" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 2 May 2013

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!'

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.

'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. ..... 'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?'

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya..... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. . .....'

'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita.

Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... '

'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya murid- murid.

'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.'

'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'.

'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...'

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM? AMIIINN.. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR

Artikel dari MALAYSIA RIA

Sejuk perut ibu mengandung..

Sejuk perut ibu mengandung..biasa kn dngr ayat ni..ayat zaman berzaman yg x penah luput dek mase..merujuk kepada perbuatan si ank yg buat si ibu gembira,bahagia, hati berbunga2 n menenangkan ..kdg2 bukan sbb perbuatan anak pun dh mampu buat ibu bahagia..contoh, bile tgk ank tido..rase cm nk peluk2 n cium2 je..sejuk mata n hati tgk ank ade dpn mata..n sejuk perut sbb dr perut ni la diaorg keluar..(biarpun skrg perut tu dh x cntik mcm dulu,huhu)..tambah2 lg bila si Aisyah skrg dh pandai nk tlg buat keje2 rumah, tlg uruskan adik, carikn ubat, cube berdikari nk uruskan diri sendiri, dh boleh mengira, baca Alif Ba Ta, baca ABC pd usia belum 2 tahun!!dan si adik yg advance, usia 3 bulan dh cekap meniarap, dh pandai bermain2 dgn kakak, 6 bulan dh boleh merangkak n skrg cube utk duduk..Alhamdulillah, mmg sejuk perut n hati ni..;) tp time budak berdua ni buat hal serentak, si mak yg konon2nye soft n ayu ni boleh b'tukar jd singa yg sgt garang, rase mcm mls je nk layan (nk biar je nangis sampai penat, tp x penah buat pun sbb x sampai hati)..tp bila tgk muke dorg time tido, rase sejuk je hati ni..;)


Tidur pegang tgn tu..so sweet kn!!

Muka time tido, innocent je kn..klu b'jaga, lasak kemain..tp ni la cinta hati sy..;)

Affan duk perhati je benda tu..bila bg, ha tu la keje die..tolak sambil gigit2..die dh gatal gusi..

Video Aisyah cube nk dodoikan adik dlm buaian..

DOODLE SEGMENT by MUNIRAH MN

Jom reramai join segmen ni..lg ramai lg meraih kn..;) ape yg best psl segmen ni :-

  • semua yang sertai akan dapat doodle 
  • ada doodle untuk lelaki juga 
  • terbuka kepada non-bloggers 
       

Klu nk join sila KLIK SINI ye..;) kena sertakan sekali butir2 doddle yg korang nk k..

BUTIR BUTIR DOODLE

Nama : Deja Rahim

Warna : Light purple

Doodle perempuan

warna tudung - Grey
warna baju - Pink
warna tali pinggang - Grey
warna skirt - Purple
warna kasut - Black
warna handbag - Dark Purple

Beli railing langsir..

Last week ktorg ade survey railing langsir kat Seremban, kedai tu ckp tgh buat sale..tp harga mak datuk, cekik darah kot..klu ikut hubby die nk je beli time tu, tp sy x nak sbb rase mhal sgt..yg hubby ni x menyabo2, tau la baru dpt bonus..so, isnin baru ni sy pun merajin kn diri tnya encik google psl railing ni. .jumpa yg murah, terus call hubby..petang tu gak, abis keje je terus pg Nilai 3..sy tunjukkn perbezaan harga ye..

Seremban
Wooden Rod (10 ft) utk sliding door ~ RM150 (sekali upah)
Railing (10ft) utk sliding door ~ RM75 (sekali upah)
Railing (6.5 ft @ 3 panel) utk tingkap ~ RM48 x 2 = RM 96 (sekali upah)
Sangul langsir ~ RM 10
Total ~ RM331

Nilai 3
Wooden Rod (10 ft) utk sliding door ~ RM60
Railing (10ft) utk sliding door ~ RM50 
Railing (6.5 ft @ 3 panel) utk tingkap ~ RM32.50 x 2 = RM 65 
Sangul langsir ~ RM 8
Total ~ RM178 (sbb dpt lg kurang RM5)

Banyak x beza??bykkn..boleh beli brg lain lg..hapir separuh kot..kualiti same je..brand pun sy tgk same jer..utk upah psg railing tu hanya la RM50..so,masih berbaloi2 kn..klu nk ckp rugi duit minyak pun, sy keje Nilai gak..sgt2 la berpuas hati sbb dpt beli brg murah dgn kualiti yg sama..;)..so, boleh la membeli di sini ye, NILAI TEXTILE & CURTAIN CENTRE..

Aktiviti hujung minggu kami..

Aktiviti hujung minggu yg memenatkan tp menyeronokkan.. b'exercise sambil cuci rumah..lg satu step nk pindah umah..hehe.Thanks to my SIL, kin..(masih single tau klu nk kenal)..rajin n baik orgnye..~cm segmen promote adik plak,haha~n thanks to Afi jugak sbb tlg jaga ank2 akak yg boleh tahan lasknye tuh..so,lets slides on the floor..;)

My SIL, Syikin dgn riang ria main air + tonyoh lantai  tu..habis b'kilat umah..siap b'peace lg..
Syikin lg..
Thanks to Afi (kwn Syikin) sbb jd baby sitter utk bdk b'dua tuh..dh ade tokoh nk jd ibu mithali..hehe..(dh nmpk mcm mangsa banjir plak kn)
Encik hubby pun x ketinggalan..;)
Sy pun harus la menyelit sekali..haha

Monday, 29 April 2013

Sunday, 28 April 2013

10khasiat minum air limau

Dengan harga yang berpatutan limau mengandungi sekitar lima peratus asit sitrat dan merupakan sumber yang kaya vitamin C. Limau juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin B, Riboflavin, miniral seperti kalsium, mangesium, fosfor serta protein dan karbo. Terdapat banyak manfaat kesihatan yang boleh diperoleh daripada minuman yang berasaskan limau. Ia termasuklah:

1. Baik untuk perut
Limau membantu meringankan masalah pencernaan apabila dicampurkan dengan air panas. Antaranya mual, memulas dan parasit. Dengan meminum jus limau secara teratur, perut anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisien. Limau bertindak sebagai pencuci darah dan agen pembersih. Mengambil jus limau boleh menyembuhkan sembelit. Bukan itu saja, jus limau juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu anda mencerna makanan dengan membantu hati menghasilkan lebih hempedu.

2. Perawatan kulit
Limau dapat menjadi ubat antiseptik semula jadi, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan kulit. Pengambilan air limau setiap hari dapat memberikan perubahan besar pada kulit kerana ia berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan kedutan. Parut luka akibat terbakar akan pudar dengan pantas jila ditempelkan limau padanya.

3. Perawatan Gigi
Tahukan anda air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus dalam perawatan gigi membantu menyingkirkan rasa sakit. Manakala perahan jus limau dapat menghentikan perdarahan gusi. Cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah ain yang berkaitan dengan gusi.

4. Sembukan jangkitan pada tekak.
Limau juga ialah buah yang sangat baik yang membantu dalam memerangi masalah berkaitan dengan infeksi tekak, sakit tekak, dan tonsilitis akibat bakteria. Untuk mengatasinya, anda boleh berkumur dengan menggunakan setengah gelas jus limau.

5. Mengawal tekanan darah tinggi.
Air limau bekerja bak ramuan ajaib khususnya bagi individu yang memiliki masalah jantung, kerana kandungan kalium yang tinggi didalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercayai dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, merehatkan fikiran, mengurangkan stress metal secara depresi.
6. Menurunkan berat badan.
Rutin meminum air limau membuka jalan untuk menurunkan berat badan lebih cepat. Kesan yang sama boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air suam bersama madu.
7. Membantu peyembukan gangguan nafas.
Jus limau membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutamanya pada individu yang menderita asma.
8. Mengubati reumatik.
Limau memiliki sifat diuretik sehingga dapat membantu mengubati reumatik serta radang sendi, dengan cara mengeluarkan racun, bakteria dalam tubuh.
9. Merendahkan suhu badan dan selsema.
Jus limau dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam dengan meningkatkan daya perpeluhan.
10. Pembersih darah.
Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria dapat diubati dengan air limau kerana ia mempunyai sifat pembersih darah.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))