" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 24 September 2014

Pneumonia : : Abah masuk wad

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya kembali berblog..bulan ni bulan cuti2 family..awal bulan ni, abah masuk wad..terus amik 3 ari EL..klu keje pun, hati x keruan susah gak kan..abah mmg ade diabetes, high BP and kidney failure yg menyebabkan die kena buat hemodialysis 3x seminggu..tp kali ni abah masuk wad sebab sesak nafas, puncanya dari batuk2 n demam..rupanya doc diagnos abah kena lung infection..sebelum abah, mak dh dulu kena asma smpai kena amik neb kat hospital..ha, puncenya adalah buah-buahan tempatan yg tgh galak berbuah kat kebun abah tu..disebabkan geram tgk buah2 tu masuk ranum jer,mak ngn abah melantak x ingat dunia..x boleh dikawal lagi..manggis, langsat n rambutan jd habuan..habis je semua tu, masing2 dapat batuk n selsema..bila dh lama sgt batuk, tu yg jadi lelah n lung infection..buahan2 tempatan mmg sedap dimakan tapi perlu bersederhana sebab manis n sejuk..lagi2 untuk penghidap penyakit 3 serangkai mcm abah tu, mmg kena limit kan..sebenarnye buah-buhan tempatan ni tinggi khasiatnye, kaya vit, lagi2 manggis smpai kulit pun dh dikomersialkan..tapi cara makan kena betul..makan kena berpada, sebab tu islam suruh bersederhana dalam apa jua perkara..(ceramah pulak dh)

Berbalik citer abah td, abah kena tahan wad sebab sesak nafas berpunca dari batuk yg teruk hingga ade infection kat lung die (kena amik antibiotic)..blood pressure pun tinggi 245/190..doc ckp sbb batuk yg non-stop menyumbang pada high BP sbb badan penat sgt..glukos dalam darah pun tggi sbb buah2an tu agak tggi kandungan gula, lagi2 abah x dapat nk keluarkan melalui kencing n bergantung pd dialysis jer n mmg amik mase la nk turun..maka start 9 Sept abah dah berkampung dekat hospital..malam tu juga gerak balik kg dgn ain n her hubby, of kos with aisyah n affan..my honey bunny tinggal sebab die baru masuk keje tempat baru, kena jaga performance..huhu..esoknya dh melawat abah, sedih betul tgk abah..muka mcm sembab je, selara mkn lgsg x de..nmpk penat sgt n x larat..Tugas i adalah memasak apa jua yg abah nk mkn..

10 Sept – batuk abah masih sama je, mlmnye siap cirit birit lg, demam,blood pressure dh ok, glukos still tggi lg..arini x buat dialysis sbb smlm dh buat..mkn pun dlm 5-6 suap je..Ya Allah, sembuhkanlah abah..kesian sgt tgk..mak pun x lalu makan, ye la hati risau kan..

11 Sept – dh x de demam, batuk pun dh kurang tp glukos still tgii wlu abah x lalu mkn pun..arini buat dialysis, kurang berat 2.5 kg..dh hilang sembab kat muka..mlmnye, abah kena sesak nafas yg teruk smpai dh ngigau bukan2..

12 Sept – masih sama mcm smlm..tp nmpk dh ok sket la..mkn tetap x lalu..si aisyah n affan pulak menyibuk mkn mkanan abh..smapi x cukup sup ayam yg hospital bg..over pulak budak berdua tuh..

13 Sept – batuk abah dh kurang..selera mkan dh dtg..abes semangkuk bubur nasi+ikan goreng abah mkn..keadaan abah pun semakin baik..cume glukos still tinggi cume dh kurang dr hari2 sebelum ni..harap2 abah dh boleh keluar esok..

14 Sept – abah dh boleh keluar wad dgn sebundle bekalan ubat termsuk antibiotic yg perlu dihabeskan(Erythromycin es n Augmantin)..Alhamdulillah, syukur sgt..tp bdan abah still lemah lg.. x larat nk drive lg..mengikut pembacaan, batuk ni akan amik mase lame sket nk sembuh sepenuhnya lagi2 dikalangan pesakit diabetes sbb sistem imun badan lemah..tp WAJIB dptkan rawatan awl sebelum merebak jd lagi teruk..so, bile batuk2,jgn amik mudah ye..lagi2 klu batuk tu lain mcm bunyinye..

Sedikit Info tentang Pneumonia (Jangkitam Kuman pada paru-paru)

Jangkitan Kuman di Paru-paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs).

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:

· Demam panas.

· Batuk dengan atau tanpa kahak.

· Sakit dada.

· Tiada selera makan, tidak mahu makan.

· Rasa tidak sihat, sering merengek.

· Pernafasan laju atau susah bernafas.

· Muntah atau cirit-birit.

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

· Pernafasan laju.

· Sukar untuk bernafas.

· Bibir menjadi biru.

· Batuk berdarah.

· Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.

Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:

· Paracetamol/Panadol.

· Rehat yang secukupnya.

· Minum air yang banyak.

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.

Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

· Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme).

· Vaksin influenza - untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan.

· Vaksin pneumococcal - untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))