" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 25 September 2014

Aisyah :: Ruam, Kayap n Eczema (Part 2)

Malam tu ktorg balik umah opah Aisyah n Affan..kot2 dorg tau ape penyakit yg pelik sgt dekat Aisyah ni..Aisyah still nangis2 n merengek..mkn,minum n menyusu pun x nk..mmg dh risau sgt..lpas pujuk2, Aisyah makan la sesuku roti n menyusu, lpas tu tido..Tp tido yg x lena, kejap2 bangun utk menggaru..Pkul 3 lebih ummi dh bangun sbb x tahan tgk Aisyah yg merengek je dlm tido, ummi sapu lg lotion tu dgn harapan dpt kurangkn gatal die..tapi die terus nangis kuat2 n menjerit ckp sakit..huh, ummi dh panic ni..baba, atuk n opah terus bangun tgk Aisyah..Aisyah siap lompat2 lg sbb sakit sgt kot..pastu atuk n opah tgk tompok kat punggung Aisyah tu, dorg ckp nmpk mcm KAYAP..ah, sudah kayap plak..patutla Aisyah semacam je, xkn la ruam smpai mcm tu sekali kn..

Ni ha, tompok merah aka kayap dekat punggung Aisyah..putih2 tu sebab sapu dgn calamine lotion..
22 Sept lepas Subuh, opah, atuk n ummi terus bawak Aisyah berubat kat kg K.Pilah..nasib baik ade sedara atuk kt kg yg tau nk ubat kayap ni..sbb org kata kayap ni sebaiknye kena berubat cara alternative (penawar/ubat kg) utk cepat baik..sbb ramai org cuba ubat moden akhirnye ke rawatan kg juga utk sembuhkan kayap ni..sbb kayap ni panas, ubat hospital pun panas..Aisyah tido je sepanjang perjalanan ke kg, mungkin penat sgt smalaman x tido..

Sampai je rumah onyang ni (pangkat utk Aisyah), ummi tunjukkn tompok tu..die ckp mmg kayap, then die bacekan ayat2 al-quran n semburkan dekat bahagian yg sakit tu..pastu die mintak sediakan sirih n kapur..onyang bacekan ayat2 ats sirih, kapur n pinang tu, pastu bungkus2kn..die suh balik nnti, potong halus2 n cmpur dgn air n ramas..baru sapu pd bhagian yg gatal2 tu n kena sapu gune tgn je, x leh guna benda lain..Aisyah kena pantang mkn yg gatal2 n bisa2..x leh menggoreng dlm rumah..mksdnye, AIsyah kena mkn mcm org dlm pantang tu la..n org dlm umah tu pun xleh la mkn yg bergoreng2..n pantang juga mkn benda2 yg menjalar mcm labu, tembikai, timun n sewaktu dgnnya..

Maka, opah pun cuti utk jaga cucu kesayangan die ni..ummi pg keje sbb dh byk sgt amik cuti bulan ni..balik dr keje, ummi tgk Aisyah tgh mkn..nmpk berselera, opah ckp Aisyah dh minum susu, mkn n minum mcm biasa..n tompok kat bahagian punggung die pun dh kering..Alhamdulillah, syukur sgt..Cuma bintik2 dekat bhgian lain tu masih sama..belum kering, still merah n gelembung..mlm tu sapu lg air daun sirih tu dekat aisyah..tiap kali lpas poo n kencing, ummi sapu lg air tu supaya x putus ubat tu..Mlm tu Aisyah dpt tido nyenyak sgt, lgsg x de merengek.. :: Sambung Part 3 ::

Sedikit Info Tentang Kayap..Kesian Aisyah, org dewasa pun xtahan ni kn pulak budak2..patut la asyik merengek je..

Apa itu Penyakit Kayap?

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes. Iaitu sejenis virus yang sama menyebabkan cacar air (chicken pox),

Biasanya selepas terkena cacar air, virus tersebut akan kekal tidak aktif (dormant) dalam satu2 kawasan saraf dalam badan...

Kayap akan menyerang apabila virus tersebut diaktifkan semula dalam saraf selepas beberapa tahun...

Sebab serangan virus kayap ini kembali aktif masih lagi belum jelas, cuma ianya akan menyerang sekali sahaja...

Kayap berpotensi tinggi akan berlaku pada kondisi seperti berusia lebih daripada 60 tahun, terkena cacar air sebelum berusia satu tahun, kadar imunisasi menjadi lemah disebabkan pengambilan ubat atau penyakit...

Apabila seorang dewasa atau kanak2 yang belum pernah terkena cacar air menyentuh secara langsung (direct contact) dengan seseorang yang mempunyai kayap, dia hanya akan mendapat cacar air sahaja bukannya kayap...

Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksakerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.

Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untukmengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Simtom-simptom bila terkena penyakit ini? 

Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Punca kayap masih lagi belum dipastikan yang sebenarnya, tapi berdasarkan pembacaan yang dilakukan ada beberapa faktor yang menyumbang kepada pengaktifan semula virus kayap...

Antaranya ialah stress yang melampau, rawatan chemotherapy (boleh kata, virus ni thermophilic), serta kehadiran kanser atau AIDS pada seseorang...

Jika terkena kayap, antara cara untuk merawatnya ialah dengan mengelakkan suasana panas (kerap mandi air sejuk), sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian, menyapu ubat2an (krim yang diperbuat daripada pepper), ubat makan daripada doktor (antiviral drugs atau topical anaesthetics), serta beberapa petua ubatan kampung (getah batang keladi, daun gelenggang, daun pokok duit2, dan pelbagai lagi)...

Selain itu, kepada individu yang berusia 60 tahun ke atas dinasihatkan untuk mengambil suntikan vaksin Herpes Zoster untuk mengurangkan risiko diserang kayap...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))