang telah dibangkitkan kesan daripada pemerintahan BN sebelum ini.

Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan BN yang baru dibentuk dan diterajui oleh PM Dato’ Seri Najib kali ini bagi mengembalikan kepercayaan rakyat.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

1) Melantik barisan Menteri Kabinet daripada mereka yang berintegriti dan boleh bekerja untuk rakyat.
2) Memperbaiki cara mengurus dan menyalur sumber agar lebih efisien, telus dan adil dan mengurangkan pembaziran dan ketirisan.
3) Mengambil kira manisfesto PR dan memanfaatkannya untuk kebaikan rakyat.
4) Merapatkan jurang perkauman dengan tidak lagi dilagu-lagukan dan ditakut-takutkan dengan isu-isu yang menimbulkan rasa tidak selamat dan tidak harmoni.
5) Meneruskan usaha-usaha 1 Malaysia yang sampai kepada golongan yang berpendapatan rendah dan luar bandar tanpa mengira parti.
6) Melakukan pembangunan secara menyeluruh tanpa mengira negeri itu di bawah pemerintahan siapa.
7) Lebih Islamik dalam kepimpinan dan meningkatkan kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah dan mula secara perlahan-lahan memberikan kefahaman tentang Islam kepada orang bukan Islam agar mereka mampu menerima undang-undang Islam dan melihat akan kebaikannya.
Dan pelbagai usaha yang baik dari semasa ke semasa.

Dengan cara ini, 5 tahun daripada sekarang, pastinya rakyat akan memberikan mandat yang lebih besar kepada mereka dalam PRU14."

NOTA: Keputusan sudah rasmi, yang mahu dibincangkan ialah apa yang patut dilakukan untuk 5 tahun ini . Membicarakan soal blackout, dakwat dan hantu, tidak akan berkesudahan. Bukan kerana ia tidak penting, tetapi kerana keputusan sudah rasmi. Jadi fokus terhadap apa yang perlu dilakukan dalam 5 tahun ini.

Claim balik mengundi..

Lupa nk citer smlm,sy dpt claim blik mengundi..hehe..lepas la utk duit tol n minyak..tp kena soal siasat dulu tau, baru dpt duit..huhu

Encik BN : Awk dtg dr mane?
Me : Saya dr Seremban..balik mengundi sini..
Encik BN : Awk ade bawak surat x?surat dr dun yg mengatakan awk balik utk mengundi BN.
Me : Erm, x de pulak..sy x tau pun..
Encik BN : Habis sape suruh awk dtg sini?
Me : Abah sy..
Encik BN : Siapa abah awk?tinggal mane?
Me : Ab Rahim, ni tgk nama sy binti Ab Rahim kn (sambil tunjukkn nama sy kat form)..tinggal kat Taman Desa Perwira.
Encik BN : Die undi ape?
Me : BN la..
Encik BN : betul ni?awk undi ape?
Me : Betul la, x tipu encik..sy rahsia..undi kn rahsia..;p
Encik BN : Abh awk keje ape?
Me :.Abh sy dulu keje Felda tp skrg dh pencen.. 
Encik BN : Erm,ok la..(smbil ambil duit dlm laci n bg kat sy)
Me : Terima kasih..lalalala..

Nota kaki : mcm2 pulak tnya psl abh sy, mcm la yg nk claim tu abh sy..haha..n lg satu, sy ingat sape2 je (mane2 parti) boleh claim duit balik ngundi tu sbb dh tunaikan tggungjawab pd negara,lgpun tu pun duit rakyat kn..huhu

Tuesday, 7 May 2013

Pengalaman balik mengundi...

Exceli, ni kali kedua balik ngundi..tp dulu time study balik naik bus jer, lagipun balik awl 3 hari..so, x dela tempuh jam n rase penat sgt..kali ni balik ari jumaat pas keje naik kete..mak datuk, jam ngalah kn time raye lg..hubby dh bising2 dh sbb kaki dh penat n lenguh..bayangkan ktorg gerak dr seremban pukul 6.30 petang n sampai lipis, Pahang kul 4.30pagi !!..cube kira bape jam perjalanan ktorg..mcm dr selatan nk ke utara je kan..kalau hari biase cume 3-4 jam jer perjalanan..

Ktorg ikut highway Lekas, smooth jer..kuar je Lekas kat Kajang dh start jam, tambah2 lg hujan lebat sgt..bergegar gak hati ni tgk petir menyambar jer..kete jalan sket2 je, klu kura2 jln sebelah ktorg, die boleh smpai dulu kot..haha..dr Kajang ke KL amik mase 3 jam lebih !! hubby dh fed up..

Hubby : awk undi kat semban je la..
Me : Mane boleh..
setengah jam pastu..
Hubby : Kita patah balik semban nk..jam teruk ni..
Me : Senyap membisu..
Sejam lepas tuh..
Hubby : Boleh x klu sy buat keputusan..klu pkul 12 kita still kat KL lg, patah balik semban ye..
Me : Erm,ok (dlm hati rase cm nk nangis jer)

Elok je hubby ckp cmtu, jalan depan sket dh x jam..lancar jer..tp bile nk sampai tol gombak dh start jam balik..sy pulak ckp kat hubby 'patah je la balik' sbb risau klu sepanjang karak tu jam..tp hubby pulak nk teruskan..Karak ok..bentong ke raub adelah jam sket2..lpas raub dh ok..2,3 kali gak la benti..penat kot..lpas ni tukar alamat undi kat semban je la..x sanggup den..


Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))