" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 24 October 2014

Raya Haji n celebrate bufday Affan

Dah masuk Deepavali, baru nk citer pasal Raya Haji arituh..huhu..Tahun ni we all sambut dekat Kuala lipis, pahang..belah ummi la tuh..hehe..sebabnye tahun lepas dh smbut dekat Somban, baru la adilkan..:)..Kebetulan Raya Haji tahun ni, jatuh pada hari nak dekat2 ngn Bufday my boy, Qaid Affan..so, suggestion dari Che De n Kok De nk celebrate bufday same2..Kok De ni suami kpd Che De,kira bapak sedara Aisyah n Affan la (sebenarnya panggilan Pak Ude/Pok De) dh Aisyah pnggil cmtu, dh lekat lak panggilan tu..haha..bufday die 3 Oct, Affan 9 Oct, n Che De 27 Oct..di sekalikan je semua, sonang citer..
Ni gambar malam sebelum kejadian..org tgh sibuk prepare kek, dorg duk sibuk makan whipping cream tuh..
Sama je naik dgn si adik pun..siap jilat bekas la..walau dh mlm masing2 kena mandi gak,kang x psl2 jd habuan semut lak..
So, nk nmpk ketulusan n keikhlasan hati, semua preparation makanan ktorg buat sendiri termasuk la kek..Untuk Che De n Kok De - Kek Chocolate Mousse..and untuk Qaid Affan - Kek Rainbow..budak2 mesti die suka sebab colourful kn n rase die pun lemak2 manis gitu..hehe..Dah nama pun raye, mesti la ade lemamg kn..lemang pulak by Pak Cik Kia, mmg terbaik lemang die sbb tu tiap2 tahun mesti ade tempahan dr luar..ade lemamg mesti ade rendang kn..rendang made by abah aka Aki, special punye rendang - Rendang Rusa..lembut n sedap sgt daging die n harga Rusa kat sini tersangat la murah RM28 utk sekilo, mmg 100% daging..x de lemak, x de urat pun..then ade lontong special made by my mom aka Opah..pastu x lupa Shepherd pie, konon2 nk barat sket..first time ummi buat nih..x sangka lak menjadi n jadi favourite si bufday boy Affan..berkali2 tambah, lagi2 time tgh panas n cheese masih lagi meleleh2..hoho..then, Che De buat plak Yong Tau Foo..sedap gak, same mcm mkn dekat pasar malam tu..senang je rupanye nk buat Yong Tau Foo nih..

Pandangan atas..abaikan kecelaan yg ade..huhu

Whipping cream dh cair..huhu..peti ais dh penuh..
















Bahagian dalam kek rainbow..
Kek Chocolate Mousse Che De n Kok De punye..kek ni kurang manis n very rich chocolaty
Shepherd pie Ummi..Fav Affan n baba..
Sebelum jamuan tu, ade la sket2 buat doa selamat..masing2 dalam doa tu hajatla apa yg dorg nak..moga2 berkat sempena Aidiladha ni..pastu, ape lagi..melantak la..haha..Lpas acara makan2, acara bukak hadiah plak..yg dapat hadiah hnyalah Affan, Che De n Kok De x de, sbb dh besar ok..hepi bile tgk betapa excitednye die buka wrapped hadiah tu satu persatu..semuanya mainan je sbb Affan ni kurang mainan dr kakak die..so, nk adil sekali 5 set mainan Baba n Ummi hadiah kan..hehe..ade kereta, truck, askar, power rangers n robot dgn senapang..tapi dalam byk2 tu, yg die suka cuma la senapang robot tu punye..kecik je pun, besar lg tapak tgn die..alahai Affan, buat semua org yg tgk kesian plak..mana la tau yg die minat senapang..ptg tu gak, die dapat lagi hadiah senapang, water gun, n pistol pulak dr mak sedara die..pandai betul die mengepau..haha

Ketiga2 yg menyambut birthday mereka..Moga pjg umur n dimurahkan rezeki..Amin..Si Aisyah pun sibuk nk menyelit gak..
Affan n Baba in pinky..
Sangat selera si Affan di suap baba makan kek birhtday die..see, tggl kaler hijau n biru je..lain2 dh masuk perut..hehe
Kesian kakak,makan sendiri je..tapi mmg die nk mkn sendiri pun..haha
Masa menikmati juadah..
Masing2 dh kenyang..tinggal mase nk membongkang jer..




Wednesday, 1 October 2014

Khasiat Lobak Merah (Carrot)

Lobak merah ni pun salah satu makanan favourite Aisyah n Affan..makanan yg x kan ditolak klu dihidangkan, terutama Affan..kdg2 x sempat nk suap dlm mulut lg, die dh kutip dlm pinggan n ngap msuk mulut..klu letak dlam nasi goreng or sayur cmpur, carrot ni yg die kutip dl..:p..suka hati la nak, yg penting mkn..hehe..cume diaorg x suka makan yg mentah, klu buat jus ok..

Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa lobak merah baik untuk mengubati masalah rabun jauh. Namun, khasiat yang terkandung dalam lobak merah sebenarnya mempunyai banyak lagi kegunaan untuk membantu mengubati pelbagai jenis penyakitlain. Lobak tidak semestinya dimasukkan dalam makanan, ia juga amat popular dibuat sebagai jus lobak susu yang sering menjadi pilihan di restoran. Let's check out khasiat lain lobak merah ni.:)
Lobak Merah (Carrot)
Batu Karang

Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian tambah 100 ml air dan rebus selama kira-kira 15 minit. Setelah itu tapis airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut.Amalkan minum air jus tersebut sekali sehari

Ekzema

Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.

Hipertensi

Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada beberapa bahagian kecil. Setelah itu masukkan dalam ‘blender’ dan tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Tapis dan minum airnya 3 kali sehari.

Kekejangan Jantung

Sediakan 3 batang lobak merah, cuci dan parut. Tambahkan 2 gelas air masak dan perah airnya. Tambahkan airnya dengan 2 sudu besar madu dan gula pasir, adun hingga rata dan minum airnya sekali sehari.

Sakit Ketika Datang Haid

Sediakan 250 gram lobak merah, cuci bersih dan potong. Tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Minum jusnya 2 kali sehari.


Lobak merah sejenis sayur yang sangat mudah didapati. Lagipun rasanya yang tidak pahit sering juga menjadi pilihan kanak-kanak sama ada dimakan begitu sahaja, atau dibuat jus. Jika membuat sayuran campur beserta lobak merah, elakkan dimasak terlalu lama bagi mengelakkan zat dalam sayur tersebut hilang.

Khasiat Labu (Pumpkin)

Labu ni antara makanan favourite Aisyah n Affan, walau tgh main atau perut dh kenyang tp bile panggil mkn "Kakak, Affan, jom mkn..ade labu ni"..berlari budak berdua ni, terus duduk menghadap..sepinggan nasi mmg cepat je abes :)..siap meratah lagi bile dh abes mkn nasi..selalu umi buat masak lemak atau masak tumis air..pastu mkn la dgn ikan/ayam goreng.. 

Labu kuning (Pumpkin)
Dan labu ni juga adalah makanan kesukaan Nabi kita Muhammad SAW. Nabi tidak makan makanan yang PANAS, beliau bersabda: "Makanan yang masih panas itu kurang berkat. Sesungguhnya Allah SWT tiada menganugerahkan api sebagai makanan kita, maka sejukkanlah makanan itu sebelum dimakan."

Adalah Nabi SAW suka juga makan roti, buah-buahan. Dan buah-buahan yg paling beliau gemari adalah buah semangka (Tembikai/Timun Cina) dan buah anggur. Biasanya Nabi makan buah semangka itu dengan roti dan gula, kadang-kandang Nabi SAW makan semangka dengan Ruthab (Tamar).

Makanan yang paling Nabi gemari adalah daging, beliau bersabda yang bermaksud: "Bahawa daging itu menambahkan pendengaran dan daging juga penghulu makanan di dunia dan akhirat, dan juga sekiranya aku minta kepada Tuhanku bahawa ia memberikannya kepadaku pada tiap-tiap hari, nescaya dianugerahinya".

Kadang-kandang Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".


Adalah Nabi SAW memakan daging burung yg ditangkap oleh orang lain, dan beliau tidak menagkap burung itu dan tidak memburu burung itu sendiri, beliau suka orang lain menangkap dan membawa kepadanya.

KHASIAT BUAH LABU

1.Vitamin A. Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

2. Kulit Halus Berseri. Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.

3. Antioksida. Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

4. Rabun Malam. Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

5. Masalah Paru-Paru. Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.

Cara Mengatasi Masalah Berat Badan Naik Selepas Bersalin


Sebagai seorang isteri yang baru sahaja melahirkan anak, sudah tentu berhadapan dengan situasimasalah berat badan bertambah. Isu ini menjadi berpanjangan sekiranya berat badan yang bertambah itu sukar diturunkan. Jadi tidak hairanlah jika kita lihat kebanyakkan wanita yang sudah mempunyai anak, beratnya semakin bertambah. Namun di sini terdapat cara untuk mengatasinya. Ikuti soal jawab di bawah ini.

Soalan:

Selepas bersalin anak pertama, saya dapati berat badan saya terus meningkat dari 65 kg kepada 88 kg. Bahagian perut nampak lebih banyak lemak dan begitu juga bahagian pinggul.

Saya merasa tertekan dengan masalah berat badan yang makin bertambah ini. Saya cuba kurangkan makan tetapi jarang-jarang bersenam kerana tidak ada masa. Apa yang patut saya buat untuk mengatasi masalah ini?

Jawapan:

Anda tidak perlu terlalu bimbang kerana lazimnya ia mengambil masa selama 8 bulan hingga 1 ½ tahun untuk mengurangkan lemak-lemak yang berlebihan. Dikatakan amalan menyusu baby atau “breastfeeding” mampu membantu wanita untuk mendapatkan badan yang langsing seperti sediakala.

Sebab itulah memang sangat digalakkan untuk ibu breasfeed untuk sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama, kalau mampu meneruskan sehingga bayi berusia 2-3 tahun lebih baik. Ini akan membantu pemberian nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak dan kesihatan bayi. Pada masa yang sama, membakar lemak-lemak berlebihan pada si ibu.

Sekiranya anda menyusu, maka anda sebenarnya memerlukan lebih banyak makanan yang berkhasiat untuk tenaga dan juga agar badan mampu menghasilkan susu badan yang secukupnya.

Justeru mengurangkan pengambilan makanan atau diet yang tidak seimbang adalah langkah yang kurang wajar.

Sebaik-baiknya amalkan cara dantabiat pemakanan yang sihat serta luangkan masa untuk bersenam. Contohnya, lebihkan makan sayuran dan buah-buahan, kurangkan cara masakan berlemak, bergoreng dan jenis-jenis makanan serta minuman yang manis.

Pastikan minum air yang mencukupi dan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk membantu membakar lemak-lemak yang berlebihan.

Nota : I Love To BreastFeed My Baby!! Good to mommy, good to baby..:)

Penyebab Sakit Kepala Dan Penawarnya

Anda sakit kepala? Sakit kepala memang tidak selesa. Entah dari manalah datangnya tetapi jika anda meneliti tabiat anda, anda boleh mencari puncanya. Inilah penyebab seseorang mengalami sakit kepala.

Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein.

Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.

Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.

Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.

Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.

Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.

Nota : Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang berterusan, dinasihatkan supaya terus berjumpa dengan doktor pakar untuk rawatan lanjut.

Bagi mereka yang selalu sahaja sakit kepala,boleh ikuti tips yang disediakan secara ringkas ini. Boleh cuba dan pastinya akan membantu anda,.

1.Belajar untuk beristirehat

2.Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.

3.Senam selalu

4.Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang

5.Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.

6.Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.

7.Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.

8.Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.

9.Periksa mata anda dengan doktor pakar.

10.Banyakan aktiviti bersama keluarga anda.

Tuesday, 30 September 2014

Memori berpantang

Lagi 3 bulan, ummi nk berpantang lg..insyallah, utk anak ke tiga..moga selamat semua hendaknya..tetiba teringat memori berpantang mase bersalinkn Aisyah n Affan dl..Alhamdulillah, dua2 dapat bersalin normal..x de la terbatas sgt pergerakkan, tp still x leh gerak2 sgt,nnti kena marah dgn mak..huhu..seronok sebenarnye dlm pantang ni walau agak bosan..kena layan mcm tuan puteri,mkn pun berhidang, nk mandi air panas dh siap (siap mak offer nk mandikan lg, tp umi malu la ;p), lgsg x pyah buat pape keje, keje kita cume susukan anak, jaga die n tidokan die je, pastu kita tido la sekali..haha..yg x bestnye, mkn kena pantang, kena tungku tiap2 hari,xleh kuar umah, ape lagi nk jalan2 n paling x best susah sgt nk 'membuang hajat' (takut sebenarnye).,huhu..

Tapi pantang mkn ni umi x ikut sgt sebenarnye..hehe..Mase bersalin Aisyah dl, bersalin mlm..so msuk wad terus tido je la..pagi2 lg hospital hidang mihun goreng n buah tembikai susu, umi balun je semua sbb dh laparkn..dh abes mkn, baba smapi bwk mkanan utk org pantang sekali dgn sup ikan haruan khas dr kg..huhu..buat2 je la mcm x mkn lg, mkn lg smpai licin..klu x cnfirm kena marah nnti..haha

Mase bersalin Affan pulak, dlm emergency room tu,lpas dh keluarkan uri n tggu nk pg labour room utk dijahit (kes beranak dlm kete, tu yg terus masuk emergency room), ade sorg nurse india ni offer mkn mee goreng mamak n coffee sbb die kate muka dh pucat..mmg tgh lapar pun, x sempat breakfast lg..mkn je la wlu tau dlm tu ade telur..huhu..

Tapi bile dh balik umah (balik umah MIL dl dlm seminggu utk berurut), mmg MIL n FIL jaga betul mkn..semua x leh mkn,..mkn org dlm pntang je la..mula2 mmg MIL msk singgang yg letak kunyit, lada hitam, manjakani utk kesihatan dalaman,,tapi sbb budak berdua ni dua2 ade kuning, doc suh stop dl mkn yg ade kunyit ni..tkut kuning makin tggi..so, MIL msk mcm sup2 je la..n bg jugak mkn sayur2 yg x sejuk utk bg lawas membuang..n x lupa lauk gamat!! Kurang menyelerakan tapi wajib makan..huhu

FIL mmg rajin, tiap2 kali sebelum die pg kedai die akan bakarkn tungku n balut dgn daun mengkudu utk menantu die ni bertungku..MIL plak masak air+daun inai+asam keping+kunyit hidup sbg air cucian kat ‘bahagian bawah’ tu..fungsinye sbg antiseptic,kecutkan n cepatkan penyembuhan luka jahitan tu..pastu upah bidan utk urut badan, tungku n mndikan baby..terasa hilang sengal2 kat bdan ni, urut breast utk keluarkn susu, urut perut keluarkan air n darah2 kotor, pastu baru sengkak..mula2, nk buat 3 ari je..tp MIL suh tmbh lg jd 5ari..die ckp mase pantang ni la kena jaga betul2, badan nk pakai lama lg, bukan sehari dua..mmg puas hati berurut dgn m.cik ni..sape2 yg duk senawang mesti tau kot, m.cik Halimah ni ade kedai dekat Mentari Height (betul2 atas Restoran mamak Ar Robah)..harga pun berpatutan..die sendiri akan dtg rumah kita, bgtau je bila..tp kena booking awal la, jadual die agak penuh..

Then, teruskan berpantang di Pahang plak..mak n abah umi ni lg dasyatnye klu bab berpantang..utk 2 minggu pertama pantang hanya dibenarkan nasi putih+lada hitam+ikan bakar..no minyak, no cili, no gula putih, oh no no no..utk penghadaman, ptg2 mak ade la bg mkn pisang sematu yg dibakar atau direbus bersama air susu..After 2 minggu baru dpt mkn sup2..air akar kayu n manjakani adalah wajib hokay!! Mandi dgn air daun2 ni yg sgt best..fungsinye utk wangikan badan n banyakkan susu badan..tapi serius, mmg susu badan membuak2, klu baby x hisap, mmg bengkak la..silap2 boleh demam sbb bengkak susu plak..time ni la dh start pump susu utk bekalan time keje nnti..tapi daun2 tu mmg susah nk cari, opah yg carikn dekat umah die..Abah plak, tiap2 pagi dh kejutkn suh tungku sbb die dh siap bakar tungku tu..tp ni la bab yg paling malas..huhu..dorg suh tungku at least setengah jam..umi tungku dlm 10 min je, pastu lantai yg bertungku sbb dh tertido balik..haha..lpas mandi, sapu manjakani yg diasah kat pasu dekat ‘cik tut’ utk cepatkan luka sembuh..pastu mak akan sapu dgn minyak panas n bengkung ketat2 dr bawah dada hingga punggung..bab ni yg paling umi suka sbb terasa bdn kembali ramping, kemas n selesa..haha..

Alhamdulillah, berkat berpantang n penjagaan dr baba,MIL,FIL, mak,abah,n opah , umi rase betul2 sihat after abes pantang..nurse yg dtg melawat after 2 weeks pun ckp rahim umi cepat je kecut..luka kat bawah pun cepat kering..n berat umi terus turun kembali pade berat asal lpas abes pantang..dr 74kg (time Aisyah) n 68kg(time Affan) to 49kg..:)..Thanks a lot to baba,MIL,FIL, mak,abah,n opah yg byk jaga umi dgn sebaiknye..umi tau bukan senang nk jaga org berpantang ni..jasa kalian x kn dilupakan n moga Allah beri rahmat n rezeki yg x putus2..Ameen :)

Friday, 26 September 2014

Isteri Mengandung, Suami Mengidam !!

Klu hubby tgk gmbr ni, confirm lg kecur air liur die..:p
Semalam, time balik dr keje tetiba my honey bunny ckp “erm, terasa kecur plak air liur ni, rase mcm nk mkn benda yg masam2 la”..hish, ngada2 plak laki aku ni la..kelmarin die ckp terasa sgt nk mkn nasi lemak atas daun pisang..arini asam pulak..aku yg pregnant ke die ni??haha..tp di sebabkan his wife ni baik hati, layankn je la..

Me : Nk asam cmne?kang drop sy kat Family Store sbb nk beli susu budak, sy beli sekali asam awk tu..

Hubby : X kisah, tp nk yg msm2 tau..mcm asam boi tu ke, yg buat ais krim tu..uii, sedapnye la..

Mak ai, over tul laki aku nih..haha..cari punya cari,asam boi x de..beli je la asam manis..dh bg kat die,die ckp “ala, ni x msm..manis la..xpela, mkn dl..nnti beli lain”..adoi la, laki den ni..tp abes gak la separuh plastic die mkn sorg..sah, die yg pregnant ni..patut semacam je perut die beso, ntah2 kembar kot..haha..:p

Mase mula2 pregnant yg no 3 ni,mase tu mmg x tau yg dh pregnant..tiap2 pg mase mandi, my hubby muntah2, die ckp loya sgt..i ckp la “agaknye awk ni mengandung kot”..haha..tup2, 2 minggu pastu i cek, mmg dh pregnant 4 weeks..hoho..

I xde la byk sgt ngidam pregnant kali ni, ade 2 3 jer..tp my bubby, ya Rabbi..dgn char kuey teow la, pie tea,nsi lemak daun pisang, asam boi, n ade beberapa lg yg dh lupa ape..ha, baru u tau ye cmne rasenye mabuk n mengidam time pregnant ye..hehe

Dan lagi, sepanjang pregnant kali ni, i ok jer..x de krem kaki mcm mengandung sebelum2 ni..tp hubby dh 3-4 kali krem kaki n sakit2 bdn serta pinggang..plus dh 2x demam..ntah la, tp mcm x logic je kn..sbb bukan ade kaitan darah pun, jauh sekali disebabkan hormone mengandung..kuasa Allah, mungkin DIA nk suami rase ape yg isteri rase supaya suami tau menghargai pengorbanan isteri mengandungkan zuriat die selama 9 bulan..ye dok?..:)
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))