Lobak merah ni pun salah satu makanan favourite Aisyah n Affan..makanan yg x kan ditolak klu dihidangkan, terutama Affan..kdg2 x sempat nk suap dlm mulut lg, die dh kutip dlm pinggan n ngap msuk mulut..klu letak dlam nasi goreng or sayur cmpur, carrot ni yg die kutip dl..:p..suka hati la nak, yg penting mkn..hehe..cume diaorg x suka makan yg mentah, klu buat jus ok..
Lobak Merah (Carrot) |
Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian tambah 100 ml air dan rebus selama kira-kira 15 minit. Setelah itu tapis airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut.Amalkan minum air jus tersebut sekali sehari
Ekzema
Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.
Hipertensi
Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada beberapa bahagian kecil. Setelah itu masukkan dalam ‘blender’ dan tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Tapis dan minum airnya 3 kali sehari.
Kekejangan Jantung
Sediakan 3 batang lobak merah, cuci dan parut. Tambahkan 2 gelas air masak dan perah airnya. Tambahkan airnya dengan 2 sudu besar madu dan gula pasir, adun hingga rata dan minum airnya sekali sehari.
Sakit Ketika Datang Haid
Sediakan 250 gram lobak merah, cuci bersih dan potong. Tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Minum jusnya 2 kali sehari.
Lobak merah sejenis sayur yang sangat mudah didapati. Lagipun rasanya yang tidak pahit sering juga menjadi pilihan kanak-kanak sama ada dimakan begitu sahaja, atau dibuat jus. Jika membuat sayuran campur beserta lobak merah, elakkan dimasak terlalu lama bagi mengelakkan zat dalam sayur tersebut hilang.
No comments:
Post a Comment