" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 28 February 2013

Wasilah Kata Hati Seorang Isteri..;)


Khas untuk semua suami n bakal2 suami..hehe..;p

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

i) KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

ii) Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

iii) Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

iv)Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

v) Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat :

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya.. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh....Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh.....Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit......

Kita tak suka perigi mencari timba..Selalu pula kita mudah berkata,. Perempuan jenis apakah itu???

Siti Khadijah pun adalah wanita yang meminang lelaki ; Jadinya perlu ke menghina wanita yang ingin meneladaninya??????

Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....

Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

FIKIR-FIKIRKANLAH. .......... .... ...;)

Wednesday 27 February 2013

Breastfeeding oh breasfeeding..

I luv to breastfeed my baby !! since first baby lg,niat di hati nk susukn ank smpai umur 2 tahun..tp time Aisyah x kesampaian sbb susu kering terus sbb pregnant,kesian Aisyah..sempat menyusu setahun jer..:(..so,kali ni sy b'azam nk susukn Affan cukup 2 tahun.

Hari first Affan lahir pun mmg sy x de susu..so, sy amik ubat homeophaty utk tambahkan susu (yg ni senang je nk dpt sbb ayh mertua mmg jual produk2 homeophaty ni), sambil2 tu bidan pun urut2 gak utk kluarkan susu..mkn RTC ni sebijik 2x sehari..hisap je sampai hbis..hasilnya hari kedua susu dh start ada,sy paksa je baby menyusu tiap kali dtg tgk die kat wad (Affan kena than wad 2 hari ms lahir sbb doc nk monitor baby since sy ada GBS carrier n GDM time pregnant)..start dr cni susu mmg meriah..sepnajng ms pantang sy dpt kumpulkn hmpir 200oz(tu pun bkn tiap2 hari pam)..;)

Ni la rupa RTC tu..
Tp semua stok susu tu habis sbb sy tinggalkan ank kat kampung seminggu..dh start keje ni,mmg jarang sgt dpt mengepam..sekali je sehari..so stok semakin kurang sbb Affan sgt2 kuat menyusu..masuk umur Affan 3 bulan susu merudum sgt..pam byk kali pun,sehari bleh dpt 10oz je..



Tp seorg ibu x boleh mengalahkn..kena kuat n cekal..harus terus b'usaha..biar sesusah mana pun, mind set yg kita mampu n boleh..demi Affan,umi b'usaha semahunya syg..;))

Alfalfa ni baru try..baru mkn 16 biji,pastu stop sbb  Affan cirit birit..mungkin x serasi kot dgn Affan sbb Alfalfa ni panas sket..

Ni pun baru try sekali ngn Alfalfa..ok kot..susu kita jadi pekat ,so sy assume mesti baby cpat kenyang..;)

Yg ni boleh tambahkan kuantiti susu sebanyak 20%,..sebelum tido sy mkn tonik ni, time tido kena bangun utk mengepam sbb cik B dh bengkak..

Skrg sy wajib minum air kosong sekurang2nya 3 liter..botol air sy sama mcm dlm gmabar kat ats n 3 botol tu sy akan habiskan..

Org ckp mkn spirulina n bijiran pun bleh tambahkan susu..so,sy amik cereal ni setiap pg time breakfast..sedap pn sedap..hehe
 Juga sy cuba utk x skip makan,stop minum air sejuk or ais sbb org kata akn sebabkn susu kering, n sebolehnya utk control perasaan sbb bila kita tension or terlalu penat akn mempengaruhi hormon, jd penghasilan susu pun kurang..(ni dr apa yg sy serach n baca la)..;-)

Dan hasilnya susu utk Affan skrg ckup utk seharian tnggal di rumah baby sitter..klu sy terpaksa balik lmbt pun,masih ckup..;)..dan sy b'harap lpas ni dpt simpan stok susu yg byk plak..time susu sgt merudum dl, sy bekalkn baby sitter susu formula sbg back up..Affan blh minum tp lpas tu die muntah teruk,smpai keluar ikut hidung..dh tukar mcm2 brand pun sama..sbb tu sy nekad utk bg susu ibu je sampai la die cukup umur..mmg tiada susu lain yg dpt menandingi susu ibu di dunia ini walau semahal mana pun susu tersebut..susu ibu adalah yg t'baik..sama2 la b'usaha demi permata hati yg t'cinta...;)


Friday 15 February 2013

Tahun Baru..Azam Lama..2013..

Assalamualaikum..
(semoga tahun ni menjadi permulaan yg baik dan bertambah baik disetiap apa jua yg dilakukan)

12 Rabiulawal 1434 bersamaan 23 Jan 2013..23 hari sudah melangkah ke tahun baru..(bermakna, mengikut kalendar islam genap la sudah sy berumur 2+ tahun)

Selamat Tahun Baru 2013 kepada sekalian manusia..dan bersempena hari yg mulia,selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar Nabi Muhammad saw..Syukur kerna kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk menghirup udara di bumi b'tuah ni sehingga ke hari ini..
Moga hari2 yg mendatang akan lebih bermakna,lebih berjaya dan bahagia,makin bertambah iman di dada, diberikan kesihatan dan rezeki yg x putus2, dan yg penting sentiasa dlm lindunganNya dan berkatNya..In shaa Allah..

HARAPAN :-

1) B'harap mampu utk menjadi isteri yg lebih baik. x mau la byk2 sgt gaduh n cari pasal.;p..nk jadi isteri yg selalu menyenangkn hati suami..jadi isteri yg boleh buat perut suami makin bulat..haha..pendek kata,bak kata hubby kena jadi 'superwoman'..;p

2) B'harap mampu utk menjadi umi yg lebih baik..berharap hati akan sentiasa b'sabar,anak2 yg sdg m'besar dan sedia maklum sememangnya memerlukan kesabaran yg sgt tggi,dan detik2 inilah nanti yg akn menjadi kenangan t'indah yg x kan mampu utk dilupakan..b'harap diri semakin kuat dan sentiasa sihat,kerna perlu melayan segala kerenah mereka yg memang byk kerenahnya..b'harap mampu m'beri ajaran,nasihat, dan contoh yg t'baik buat permata hati.

3) B'harap mampu utk menjadi anak yg lebih baik..baik utk mak abah sendiri juga mak ayah mentua..b'harap dpt menjaga hati mereka sebaik mungkin dan memberi kegembiraan semampunya..

4) B'harap mampu menjadi pekerja yg lebih baik..b'harap hati mampu redha dgn semua tugas dan boleh menyiapkan semua kerja dgn cemerlang..

5) Dan yg paling penting..semoga Allah sentiasa membuka jalan utk sy dalam usaha menjadi hambaNya yg sentiasa taat dan tidak lalai..ameen..

6) Semoga dapat menyempurnakan azam tahun lepas yg masih belum terlaksana..apa die??biarlah rahsia..;)


Thursday 24 January 2013

Peristiwa dan kenangan sepanjang 2012..

Tahun 2012 dh berlalu..secara automatiknya umur pun meningkat setahun lg..;p..terasa masa terlalu cepat b'jalan..kenangan sepanjang 2012..

Jan
Masuk Tahun Naga..;p

Feb
Sy disahkan pregnant second baby

Mac
Bufday hubby

April
Hubby start jd 'pekerja b'majikan' n stop business..

May
Celebrate Birthday Aisyah yg genap setahun..

Jun
Beli rumah kat Nusa Intan

Julai
First time Aisyah dpt kaki..(boleh jalan sendiri)

Ogos
Hari Raya Aidilfitri

Sep
First time Aisyah panggil 'Ummi'..touching kot..;)

Okt
Kelahiran hero dan permata kami,Qaid Affan.

Nov
Birthday Ummi
Aisyah b'khatan

Dec
First time Affan meniarap


Monday 31 December 2012

Pengalaman Mengandung Affan..::Part 3::


Masa Affan 6 bulan,umi pg scan 3D..rindu nk tgk ank umi ni..;)..umi n baba dpt tgk muka Affan,sebijik mcm kak Sya..pastu doc tunjuk‘pistol’ Affan..;p..so,btul la instinct umi..ms tu umi terus tgk baba,baba senyum lebar..die tnya doc “cnfirm ke doc?lelaki la ni?”..doc jwb smbil senyum“mmg lelaki ni,InsyaAllah”..kluar dr klinik tu baba hepi sgt..die dh SMS semua family kita..ye la,msti la die sonok dh nk dpat geng nk main bola nnti..hehe..aki, opah n mak2 sedara Affan kat Phg lg excited..tau sbb apa, Affan la lelaki pertama yg lahir dlm family umi..adik beradik umi semua perempuan,jd dh tentu la opah n aki suke sgt nk dpt cucu lelaki kn..drh dging lelaki yg pertama..;))

Mengandung Affan ni umi sgt kuat b’jalan2..dr pg sampai mlm pun xpe..x rasa penat pun..memasak pun umi sgt suka..t’utama sesuatu yg baru..umi search resepi,pastu klu ada ms umi cb buat..umi sronok jer,wlu x mkn sgt pun..agknya ank umi ni nnti pandai msk kn..hehe..Affan tau x,kak Sya suka sgt cium perut umi time perut umi dh besar..tiap2 hari sebelum tido,die akan selak baju umi,gosok2 perut umi n cium..Kak Sya syg Affan,agaknya dia pun x sabar nk Affan keluar..ada la die geng b’main..Selalu umi tnya kak Sya “mana adik?syg adik”..die terus cium perut umi..;)
Masa ni Affan dh 8 bulan dlm perut umi..umi larat lg nk b'jalan seharian..dr pg sampai mlm..
Masa mengandung Affan,umi ada gak mengidam..nak tau apa??;p

1) Kuih Dangai (Awal2 pregnant) – Umi sebenarnya x tau apa nama kuih ni,umi Cuma bg description je kat baba suh carikan..terasa nk sgt mkn..ms ni umi x tau pun yg umi dh pregnant..mula2 baba x de la beria sgt cari,tp bila tau umi pregnant b’sungguh die cari..hahaLast2,baba kirim kat mak kwn dia..mak wan..die mmg jual kuih,jd die tau la buat hmpir semua jenis kuih..puas umi mkn..

2) Buah cermai (4 bulan) – Puncanya,ofismate citer psl buah ni..die ckp bgus utk bby..umi terus terasa nk mkn sbb dulu2 mmg umi suka mkn jeruk2 ni..tp kali ni umi x nk yg jeruk,umi nk buah sebenar..umi n baba ronda2 kat TTJ kot2 t’jumpa buah ni..tp x de pun..atuk n opah Affan belikan umi jeruk cermai, umi mkn la..dr x de,boleh la..mekasih2..;)..tp baba cari gak,die tnya sume org kat tmpat keje die..last2,line leader baba bwkkn..die mintak kat umah jiran die,umah ustazah..mula2 mkn,x laju gak sbb msm sgt..pastu umi cicah dgn kicap,gula n cili..habis umi mkn..haha

3) Tepung Gomak (8 bulan) – ramai kot x tau psl kuih ni..cari kat pasar mlm pun x jumpa..baba tnya kwn2 ofis dia..semua x tau,ada yg lgsg x pernah dgr..haha..apa la pelik sgt umi ni kan syg..yg susah nk dpt tu la yg umi nk..akhirnya, mak wan jugak la yg buatkan utk umi..bl nk byar, die x nk..die ckp kesian org mengidam..moga murah rezeki mak wan..amin..;)

Since umi dh tau macamane sakit n susahnye nk melahirkan ni..umi byk search petua utk mudah bersalin..moga berguna utk kak Sya n isteri Affan nnti..InsyaAllah..mmg kelahiran Affan sgt2 la mudah..[nanti umi citerkan dlm entri lain ye (Pengalaman Bersalin Affan)]..ni apa yg umi amalkan :-

1)Start dh 7 bulan, tiap2 mlm umi baca surah Maryam, surah Insyiqaq n surah Yassin.

2)Minum minyak kelapa dara tiap2 hari..satu sudu besar jer.

3)Banyakkan bersenam..Senang utk umi sbb smbil umi main n mandikan kak Sya,umi bersenam sekali.

4)Selalu turun naik tangga,kira exercise la ni..kwn umi selalu ckp,senang umi nk bersalin tiap2 hari naik turun tangga..(kn umi pg keje naik tren,jd wajib la umi b’temu tangga jejantas tuh tiap2 ari)

5)Banyakkan berdoa n buat solat hajat.

6)Mintak maaf kat suami..jg hubungan baik ngn family..

7)Minum air akar Fatimah yg dh dibacakan doa oleh suami,kira air selusuh la ni..(kebetulan kwn baba kirim kat kwn dia yg pg Mekah n dia bg kat umi)

8)Minum susu kambing + kurma

9)Selalu b’jalan2 supaya mudah untuk buka laluan baby nk kluar..

10)Tiap2 2 minggu umi basuh bilik air sambil mencangkung..hehe..

11)Selalu mkn bendi,org ckp baby keluar licin jer.

12)Amalkan doa nabi Yunus yg dlm perut ikan Nun tuh..

13)Start 7 bulan,minum air kelapa seminggu 3x (yg ni umi x sempat nk buat,umi sempat minum 5x jer kot,tuh pn kelapa pandan)


Lepas ni umi citer plak pengalaman bersalin kan Affan...

Pengalaman Mengandung Affan..::Part 2::


Umi dh x de masalah Hb Low mcm ms umi pregnant before ni wlu jarak Kak Sya n Affan dekat..ok jer cek up tiap2 bulan..tp masa kandungan umi 5 bulan,umi selalu sakit perut mcm contraction tu..umi pg cek kat KK n kena follow up kat cna..rupanya umi ada GBS carrier..erm, kira mcm bacteria infection la..doc bg umi antibiotic..die ckp ms umi nk bersalin nnti,umi kena amik satu course antibiotic supaya Affan x kena jangkitan..sbb bacteria ni suke serang bby..balik dr KK je,umi terus search psl GBS carrier ni..ni apa yg umi jumpa..

Satu kajian di Australia menjangkakan GBS hadir dalam 12-15% dari wanita yang mengandung. Dari kumpulan ini hanya satu hingga dua peratus bayi yang lahir terkena jangkitan ini dalam minggu pertama kehidupan. Secara keseluruhannya, dijangka antara satu hingga empat orang bayi dari tiap-tiap 1000 kelahiran dijangkiti GBS. Jadi, bukan semua bayi akan mendapat jangkitan ini secara otomatik walaupun ibu itu membawa GBS. Kebanyakannya tidak akan dijangkiti walaupun GBS ini dapat dikesan dalam 50% dari bayi-bayi ini.

Semenjak tahun 70-an, jangkitan dari kuman GBS menjadi jangkitan yang paling biasa menyebabkan kematian dalam bayi-bayi baru lahir. Jangkitan GBS dibahagi kepada dua jenis; yang pertama ialah jangkitan yang terjadi dalam 24 jam pertama kelahiran hingga tujuh hari. Jangkitan pada tahap awal ini biasanya melibatkan radang paru-paru, septisemia dan jarang sekali jangkitan otak (‘meningitis’).

Septisemia ialah jangkitan yang merebak melalui darah ke seluruh badan, termasuk organ-organ penting seperti hati, jantung dan buah pinggang. Kadar kematian lebih tinggi bila septisemia berlaku. Jangkitan jenis kedua berlaku selepas seminggu hingga tiga bulan. Jangkitan pada masa ini ialah septisemia dan meningitis. Ada juga bayi yang mendapat kesan sampingan selepas jangkitan seperti kecederaan penglihatan, pendengaran, percakapan dan mungkin juga mendapat kecacatan perkembangan otak. Memang, jangkitannya serius dan akan menghayat hati kedua ibubapa.

Jika tidak semua yang membawa GBS akan menyebabkan jangkitan kepada bayinya, siapakah yang lebih berisiko? Kemungkinan untuk mendapat jangkitan ini lebih tinggi jika seseorang itu bersalin sebelum cukup bulan (tidak sampai 37 minggu), jika selaput ketuban yang telah koyak dan air ketuban keluar selama 18 jam atau lebih sebelum bersalin, demam yang tinggi semasa hendak bersalin, didapati ada kehadiran GBS dalam faraj terutama sekali pada tahap akhir mengandung dan pernah melahirkan bayi yang telah dijangkiti GBS selepas bersalin. Satu lagi faktor risiko ialah bila GBS dikesan didalam jangkitan air kencing.

Itulah sebabnya pengesanan GBS dilakukan pada minggu 33-37 mengandung melalui cara yang puan lalui. Jika ibu-ibu ini dikesan ada GBS, mereka tidak perlu ambil antibotik dengan segera. Ini ialah kerana GBS mudah untuk muncul semula di dalam faraj selepas rawatan. Jadi saranan terbaik sekarang ialah pemberian antibiotik semasa peringkat awal terasa sakit hendak bersalin.

Antibiotik yang efektif ialah penisilin dan dengan mulanya program ini, insidens bayi mendapat jangkitan yang serius telah berkurangan. Antibiotik ini akan diberikan melalui saluran darah dan ia lebih efektif jika diberi empat jam sebelum bayi dilahirkan.

Selepas bersalin, biasanya, bayi akan diperhatikan untuk mengesan tanda-tanda awal jangkitan. Antibiotik tidak perlu diberi jika bayi itu sihat dan tidak menunjukkan kesan-kesan jangkitan, tetapi rawatan yang diterima berbeza-beza di hospital-hospital berlainan.


Apa lg,menangis2 la umi citer kat baba..baba pujuk umi x kan ada pape..tp umi takut gak..umi buat solat hajat,sungguh2 umi b’doa supaya x kan t’jadi apa2 yg x elok kat ank umi ni nnti..pd Dia la tempat umi mengadu..sesungguhnya Dia jua la sebaik2 yg menyembuhkan..

Bl dh msuk 7 bulan, umi kena buat ujian MGTT (minum air gula) n resultnya umi ada kencing manis (GDM)..nurse ckp ni pembawakan baby..bila dh b’salin nnti,umi akan normal blik..ye la, tiap anak lain pembawakannya kn..mungkin jugak sbb habit umi yg suke sgt mkn gula2 n coklat kn..umi mintak maaf syg..slh umi..hmpir tiap2 minggu umi kena buat BSP sbb nk monitor tahap kencing manis umi cmner..yg bestnye, tiap kali buat BSP umi dpt MC..hehe..jd hmpir tiap mggu la umi MC..nsb baik Bos pham n x marah..;p..thap kencing manis umi msih boleh control lg..umi x perlu ambil insulin,cume control diet jer..kesian affan kan..umi x boleh mkn byk2..klu glukos tggi sgt,boleh effect kat affan gak nnti..

Start dr ni la, klinik n hospital dh jd umah kedua umi..satu sbb GBS carrier n satu lg sbb GDM..sbb dua2 ni b’risiko utk baby.. tiap2 bulan umi kena pg GH,jumpa doc pakar..umi x skip walau satu pun appointment sbb umi nk tau perkembangan n keadaan Affan cmner..umi control mkn, byk benda yg umi x boleh mkn..sbb tu berat umi krg sket dr ms umi pregnant kak Sya,berat umi 68kg..tp x nmpk naik sgt pun..naik kat perut jer..ramai yg ckp muka b’seri ms mengandung Affan ni..;)




Saturday 29 December 2012

Pengalaman Mengandung Affan..::Part 1::



Khas buat Affan..supaya Affan tahu umi,baba,kak Sya n family kita sgt menghargai kehadiran Affan dan sangat2 menyayangi Affan..umi doakan Affan akan menjadi anak yg soleh dan bakal menjadi lelaki yg disegani dan dihormati ramai..

Umi tahu yg umi mengandung ms umur kak Sya baru 8 bulan..masa tu umi rasa bdn lain mcm jer,pns mcm demam, pening n cepat letih..ramai yg tgur umi pregnant ke sbb perut umi mcm besar je..umi ckp “x dela,sy baru bersalin,kembung angin ni”..haha..umi citer kat baba,baba suh umi test..umi suh baba belikan pregnancy test tu..tp lpas dh 2 hari,baru umi test..umi igt lg tarikh tu (10 Feb 2012)..mmg clear 2 line..umi pnggil baba msuk toilet tgk resultnye..Affan tau apa respon baba?baba sengih sambil peluk n cium dahi umi..die ckp tahniah!!..pastu opah msuk bilik umi n baba,baba trus trik tgn opah pg toilet utk tgk test tu..opah kluar n ckp tahniah kat umi..die pun peluk umi..umi bersyukur..kn ank tu anugerah Allah n rezeki yg tiada tolok bandingnya..=))

Lepas bersalin kak Sya, umi dh start pg keje naik tren ..umi selalu b’lari2 anak trun naik tangga nk kejar tren..lpas tu dr ktm nk ke ofis,umi tmpang kwn umi naik motor..tau la klu naik motor,selalu t’hentak2 kan..tp Alhamdulillah anak umi ni kuat..;))..umi dukung kak Sya mcm biasa jer wlu berat kak Sya masa tu dh hampir 10kg..instinct umi yg anak umi kali ni lelaki..mabuk kali ni punlain mcm sket..ms gosok gigi lgsg x muntah..tp bila nk msuk ptg je, umi dh start pening2..selalunya sebelum solat asar,umi akn muntah dulu..sampai la mlm umi akn mcmtu..mlm mmg jarang umi dpt buat keje..nk jln2 pn umi x larat sbb perut x selesa..awl2 mengandung ni umi kuat sgt mkn gula2 utk hilangkan rs mabuk..last2 umi pg klinik swasta n doc bg umi gelang akupuntur pakai dekat pergelangan tgn dua2 belah utk hilangkan rs loya2 tuh..ok sket la..ari pertama pkai ok..ari kedua muntah gak..tp x kerap..

Umi penah jatuh t’gelincir ms Affan 8 or 9 minggu dlm perut umi..ms tu baba baru lpas mndikan Kak Sya, jd lantai tu kat situ agak licin..umi b’lari ke toilet sbb x than nk muntah..trus terjatuh, towel railing plak jatuh ats umi..baba m’jerit tgk umi jatuh..cepat2 die angkat umi..muka die cuak sgt,mcm nk nangis pun ada..umi plak freeze,t’kejut sgt..bl baba angkat umi bgun, bru umi sedar n nangis..bukan sbb sakit,tp sbb umi tkut apa2 jd kat anak umi ni..risau sgt..cepat2 ktorg pg KK Senawang utk cek..doc ckp x de pape sbb umi x bleeding pun..tp umi tetap x puas hati,umi request nk scan..doc suh umi bukak buku pink terus..pastu pg scan, umi nmpk jantung Affan elok je b’degup..baru umi lega...syukur,anak umi ni kuat..doc bg due date 17 OCT 2012..;o))

Ms mengandungkan Affan,umi boleh mkn semuanya..tp nafsu mkn umi krg sket b’banding ms umi mengandungkan kak Sya dulu..

Ni la makanan tambahan yg umi ambil ms pregnant kan Affan :-

1) Salindah

2) Segala Vit dr KK

3) Kismis

4) Jus Kurma

5) Coklat

6) Susu Kambing

Semua lebih kurg sama je dgn kak Sya,bezanya umi suke sgt mkn coklat time pregnant Affan ni, tp x kisah la sbb org ckp coklat bgus utk minda..jd umi harap ank umi ni bijak nnti..InsyaAllah..amin..lg satu umi x ambil susu utk ibu hamil dh mcm kak Sya dulu sbb doc bgtau umi slh satu sbb baby besar adalah susu..jd umi amik alternative lain tukar susu kambing sbb ada kwn kata elok utk elakkan bby dr jaundis bila lahir nnti..n susu kambing x de tambahan gula..umi amik Hi-Goat..

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))