" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 28 December 2012

Nasihat Orang Tua Dulu2..::Part 1::

Buat rujukan anakanda di masa hadapan...Ikut la selagi rasa b'manfaat..

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan 
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.

b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.

Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

Cacar air(Chicken Pox)
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya. Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

Menghilangkan bekas kurap di badan Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan. Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya. Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

Doa dapatkan kembali barang yang hilang..::Part 2::


Dan satu lagi...

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
 
3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut.
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.
Ni sy ambil dr www.islamituindah.my...


Doa untuk dapatkan semula barang yg hilang...::Part 1::


Last week,sorg ofismate(Khaty) mntk tlg sy pegangkan duit utk byar bil air company sbb die cuti pjg..sy pun ok je la..smlm pg2 lg sy nk pass duit tu kat ofismate lg sorg (Faiza)  yg mmg tugas die setelkan bil2 ni..tp die suh sy pegang dulu sbb die ckp tkut nk pegang duit byk2..lgpun die dh penah 2x hlang duit kat company ni..fobia la kot..org lain pun sama,dh beberapa kali hilang..memandangkan hnya sy sorg je yg belum penah hlang duit, die suh sy simpan dulu..bila driver dh hmpir sampai utk ambil sume bil n duit,bru la die mintak duit tu kat sy..depan sy,Faiza masukkan duit tu dlm sampul..stapler n tape sampul tu elok2..terus die masukkan dlm drawer sy..mmg sy x ke mana2  sampai driver  tu sampai, terus je sy pass sampul tu kat die ..x lama lpas tu,die call Faiza “faiz,ape ni..bg bil,duit x de..buat malu sy jer depan kaunter, ada 35 sen je nk byr bil apa..sampul tape cntik2 tp duit x de..”..terkejut beruk ktorg..beruk pun x t’kejut cmni kot..x ke pelik tu..dlm sampul tu ada RM450.35 sebenarnya..yg RM450 tu semua not RM50..sy betul2 x puas hati..bl masa plak ‘toyol’ ni sempat rembat duit tu..x de kesan pape plak tu..hairan bin ajaib..

Kalau nk ikut kan,campur semua yg penah hilang duit kat ofis ni,ada kot dlm linkungan 2.5K..byk tu..tp semua yg hlang adalah not RM50 SAHAJA..benda ni dh berlaku lama tp x de solution pun..tu yg makin menjadi2 ‘toyol’ tu..tp sy pelik knp duit dlm purse sy x penah plak hilang..ke mungkin sbb sy simpan ayat kursi dlm purse sbb tu ‘die’ x boleh ambil..ntah la..Faiza penah call sorg pak cik ni, die agak pandai la dalam perubatan cara islam..die tnya la psl kejadian2 hilang duit kat ofis ni..pastu pak cik tu ckp “yg buat kerja ni bukan warga sini..klu die x boleh ambil sendiri, die akan hantar benda utk ambil”..huh,seram kot..patut la,lgsg x de jejak walau jarak ms hilang tu cuma beberapa minit jer..jd ktorg dh tau keje sape cuma x de bukti jer..dulu mmg dh syak, tp x baik kn tuduh2..
Jd ktorg pun cari2 la jln utk buat die pulangkan balik duit tu..ye la,klu nk ganti ngn duit sendiri..kesian la adik2 ofis sy ni,x mampu kot dorg..huhu..dorg suh sy buat something,apa sy boleh buat..sy pun x tau..haha..tp sy search je la kat tenet n jumpa la link  kat bwh ni..harap2,die akan pulangkan balik semua duit2 tu..InsyaAllah,kita hanya b'usha..doakan sy yer...;))
1.       Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.
kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa bersalah.
     2. selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali



Yakinlah pada Allah.Itu yang Penting.

Sy ambil dr http://www.lifegotstory.blogspot.com/ ..sy share ye..trimas..;0)
 
 
 



 


 

Thursday 27 December 2012

Peristiwa 25 12 2012..Aisyah jatuh tangga..;'(

Panik,takut,risau,n mcm2 lg..ni la perasaan umi bila tgk Sya jatuh depan mata tp x mampu nk buat apa2..terus pecut pg hospital..umi tgh dukung affan naik tangga, Sya bwh satu ank tangga je dr umi..mula2 Sya merangkak jer..opah baru nk dtg amik Sya,tiba2 Sya b'diri, pusing ke belakang, n nk lari..terus Sya jatuh,umi n opah x sempat nk sambut or tarik Sya..Sya jatuh tergolek n menggelungsur..umi x bleh nk pk apa dh..cuma pk nk bwk Sya pg hospital jer..

Salah umi..sepatutnya umi kat bwah,bukan Sya kat bwah..jd klu Sya jatuh,umi boleh tahan..klu bkn dgn tgn pun,dgn kaki..umi janji lpas ni umi akan sgt b'hati2..sorry syg,sorry sgt2..mmg teruk umi kena marah..marah la cmne pun,umi lg risau kan Sya..x putus2 umi b'doa sepanjang perjalanan moga Sya x apa2.. sampai2 jer, umi terus bwk Sya n Affan ke bhagian emergency..baba pg cari parking..umi nk doc check Sya cepat2..kebetulan Sya tgh tido, umi kejut2 pn Sya x nk bangun..umi dh menggeletar..MA kejut2 pn x nk bangun gak..mula2 kita masuk bahagian separa kritikal, tp umi mintak mcm org giler suh cepat2..so,kita transfer ke zon kritikal..lpas Sya baring ats katil,doc tekan tangan Sya utk cari urat nk amik darah n msukkan nebula..Sya bangun n terus nangis..semua yg ada kat situ senyum n lega Sya dh sedar..doc ckp "owh, x pengsan la..adik tido mati je td..adik kuat"..Lpas tgk ramai org keliling Sya,Sya tiba2 gelak..masa amsukkan jarum kat tgn Sya, Sya x nangis lgsg pun..umi yg risau knp Sya x nangis..doc ckp.."Sya kuat n pandai sbb tu x nangis"..doc tekan2 semua bdn Sya, tgk klu2 Sya menangis ke..tp Sya ok jer..

Umi request nk x ray kpala Sya,takut ada pape ke..kita masuk bilik x-ray, Sya senyap jer,boleh senyum2 lg..anak umi ni mmg sgt kuat la..masa tggu result x-ray tu,umi rs mcm jantung nk pecah..takut sgt..bila dh siap,umi sendiri n doc tgk sma2..dr situ semua nmpak ok..x de crack or apa2 yg ganjil..bru umi lega sket..tp doc nk monitor dlm ms 6 jam..klu Sya x de muntah, x nmpk lain mcm, mkn n minum mcm biasa,aktif mcm selalu,n semua ok..kita boleh blik lpas 6 jam tu..mksudnye pkul 2.30pg nnti..umi suruh baba balik dulu dengan affan,tp baba ckp nk tggu sya gak..nnti opah n atuk dtg utk amik affan..Sya kena tahan dlam Observation Room (OR). Opah call umi,die tnya keadaan Sya..umi pelik cmner opah bleh tau,umi igtkan baba yg bgtau opah..rupanye opah sengaja call nk tnya khabar sbb die kate x sedap hati jer..rupenya baru die tau cucu die jatuh..

Dari tangga ni la Sya jatuh..sgt tggi kan..sampai harini msih t.bayang2 lg mcmane Sya jatuh..sorry sgt2 syg..;'(..nsb baik x de pape, Allah la yg lindungi Sya..

Tgn Sya berbalut sbb takut Sya aktif sgt nnti patah jarum kat dalam tu..incase klu kena masuk air or ape2 nnti senang,dh siap psg..Darah kena amik sket utk cek glucose n Hb
 
Glucose -4.3
Hb - X dpt tgk,tp Doc ckp ok..

Org bg katil x nk, nk gak baring dlm stroller die..sempit pun x kisah..adik affan je la baring atas katil tuh..


Aisyah dpt kwn,Luqman namanya..org Johor..die demam pnas..sepanjang kat cni, Aisyah nk kwn dgn die je..x nk pg tempat lain..Sya ckp "nk awan"..Insyaallah,ada rezeki n jodoh jumpa lg..(ayt mak Luqman)..Insyaallah,apa slhnye..;))
 
 

Sepanjang dlm OR ni,Sya bukan reti duk diam..b'jalan jer kejenye..Sya suke time check Bp..Bp check kat betis n utk cek Oxygen dlm darah,ada satu alat ketip kat ibu jari kaki..jd bl nurse dtg je bwak mesin utk cek Bp tu, Sya trus ckp "kaki" sambil selak seluar sampai lutut n hulur kat nurse..lpas tu Sya gerak2kn ibu jari kaki plak utk cek oxygen..nurse gelak2 tgk Sya..bijak la ank umi..nnti jd Doc ye syg..amin..;))
 
Sepanjang dlm OR ni,Sya minum susu smpai 3 botol..mkn roti coklat n ns yg opah bwak..pukul 12.30pg baru tido..nurse sampai dh tutup lampu utk Sya tido..
 
Syukur Alhamdulillah,walau cara Sya jatuh agak ngeri sebenarnya..org ckp malaikat sambut Sya..sbb tu Sya x de pape..Allah Maha Penyayang..dalam umi x mampu nk buat pape,Dia la yg lindung Sya..moga Sya sentiasa sihat,aktif, n ceria..amin..umi syg Sya sgt2 tau..n sekali lg maaf sgt2..
 


Affan n Aisyah berurut...25 12 2012..


Arini ktorg cuti, so balik kg bahau..dh lama x balik sana,last balik ms ry aritu..lgpun moyang kat sana masih belum jumpa affan lg sejak die lahir..dh alang2 tu, ktorg nk bawak affan pg b’urut..sbb die asyik tido sebelah jer..kpala dh senget sebelah..b'urut dgn Wan Ulong Robi (x tau la betul ke x spell die cmnie)..Insyallah, boleh elok blik..kak Aisyah dulu pun b'urut dgn wan ni jugak..alhamdulillah baik..tp skrg die dh x larat..cume boleh urut baby n bdk kecik jer..org besar x boleh..die ckp sakit bahu..ye la org besar,cnfirm la dh keras segala urat2 n tulang2..klu dulu2 bleh la..bayarannya hanya la seikhlas hati..moga murah rezeki Wan..=)
Mula2 betulkan urat kat leher dulu..Wan ckp urat affan dh tegang..patut la kepala tegak semacam jer si affan ni..x de pun t'goyang2 mcm baby lain..


Then, betulkan urat2 kat tgn plak..tgk muka affan selesa jer..die ni mmg suka diurut..haha

Ha, ni bab yg menyakitkan..maraung la bdk ni..nk betulkan urat kat kaki die sbb tgk kaki die keras semacam jer..kaki kanan,kaki kiri ok jer..kpala pun senget belah kanan gak..

Pas setel adik affan,kak aisyah tiba2 dtg dekat Wan sambil hulur kaki die..haha..rupanya die nk b'urut gak..bertuah punya bdk..
 

 Tgk muka Aisyah..muka best kena urut..


 Lpas dh abis urut kaki, tiba2 aisyah selak baju die sambil tunjuk perut die..die suruh urut perut die plak..haha..adoi la aisyah..geram jer tgk muka die tgh t'sengih2 tu


Dh siap urut perut,die hulur tgn die plak..abis sebelah kanan,die bg belah kiri plak..ni la org ckp bg betis nk paha..haha
 

Last2, Wan tu urut satu bdn Aisyah..punya la sedapnye die..wan pun suke layan kerenah si aisyah ni..haha..tu yg siap bukak baju..puas hati ye sya..ms kecik punye la nangis ms kena urut..dh besar die plak yg lebih2..;p
 








 

Monday 24 December 2012

Pengalaman Bersalin Aisyah ::Part 2::


16/05/2012 (Hari Sya lahir ke dunia)

1am- Baru umi boleh tidur..Dr mula masuk sampai waktu ni umi susah nk lena..

2am-Nurse kejut umi utk buat CTG, tgk jantung anak umi ni cmner..ok, x de masalah..umi dh x boleh tido..umi borak2 ngn nurse..

4pm-Psg drip kat tgn utk msuk kan antibiotic..

6am – Umi buang air besar n mandi.

7am – Masuk labour room..doc pmpuan india yg agak besar bdn die cek bukaan..punye la sakit sbb cara die cek pun ganas..umi rs mcm nk tendang je die..huhu..die ckp baru 1 cm..aik, smlm 2cm,arini 1cm plak..die ckp doc smlm t’silap..

7.30am – Doc pakar dtg..Die nk discuss ngn umi n baba psl bius..Ada 2 jenis :-

1) Injection di punggung tiap 4jam..function die hanya mengurangkan rasa sakit,tp still rs sakit gak..tp effect lebih kpd baby..

2)Epidural-Injection di tulang belakang..Yg ni langsung x terasa sakit sepanjang proses contraction tu..effect mmg pd ibu la,dlm minor kes ibu boleh jd lumpuh, sakit pnggang,darah beku n etc.

Doc suggest kn umi ambil epidural sbb die ckap ank first mmg akan ambil masa yg lama utk jalan buka sepenuhnya, die takut umi x kn mampu nk than skitnya,lg2 umi d’induce..die ckp umi lucky sbb die hnya akan beri sorg je ambil epidural dlm sehari..jd klu umi nk,umi sorg je la yg pkai arini..wlu ada yg request pun nnti,mmg die x kn bg..

Bila discuss ngn baba, baba x nk umi ambil ape2 sbb die risau effect kat umi n juga kat Sya nnti..tp umi takut, umi takut x mampu nk than..tmbah2 lg bila umi dgr org bilik sebelah tgh t’jerit2 sbb sakit..umi jd seram plak..huhu..umi decide nk amik epidural, umi pujuk baba n baba pun ok..

7.40am-Doc pakar bius dtg..lpas sign segala bagai..die pun inject umi..ngilu je rasa...

8.00am- Start induce..berselirat drip kat tgn umi..satu hormone (oxytocin) dimasukkn..function die utk melembutkan rahim supaya jalan cepat buka..Umi dijaga khas oleh sorg nurse, nurse Marina nama die..baik orgnya..;0)..die la yg teman umi sbb masa ni baba dh balik..umi suh baba rehat dl,nnti ptg sket bru dtg..sbb umi tau lmbt lg Sya nk kluar..

9.00am- Umi dpt rasakan perut mengeras je..contraction yg sgt kerap..tp umi x rs sakit sbb bius tu dh start b’fungsi..dr pinggang ke bwh umi x rs pape..kebas n sejuk jer..

11.00am-Check bukaan..baru 3cm..aduh, lmbtnye la rase..

12.00pm-Nurse suh umi tido,die ckp nnti nk gune byk tenaga..mslhnye umi lgsg x boleh tido, dr td cube..doc pelatih dtg, dorg tnya umi “x sakit ke?”..umi senyum smbil ckp x..then, die ckp “nnti klu bile sy nk b’salin sy nk ambil epidural gak la, awk boleh senyum2 lg,org lain duk t’jerit sakit”..

2.00pm-Check bukaan..dh 6cm..nurse Marina dh excited..die ckp bgus, progress sgt cepat..masa tu dh ramai gak nurse yg dtg..

4.00pm-Check jalan lg..doc pelatih jerit “sy dh dpt rasa rambut die”..dh bukak 9cm..sempat umi tnya doc tu “rambut die lebat x doc?”..doc tu gelak n ckp “rambut die byk sgt,sy dh dpt rs”..ms tu umi rs dh x sbar nk tgk Sya..x sabar nk peluk n cium Sya..

Tiba2 umi rs seram bila tgk perkakas yg ada, gunting, jarum bagai..trus umi t’tanya “nnti bila nak jahit sy,doc bius x?sakit x?”..sume doc n nurse yg ada kat citu gelakkan umi..die ckp “awk x pyh pk psl tu dulu, pk awk nk kluarkan dl ank awk tu”..haha..

6.00pm-Baba dh masuk..doc ckp klu umi dh rasa nk teran bgtau jer sbb jalan dh bukak full pun..10cm..

6.30pm-Doc dh start suh umi teran..sbb rambut Sya dh nmpak..betul2 kat dpan pintu dh..The problem is umi lgsg x rs sakit n x de rs nk meneran pun..tp bila doc suh gak,umi main teran je la..

7.00pm-Still x de progress..nurse panggil baba suh tgk rambut Sya n ambil tgn umi suh rs rambut Sya..umi cube teran tp mcmtu jer..baba baca ayat kursi kat air n suh umi minum..mmg umi sgt dahaga sebenarnya..bygkan 19jam umi lgsg x mkn n minum..Doc dh off kan epidural tu n baru umi rs sakitnye mcmane..rasa mcm pinggang ni nk putus dua..rs perut mcm nk pecah..Hampir 10 org nurse n doc dtg utk bg semangat kat umi..sgt terharu..Doc bg masa lg kat umi sbb tgk jantung Sya masih stable..

8.00pm-Masih same..doc ckp kedudukan Sya pun agak senget(diamond shape), sbb tu agak susah nk keluar..sambil umi push,sambil nurse tolak perut umi utk betulkan kedudukan Sya..umi dh hmpir x de tenaga..betul2 rs x mampu dh..baba x putus2 bg umi smgt..mcm2 zikir n doa baba bc kat kepala umi ni..masa tu umi pk mcm nyawa nk ditarik dh..sakit sgt..sampai umi doa “Ya, Allah..aku rela Syahid (sbb klu meninggal time b’salin kn kira syahid kecil), tp panjangkanlah usia anakku dan izinkanlan dia lahir ke dunia ini dgn selamat,ramai yg menantikannya”

8.15pm-Doc pkar dtg n decide utk vacuum sbb tgk keadaan umi yg lgsg dh x b’maya..baba dh kena kluar..ksian baba x dpt tgk anak die kluar depan mata..

8.26pm-Dengan segala kudrat yg tinggal, umi push sehabis mungkin sambil doc tarik Sya guna vacuum..umi mintak maaf syg..umi betul2 dh x larat..kepala Sya benjol sket belah kiri..

Alhamdulillah,tepat jam 8.26pm lahir la puteri umi n baba ke dunia ini, Nur Aisyah Husna Bt Mohd Hussaini..Syukur x t’hingga..Umi terima ucapan tahniah dr semua yg ada kat situ..dorg ckp “Dh selamat umi jd ibu”.. =)

Aisyah ketika lahir :-

Berat - 4.0kg

Panjang - 52cm

Ukur Lilit Kepala - 34cm

BMI - 14.8

P/s: Jutaan terima kasih yg x t’hingga pada semua yg t’libat dlm proses kelahiran Sya..Doc See,Doc Thayib, Doc Aisyah, Doc2 yg umi x tau nama, nurse Marina n nurse2 yg nama tidak diketahui dari Hospital Tuanku Jaafar,Seremban..Moga Allah saje yg membalas jasa baik kalian semua..;o))

Ni la cinta hati kami..Sya day-4..

                                       
Bersambung entri kelahiran Affan plak lepas ni...lg classic..hehe

Pengalaman Bersalin Aisyah ::Part 1::


Khas buat Aisyah..Jika Sya tahu betapa sukarnya umi melahirkanmu, pasti Sya akan tau menghargai,menyayangi dan menghargai org tua..

Bersalinkan Sya satu pengalaman baru buat umi..ye la, anak first..mana tau lg sakitnya cmne n b’salin tu cmne kn..hehe..org ckp susah sket sbb jalan x de lg..bl umi dh rs bru umi tau mcmane rsnye..trus umi t’igt kat mak (opah Sya yg lahirkan umi ke dunia ni n opah Sya yg lahirkan baba)..bru umi tau pengorbanan ibu melahirkan sgt besar n umi sgt menghargainya..klu ada rezeki,Sya pun akn rs nnti..=).

Umi nk ceritakan pengalaman umi...

Umi start ambil cuti 2 mggu awl, so awl bln 5 umi dh cuti..umi ikut je baba pg kedai..rmai yg ckp perut umi dh jatuh sgt, mcm nk beranak sgt dh..tu umi tkut nk keje n tnggal rumah sorg, tkut t’beranak tgh jln..haha

13/05/2011

Umi ada rasa sakit sikit2..perut pun asyik mengeras je..susah n sakit bl nk b’jalan..x tau la klu tu sbb factor kegemukkan umi..hehe..umi mengadu kat baba..baba trus ajak pg hospital..disebabkan umi x tau mcmane sbnrnye sakit nk b’salin, umi ikut je la pg hospital..sampai hospital, pg screening room..kena interview sket2 n do normal check up :-

Urine – Normal

Weight – 74 kg

Bp – Normal

Scan – Semua ok, kpala baby pun dh kat bawah..doc estimated berat baby dlm 3.4 kg..

Then, buat CTG, mmg ada contraction dlm 10min sekali..tp bila cek jalan masih 0cm..x de bukaan lg..
Tp disebabkan due date pun dh dekat+ada contraction,umi kena warded gak..

14/05/2012

Check bukaan, still same..0cm..umi paling x suke bab cek jalan ni la, sakit bangat kot..sampai b’darah2..sakit perut mengeras pun dh kurang, tp bl buat CTG still ada contraction..Baba dh start b’kampung kat hospital ni..die takut klu umi bersalin bl2 masa..die nk masuk sekali dlm labour room, die nk tgk Sya kluar dpn mata die..

Malam ni baba bawakkn umi coffee+butter, die ckp ada org bgtau minum tu cepat n senang nk b’salin..umi minum abis satu termos..sama je, x de sakit pun..pastu, baba siap ajar umi exercise utk senang nk b’salin, die kata ada sorg mak bidan tu ajar die..ntah celah mana n bila die jumpa mak bidan pun umi x tau..haha..kelakar plak..tp umi buat gak la exercise tu..kot2 b’hasil ke..

15/05/2011

6am – umi bgn pg nk solat subuh..otw nk ke toilet,tiba2 umi rs ada air keluar panas je mcm air kencing..tp umi x rs umi kencing pun..byk sgt, smpai kain umi pkai lenjun..umi bgtau nurse, nurse suh umi pkai pad n tukar kain..die ckp air ketuban dh pecah la tu..pastu cek jalan lg..dh 2cm..doc pelatih yg check..dlm sehari 6 pad umi tukar..semua penuh..Umi dh risau, tkut Sya lemas..yela, air ketuban asyik kluar jer..Tp umi x rs sakit pun..agaknye Sya suka kot duk dalam perut umi ni..Sya x nk kluar lg ye..

4pm-Doc pkar check, die ckp klu umi still x deliver gak esok (within 24 hours), kita akan start induce..sbb takut bby kena infection..umi x kisah la, yg penting Sya selamat..

12pm- Nurse suh umi mkn sbb die ckp esok pg2 la umi dh dihantar ke labour room, kat cna x bleh mkn n mnum..so, baba belikan umi ns goreng kg, fav umi..tp umi mkn sket je..x de selera sbb risau sgt..umi mkn jugak sbb umi kena ada tenaga utk esok..











Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))