" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 24 December 2012

Cerita 2 tahun Lepas..Petua Mudah Hamil..=))


Khas buat Aisyah..bila Sya baca ni nnti Sya akan tahu betapa ummi+baba+family kita terlalu mengharapkan kehadiran Sya..terlalu menyayangi+menjaga Sya walau ketika Sya masih dlm perut ummi..supaya Sya akan menjadi kebanggan keluarga n anak yg solehah..

Saya bernikah on 19 Jun 2010..mmg niat ktorg nk terus ada anak lpas kawin..hehe..bulan 7,period dtg lambat..so igtkan dh pregnant la, hubby pun lgsg dh x bg buat keje berat..mkn pun kena jg..disebabkan ktorg masih tnggl b’jauhan ms tu, hubby siap pesan kat housemate merangkap my bestfriend  suh jg sy betul2..tkut kot2 dh berisi..;p..mmg die lgsg x bg sy angkat berat2..die sorg je yg buat, dh la masa tu ktorg tgh shift lab..kesian die..

Dh seminggu lewat, so ktorg cdg nk pg cek mlm nnti..tup2 pg ni dh period..frust sungguh..mungkin sbb perubahan hormone kot,tu yg lambat..bulan 8,awal bln dh period..msih blum ada la tu..sy dh risau sbb dulu sy aktif sgt, tkut klu2 rahim jatuh ke, apa ke..lebih2 lg hubby selalu gosok2 perut sy sambil ckp “bila nk ada ni?”..org lain pun dh tanya2..lg la sy risau..

Pastu sy t’jumpa tips ni ms godek2 email lama2..asma al husna untuk diamalkan..

."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air &; dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

"Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata &; tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan &; selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin &; Khamis, Insya Allah

Kebetulan masa ni bulan puasa, jd mmg x de masalah la utk sy berpuasa seminggu dan juga isnin & khamis..sy amalkan+doa yg x putus2+jaga pemakanan+jaga kesihatan  dgn harapan akan menimang zuriat lpas ni..hehe..mmg x sabar kan..

Alhamdulillah, sehari sebelum raya sy disahkan pregnant 4 minggu..Syukur yg x t’hingga..hubby lg la happy..Sy nak kongsikn juga petua lain yg sy jumpa (sy x sempat nk buat yg ni..;p)

~ Petua Lain Supaya Mudah Mengandung ~

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

Bersambung plak pengalaman mengandung dalam next entri ni, satu pengalaman yg sgt indah…=)

 





 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))