" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Emak Abah. Show all posts
Showing posts with label Emak Abah. Show all posts

Wednesday 24 September 2014

Pneumonia : : Abah masuk wad

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya kembali berblog..bulan ni bulan cuti2 family..awal bulan ni, abah masuk wad..terus amik 3 ari EL..klu keje pun, hati x keruan susah gak kan..abah mmg ade diabetes, high BP and kidney failure yg menyebabkan die kena buat hemodialysis 3x seminggu..tp kali ni abah masuk wad sebab sesak nafas, puncanya dari batuk2 n demam..rupanya doc diagnos abah kena lung infection..sebelum abah, mak dh dulu kena asma smpai kena amik neb kat hospital..ha, puncenya adalah buah-buahan tempatan yg tgh galak berbuah kat kebun abah tu..disebabkan geram tgk buah2 tu masuk ranum jer,mak ngn abah melantak x ingat dunia..x boleh dikawal lagi..manggis, langsat n rambutan jd habuan..habis je semua tu, masing2 dapat batuk n selsema..bila dh lama sgt batuk, tu yg jadi lelah n lung infection..buahan2 tempatan mmg sedap dimakan tapi perlu bersederhana sebab manis n sejuk..lagi2 untuk penghidap penyakit 3 serangkai mcm abah tu, mmg kena limit kan..sebenarnye buah-buhan tempatan ni tinggi khasiatnye, kaya vit, lagi2 manggis smpai kulit pun dh dikomersialkan..tapi cara makan kena betul..makan kena berpada, sebab tu islam suruh bersederhana dalam apa jua perkara..(ceramah pulak dh)

Berbalik citer abah td, abah kena tahan wad sebab sesak nafas berpunca dari batuk yg teruk hingga ade infection kat lung die (kena amik antibiotic)..blood pressure pun tinggi 245/190..doc ckp sbb batuk yg non-stop menyumbang pada high BP sbb badan penat sgt..glukos dalam darah pun tggi sbb buah2an tu agak tggi kandungan gula, lagi2 abah x dapat nk keluarkan melalui kencing n bergantung pd dialysis jer n mmg amik mase la nk turun..maka start 9 Sept abah dah berkampung dekat hospital..malam tu juga gerak balik kg dgn ain n her hubby, of kos with aisyah n affan..my honey bunny tinggal sebab die baru masuk keje tempat baru, kena jaga performance..huhu..esoknya dh melawat abah, sedih betul tgk abah..muka mcm sembab je, selara mkn lgsg x de..nmpk penat sgt n x larat..Tugas i adalah memasak apa jua yg abah nk mkn..

10 Sept – batuk abah masih sama je, mlmnye siap cirit birit lg, demam,blood pressure dh ok, glukos still tggi lg..arini x buat dialysis sbb smlm dh buat..mkn pun dlm 5-6 suap je..Ya Allah, sembuhkanlah abah..kesian sgt tgk..mak pun x lalu makan, ye la hati risau kan..

11 Sept – dh x de demam, batuk pun dh kurang tp glukos still tgii wlu abah x lalu mkn pun..arini buat dialysis, kurang berat 2.5 kg..dh hilang sembab kat muka..mlmnye, abah kena sesak nafas yg teruk smpai dh ngigau bukan2..

12 Sept – masih sama mcm smlm..tp nmpk dh ok sket la..mkn tetap x lalu..si aisyah n affan pulak menyibuk mkn mkanan abh..smapi x cukup sup ayam yg hospital bg..over pulak budak berdua tuh..

13 Sept – batuk abah dh kurang..selera mkan dh dtg..abes semangkuk bubur nasi+ikan goreng abah mkn..keadaan abah pun semakin baik..cume glukos still tinggi cume dh kurang dr hari2 sebelum ni..harap2 abah dh boleh keluar esok..

14 Sept – abah dh boleh keluar wad dgn sebundle bekalan ubat termsuk antibiotic yg perlu dihabeskan(Erythromycin es n Augmantin)..Alhamdulillah, syukur sgt..tp bdan abah still lemah lg.. x larat nk drive lg..mengikut pembacaan, batuk ni akan amik mase lame sket nk sembuh sepenuhnya lagi2 dikalangan pesakit diabetes sbb sistem imun badan lemah..tp WAJIB dptkan rawatan awl sebelum merebak jd lagi teruk..so, bile batuk2,jgn amik mudah ye..lagi2 klu batuk tu lain mcm bunyinye..

Sedikit Info tentang Pneumonia (Jangkitam Kuman pada paru-paru)

Jangkitan Kuman di Paru-paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs).

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:

· Demam panas.

· Batuk dengan atau tanpa kahak.

· Sakit dada.

· Tiada selera makan, tidak mahu makan.

· Rasa tidak sihat, sering merengek.

· Pernafasan laju atau susah bernafas.

· Muntah atau cirit-birit.

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

· Pernafasan laju.

· Sukar untuk bernafas.

· Bibir menjadi biru.

· Batuk berdarah.

· Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.

Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:

· Paracetamol/Panadol.

· Rehat yang secukupnya.

· Minum air yang banyak.

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.

Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

· Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme).

· Vaksin influenza - untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan.

· Vaksin pneumococcal - untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.



Monday 10 February 2014

~Sayang anak ditangan-tangankan~

Pepatah sayang anak ditangan-tangankan mungkin dh x boleh pkai kot zaman skrg ni..Pelik dgn mak bapak skrg..cikgu2 lgsg x boleh nk sentuh, nk marah ank dorg..klu ank dh buat salah biar la cikgu nk ajar dgn cara mereka selagi tidak melampaui batasan sbb setahu sy, tugas cikgu bukan sekadar mendidik ilmu pelajaran tapi juga membina sahsiah diri, jasmani dan rohani ank murid..

Teringat zaman sekolah2 dulu :

Terlupa ade keje umah (padahal mewarna gmbr je pun), tetiba sementara tggu bas sekolah dtg baru teringat ade keje ..lari keluar rumah nk siapkn keje tu..tkut klu mak nmpk,die marah sbb x buat mlm smlm..

Cikgu bg homework psl sifir, x dpt nk buat..mak x bg keluar umah main ptg2, dh hafal sifir2 tu baru boleh keluar umah..

Seigt sy sepanjang 6 tahun sek ren, cuma 3hari sy x pg sek..tu pun x sihat,mmg dh x larat sgt..setakat batuk selsema sket2 tu, mmg x de peluang la nk ponteng sek..

Kena rotan ngn cikgu kat tgn bile markah periksa x capai target dorg..balik umah, citer ngn mak abah..dorg ckp ‘bgusla tu, belaja kuat sket nnti x kena rotan dh’..so, secara x lgsg sbb x nk kena rotan..usaha lebih lg sbb nk dpt markah dlm target cikgu2..

Jiran ktorg merangkap cikgu kelas dtg umah mengadu psl adik yg x fokus dlm kelas, balik umah teruk adik kena ngn mak..mak siap pesan lg ‘klu ank sy nakal2, x nk belajar..pukul je cikgu..xpe’.. mak n cikgu tu jd best friend..adik sy ni standard 1 still pelat lg..cikgu ni yg byk bantu..adik selalu kena denda balik lewat..berkat usaha, alhamdulillah adik sy skrg dlm final sem menamatkan pengajiannya..sygnya arwah cikgu ariza dlm kenangan..seorg guru yg sgt komited n baik..

Ibu bapa dulu sgt menghormati n meghargai guru..msih sy igt tiap kali hari guru tiba, hadiah akn disediakan utk cikgu (walau bukan la hadiah mahal2 pun, tp pemberian ikhlas dr hati)..ade satu tahun sy betul2 lupa, mase dh siap nk pg sek baru t’igt..apa yg mak n abah suh sy bawak?? Sebijik Mug yg besar..sbb tu je ade kat umah..mak ckp “xpe, bg je..cikgu boleh guna utk minum nnti..dh x sempat nk buat atau beli pape dh”..:’)

Alhamdulillah, hasil kena marah n rotan2 dl, hasil sifat tegas mak abah..kami 3 beradik lpas msuk U..insyallah,sorg bkal bergelar Doktor..tggl adik yg bongsu je,tahun ni SPM..

Selagi cikgu2 mendidik n mengajar dalam batas yg sepatutnye, kita sepatutnye menyokong ape yg dorg buat..sy harap mampu jd ibu bapa yg menyanjung cikgu2 ats jasa mereka mendidik ank bangsa..buat cikgu2, teruskan perjuangan kalian..curahkan ilmu sepenuh hati dan penuh ikhlas..insyallah, ganjaran menanti anda..

Monday 13 May 2013

Hari Ibu haram disambut??

Semalam

Hubby : Harini hari ibu,tau kn?
Me : Tau.
Hubby : Habis dh call mak ke belum?wish kat mak.
Me : Erm, x pun..x boleh la baba sambut hari ibu..haram tau..
Hubby : Ye ke..knp?
Me : Hari Mother Church la..

Pagi ni

Emak : Mak lupa smlm nk call Nur ucap selamat hari ibu..Selamat Hari Ibu ye Along..
Me : Emak, Nur pun nk wish kat mak tp x boleh..smlm lg Yob dh igtkn Nur suh call mak..
Emak : X boleh?knp?
Me : Nur bace dlm FB, Hari Ibu ni Hari Mother Church..so, kita x leh sambut..klu x,awl2 lg Nur dh wish tau..hehe
Emak : La,ye ke..emak x tau lgsg..sori along ye, mmg mak x tau..Ya ade wish smlm..Ain x de, ain tau la kot kn..
Me : Eh, xpe la mak..mak x tau..Nur dh tau..A'ah,Ain mmg tau..die yg bgtau Nur..hari2 pun hari ibu,syggg mak..hehe
Emak : yela, syg along jugak..hehe



MALAIKAT ITU ADALAH IBUMU...;')

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Wednesday 27 March 2013

Rindu Bertandang



Tiba2 je hati ni rasa rindu..rindu sgt2..rasa mcm nk jd roket je,terbang pulang ke sana..lpas dpt msg abah td, terus rasa rindu..padahal abah cume msg biasa2 je, igtkan sy Jgn Tinggal Solat..ye la,bile hati dh rindu kdg2 bukan b’sebab pun kn..huhu..ahad baru ni ada jumpe mak kat umah m.de..tp x puas sbb kejap sgt..Aisyah pun rindu kot,meraung2 die time nk balik tu..keluar balik dr kereta n peluk opah die erat2..pastu suh opah msuk kete ikut die balik..uhh, syahdu betul tgk adegan tuh..(ye la, hati mcm kaca kn)..sbar ye syg,nnti kita balik ye..aki pun dh rindu sgt kat cucu die tuh..opah ckp tiap2 hari tgk gambr n letak kat wall paper hs die..x pun,nnti kita suh opah n aki duk umah kita ye..;)

Sy ni dulu adalah seorg yg ‘homesick’,sepanjang 3 tahun sy duk hostel..selalu jer nangis..bl dh balik umah,liat giler nk balik hostel semula...(ini adalah pengakuan x tau malu dr sy,haha)..nasib baik dh kawin ni x mcmtu,klu x meraban gak la en somi nk kena anta i balik tiap2 minggu..;p

Emak sy

Seorang yg sgt memahami, selalu risaukan keselamatan ank die, yg sanggup b’korban asalkan anak die ok,seorang yg penyayang n mudah tersentuh hati, memiliki hati yg sgt lembut,pentingkan anak dr diri sendiri, seorang yg tabah dan sabar , agak kelam kabut n cepat panic, pemalu..haha..seorg yg x suke susahkn suami,x melawan n berusaha utk tlg suami..;)..sgt menjaga p’cakapan, takut org kecik hati..

Abah sy

Seorang yg sgt garang ms mude tp penyayang, suke memasak n berkebun, agk panas baran dl, sentiasa igt anak2 (klu pg mane2, mesti ade je buah tgn utk kami semua), yg akn cube sedaya upaya memenuhi keperluan kami walau gaji abh x de la besar mane pun..bile dh besar ni selalu ktorg adik beradik b’borak n pelik cmne abh uruskan kewangan sbb dr dulu ktorg x penah rs kurang,segalanye cukup jer (mungkin sbb keberkatan rezeki n bijak uruskan kewangan)..down payment kete sy pun abh n mak yg bg sbg hadiah kawin sy..;)..seorg yg sgt suke beri nasihat,walau kdg2 kata2 die menusuk kalbu..selalu m’ingatkan bab2 agama, walau skrg sy dh kawin pun die tetap selalu igtkn sy..seorg yg ringan tulang..

Love both of you so much n 4ever..

Doa utk ibu bapa :-
“Ya Allah! Ampunilah aku, kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.”

Saturday 16 March 2013

Khas untuk opah n aki yg jauh di Pahang..

Entri ni khas untuk Mak, Abah, Che Su , Che De n Che Ngah..Sori sgt2, x dapat balik bulan ni..sbb kekangan masa n cuti x de..Che De citer aki n opah dh rindu sgt..tiap2 hari tgk gmbr..Ayob ckp in shaa Allah balik bulan depan..ktorg pun dh rindu nk blik sebenarnye..huhu..kat bawah ni gambar latest Aisyah n Affan..


Mcm dh nk sama besar je kan..

Aisyah dh kurus..dh boleh pkai baju masa die umur setahun..


Dorang ni suka main sama2..

Aisyah pkai tudung..

Ada mcm muka Ayu Raudhah x??perasan..haha

Aisyah sendiri tambah aksesori bunga kat kepala tuh..

Jgn konpius ye..ni Affan..sama mcm muka umi die kn bl pkai tudung..;)

Ni pun Affan..

Aisyah yg tembam..

Nanti kitaorg balik yer..boleh jumpa depan2..hehe..tp aki x boleh dukung Affan dh sbb berat Affan dh 9kg..;))..Aisyah pulak mkin lama makin lasak..mlm lmbt tido..ckp dh petah..


Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))