" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 28 April 2013

10khasiat minum air limau

Dengan harga yang berpatutan limau mengandungi sekitar lima peratus asit sitrat dan merupakan sumber yang kaya vitamin C. Limau juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin B, Riboflavin, miniral seperti kalsium, mangesium, fosfor serta protein dan karbo. Terdapat banyak manfaat kesihatan yang boleh diperoleh daripada minuman yang berasaskan limau. Ia termasuklah:

1. Baik untuk perut
Limau membantu meringankan masalah pencernaan apabila dicampurkan dengan air panas. Antaranya mual, memulas dan parasit. Dengan meminum jus limau secara teratur, perut anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisien. Limau bertindak sebagai pencuci darah dan agen pembersih. Mengambil jus limau boleh menyembuhkan sembelit. Bukan itu saja, jus limau juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu anda mencerna makanan dengan membantu hati menghasilkan lebih hempedu.

2. Perawatan kulit
Limau dapat menjadi ubat antiseptik semula jadi, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan kulit. Pengambilan air limau setiap hari dapat memberikan perubahan besar pada kulit kerana ia berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan kedutan. Parut luka akibat terbakar akan pudar dengan pantas jila ditempelkan limau padanya.

3. Perawatan Gigi
Tahukan anda air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus dalam perawatan gigi membantu menyingkirkan rasa sakit. Manakala perahan jus limau dapat menghentikan perdarahan gusi. Cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah ain yang berkaitan dengan gusi.

4. Sembukan jangkitan pada tekak.
Limau juga ialah buah yang sangat baik yang membantu dalam memerangi masalah berkaitan dengan infeksi tekak, sakit tekak, dan tonsilitis akibat bakteria. Untuk mengatasinya, anda boleh berkumur dengan menggunakan setengah gelas jus limau.

5. Mengawal tekanan darah tinggi.
Air limau bekerja bak ramuan ajaib khususnya bagi individu yang memiliki masalah jantung, kerana kandungan kalium yang tinggi didalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercayai dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, merehatkan fikiran, mengurangkan stress metal secara depresi.
6. Menurunkan berat badan.
Rutin meminum air limau membuka jalan untuk menurunkan berat badan lebih cepat. Kesan yang sama boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air suam bersama madu.
7. Membantu peyembukan gangguan nafas.
Jus limau membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutamanya pada individu yang menderita asma.
8. Mengubati reumatik.
Limau memiliki sifat diuretik sehingga dapat membantu mengubati reumatik serta radang sendi, dengan cara mengeluarkan racun, bakteria dalam tubuh.
9. Merendahkan suhu badan dan selsema.
Jus limau dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam dengan meningkatkan daya perpeluhan.
10. Pembersih darah.
Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria dapat diubati dengan air limau kerana ia mempunyai sifat pembersih darah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))