" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Sihat. Show all posts
Showing posts with label Sihat. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Cara Mengatasi Masalah Berat Badan Naik Selepas Bersalin


Sebagai seorang isteri yang baru sahaja melahirkan anak, sudah tentu berhadapan dengan situasimasalah berat badan bertambah. Isu ini menjadi berpanjangan sekiranya berat badan yang bertambah itu sukar diturunkan. Jadi tidak hairanlah jika kita lihat kebanyakkan wanita yang sudah mempunyai anak, beratnya semakin bertambah. Namun di sini terdapat cara untuk mengatasinya. Ikuti soal jawab di bawah ini.

Soalan:

Selepas bersalin anak pertama, saya dapati berat badan saya terus meningkat dari 65 kg kepada 88 kg. Bahagian perut nampak lebih banyak lemak dan begitu juga bahagian pinggul.

Saya merasa tertekan dengan masalah berat badan yang makin bertambah ini. Saya cuba kurangkan makan tetapi jarang-jarang bersenam kerana tidak ada masa. Apa yang patut saya buat untuk mengatasi masalah ini?

Jawapan:

Anda tidak perlu terlalu bimbang kerana lazimnya ia mengambil masa selama 8 bulan hingga 1 ½ tahun untuk mengurangkan lemak-lemak yang berlebihan. Dikatakan amalan menyusu baby atau “breastfeeding” mampu membantu wanita untuk mendapatkan badan yang langsing seperti sediakala.

Sebab itulah memang sangat digalakkan untuk ibu breasfeed untuk sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama, kalau mampu meneruskan sehingga bayi berusia 2-3 tahun lebih baik. Ini akan membantu pemberian nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak dan kesihatan bayi. Pada masa yang sama, membakar lemak-lemak berlebihan pada si ibu.

Sekiranya anda menyusu, maka anda sebenarnya memerlukan lebih banyak makanan yang berkhasiat untuk tenaga dan juga agar badan mampu menghasilkan susu badan yang secukupnya.

Justeru mengurangkan pengambilan makanan atau diet yang tidak seimbang adalah langkah yang kurang wajar.

Sebaik-baiknya amalkan cara dantabiat pemakanan yang sihat serta luangkan masa untuk bersenam. Contohnya, lebihkan makan sayuran dan buah-buahan, kurangkan cara masakan berlemak, bergoreng dan jenis-jenis makanan serta minuman yang manis.

Pastikan minum air yang mencukupi dan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk membantu membakar lemak-lemak yang berlebihan.

Nota : I Love To BreastFeed My Baby!! Good to mommy, good to baby..:)

Thursday, 25 September 2014

Mengapa Kita Dilarang Makan Bercampurkan Makanan Darat Dan Laut?

“Mari kita renungkan bagaimana Rasulullah SAW makan sehinggakan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut disebabkan makanan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein , serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains menunjukkan jika kita makan roti yang diperbuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah.”

Disini kita tahu bahawa Rasulullah amat menjaga pemakanan serta kaedah pemakanan yang menjadi ikutan atau sunnah. InsyaAllah kalau diamalkan kita akan dijauhi penyakit spt sakit perut dsbnya.

Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( – ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi. (kesan angin kata orang2 tua…)

Bagaimana nak atasinya?

Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:
* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda

Amalkan:

1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.

FAKTA:

Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.

Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.

8 Cara Mengatasi Kulit Kering

Masalah kulit kering berpunca daripada pelbagai faktor seperti perubahan cuaca, pemilihan alat solek yang tidak tepat, sinaran matahari dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh amalkan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Diantaranya adalah…..

(1) Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih banyak daripada itu. Sekiranya anda tidak mendapat cukup air dalam badan, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi. Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana sahaja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan yang lain. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

(2) Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

(3) Elakkan daripada pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

(4) Elakkan daripada berada didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.

(5) Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

(6) Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

(7) Cuba untuk mendapatkan 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

(8) Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka. Elakkan daripada menggosokkan muka kerana ia akan meanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))