" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 26 September 2014

Isteri Mengandung, Suami Mengidam !!

Klu hubby tgk gmbr ni, confirm lg kecur air liur die..:p
Semalam, time balik dr keje tetiba my honey bunny ckp “erm, terasa kecur plak air liur ni, rase mcm nk mkn benda yg masam2 la”..hish, ngada2 plak laki aku ni la..kelmarin die ckp terasa sgt nk mkn nasi lemak atas daun pisang..arini asam pulak..aku yg pregnant ke die ni??haha..tp di sebabkan his wife ni baik hati, layankn je la..

Me : Nk asam cmne?kang drop sy kat Family Store sbb nk beli susu budak, sy beli sekali asam awk tu..

Hubby : X kisah, tp nk yg msm2 tau..mcm asam boi tu ke, yg buat ais krim tu..uii, sedapnye la..

Mak ai, over tul laki aku nih..haha..cari punya cari,asam boi x de..beli je la asam manis..dh bg kat die,die ckp “ala, ni x msm..manis la..xpela, mkn dl..nnti beli lain”..adoi la, laki den ni..tp abes gak la separuh plastic die mkn sorg..sah, die yg pregnant ni..patut semacam je perut die beso, ntah2 kembar kot..haha..:p

Mase mula2 pregnant yg no 3 ni,mase tu mmg x tau yg dh pregnant..tiap2 pg mase mandi, my hubby muntah2, die ckp loya sgt..i ckp la “agaknye awk ni mengandung kot”..haha..tup2, 2 minggu pastu i cek, mmg dh pregnant 4 weeks..hoho..

I xde la byk sgt ngidam pregnant kali ni, ade 2 3 jer..tp my bubby, ya Rabbi..dgn char kuey teow la, pie tea,nsi lemak daun pisang, asam boi, n ade beberapa lg yg dh lupa ape..ha, baru u tau ye cmne rasenye mabuk n mengidam time pregnant ye..hehe

Dan lagi, sepanjang pregnant kali ni, i ok jer..x de krem kaki mcm mengandung sebelum2 ni..tp hubby dh 3-4 kali krem kaki n sakit2 bdn serta pinggang..plus dh 2x demam..ntah la, tp mcm x logic je kn..sbb bukan ade kaitan darah pun, jauh sekali disebabkan hormone mengandung..kuasa Allah, mungkin DIA nk suami rase ape yg isteri rase supaya suami tau menghargai pengorbanan isteri mengandungkan zuriat die selama 9 bulan..ye dok?..:)

Thursday, 25 September 2014

Mengapa Kita Dilarang Makan Bercampurkan Makanan Darat Dan Laut?

“Mari kita renungkan bagaimana Rasulullah SAW makan sehinggakan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut disebabkan makanan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein , serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains menunjukkan jika kita makan roti yang diperbuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah.”

Disini kita tahu bahawa Rasulullah amat menjaga pemakanan serta kaedah pemakanan yang menjadi ikutan atau sunnah. InsyaAllah kalau diamalkan kita akan dijauhi penyakit spt sakit perut dsbnya.

Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( – ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi. (kesan angin kata orang2 tua…)

Bagaimana nak atasinya?

Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:
* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda

Amalkan:

1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.

FAKTA:

Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.

Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.

8 Cara Mengatasi Kulit Kering

Masalah kulit kering berpunca daripada pelbagai faktor seperti perubahan cuaca, pemilihan alat solek yang tidak tepat, sinaran matahari dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh amalkan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Diantaranya adalah…..

(1) Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih banyak daripada itu. Sekiranya anda tidak mendapat cukup air dalam badan, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi. Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana sahaja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan yang lain. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

(2) Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

(3) Elakkan daripada pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

(4) Elakkan daripada berada didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.

(5) Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

(6) Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

(7) Cuba untuk mendapatkan 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

(8) Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka. Elakkan daripada menggosokkan muka kerana ia akan meanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

Kali ni saya nak berkongsi kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja.



“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Bermaksud:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
“Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”

Bermaksud:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini.




Untuk dapatkan kesan yang baik,hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.


*Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik.

Usahawan China Jual Udara Segar Dalam Tin

BUKAN rahsia lagi, China terkenal akan masalah polusi udaranya. Sementara pemerintah dikatakan tutup mata untuk menanganinya. Kerana itu jutawan Chen Guangbiao bertindak unik, dengan caranya. Lelaki yang akrab dipanggil ‘Brother Biao’ ini menjual udara segar dalam tin bertutup kemas seharga USD 0.80.

Udara dalam tin ini kemudian diberi jenama “Chen Guangbiao: Nice Guy” dan dipasarkan di beberapa area China seperti Jinggang Mountain, provinsi Jiangxi, dan beberapa daerah minoriti Taiwan. Udara segar yang dikemas/tutupnya berasal dari berbagai wilayah di China dan Taiwan.

“Orang hanya perlu membuka tutup, dekatkan hidung, dan hirup udara segar yang ada dalam tutupan,” jelas Chen.

Biao menjelaskan, di dalam tutupan terdapat cip yang akan langsung menutup, ketika ion oksigen negatif mencapai jumlah maksimum. Menurutnya, udara di dalam tin juga tidak akan mudah keluar, kerana telah dikompres.

Meski agak aneh dan macam tak masuk akal, namun Biao menyatakan, dia yakin produk ini akan berjaya di pasaran. Nyatanya 100,000 tin udara tutupan yang telah diproduksi terus per hari. Biao mengatakan bahawa sebahagian hasil jualan itu akan disumbangkan kepada tentera China yang kini sedang mempertahankan Diayou Island.

Biao juga, berjanji jika pembeli tidak puas hati dengan produknya, mereka boleh menyimpan tutupnya. Biao berjanji akan membeli tutupan itu kembali setelah 10 tahun dengan harga USD 7 per tutupan.
Udara segar dalam tin, inilah produknya!!

Ntah betul ntah tidak udara segar..nk kena beli bape tin utk dptkan udara segar non stop??

Aisyah :: Ruam, Kayap n Eczema (Part 3)

Muka budak yg kena kayap+eczema..nsb baik x kena kat bahagian muka, kat pipi tu kena cakar dgn Affan..
23 Sept – Opah Aisyah still cuti lg utk jaga cucu emas die ni..hehe..tghari ummi kol opah utk tnya khabar Aisyah, opah ckp Aisyah tgh mkn..ummi ckp dgn AIsyah, die nmpk ok je..ckp pun elok jer..Alhamdulillah, mungkin Aisyah dh sembuh kot..sedap sikit hati ni..tp balik keje ptg tu tgk Aisyah tgh tido, cek bdn die..bintik2 merah tu still x surut2 n kering pun..bila bangun, die manggaru2 je..bintik2 dekat pelipat tu lg la seram tgknye..dh hitam2!!

Bintik2 merah yg dh jd hitam dekat pelipat2 bdn Aisyah..
Ummi jd x sedap hati balik, rase nk nangis je tgk die tergaru2 mcm tu..terus ajak baba pg Klinik Dr. Azmi kat TTJ..dekat je dgn umah opah..klinik ni mmg x pernah putus dgn pesakit terutama kanak2 n baby..Aisyah n Affan dh beberap kali dpt rawatan kat sini, ubat die pun serasi dgn dorg..mase rawatan mula2 die tgk bintik2 kat bdn, tgn,kaki n punggung Aisyah..cek suhu bdn, x demam..pastu tgk mulut Aisyah plak..then, sesi soal jawab..

Doc : Ade org lain kena cmni x?

Me : X de..die sorg je..adik die pun x de cmni.

Doc : Die gatal2 time bile?Siang ke mlm?atat dua2 waktu die gatal?

Me : Tiap mase die gatal doc..asyik menggaru je.

Doc: Bape ari dh kena cmni?

Me : Baru kena ari Ahad..so, dlm 3 ari la..

Doc : mmg byk kes cmni, lg teruk dari ni pun ade..so, chicken pox out, kayap pun out..sy confuse antara kudis buta atau penyakit kuku kaki dan mulut je..tp kudis buta cepat berjangkit, jd adik die mesti dh kena sekali..lagi satu die akn teruk waktu mlm, siang ok je..sbb kutu tu keluar waktu mlm..tp die siang mlm gatal kn..klu penyakit kuku dan mulut plak, kat tgn n kaki die mmg ade, tp kat mulut die x de pape pun..ok je..jd bukan juga..

Me : Klu kayap cmne doc?

Doc : Ha, meh sini sy tunjuk kayap cmne n die serang bhagian mane..die ikut peta bdn kita..(sambil tunjukkn gmbr dekat laptop die)..kayap x kn tumbuh merata cmni, die akn tumbuh setempat tp menjalar dr bhgin depan ke belakang atau sebaliknya..

Me : So, anak sy ni kena ape doc?

Doc : Eczema, allergic..sy akan bg ubat allergic, antibiotic, ubat sapu n sabun khas utk die mandi..insyallah, dlm mase 2-3 ari hilang semua tu..ade kes lg teruk dr ni, amik mase 5-6 ari utk dptkn kulit yg licin semula (sambil tunjuk gmbr baby before n after dlm HP die yg ade symptom mcm Aisyah, tp condition lg teruk)

Me : Allergic dgn ape ye doc?

Doc : Boleh jd mcm2..makanana tau persekitaran..eczema ni ade byk jenisnye..ade cmni, ade cmtu (smbil tunjuk mcm2 gmbr bby eczema)..eczema ni x berjangkit..

Me : Ok la cmtu doc..Thanks..

Doc : Ok..cuba ubat sy bg dl ye..insyallah..(smbil doc salam dgn Aisyah n Affan smbil cium dahi dorg)

Aisyah dpt 3 jenis ubat utk Allergic, Sabun mandi khas yg lembut utk kulit, Antibiotik (Azithromycin) n gel utk sapu pada bintik2 tu..Cas utk air liur doc tu hanya la RM6..yg lain2 semua hrga ubat je J..Sgt recommended, korg tnya la pape pun, die akan jwb smpai korg puas hati..

Balik tu, ummi terus bg semua ubat dekat Aisyah, suka plak die..sbb semua ubat2 tu bau buah2an..pastu mandikan die dgn sabun tu, die plak lebih2 nk sabun byk kali..haha..n last sekali sapu gel, die selesa je..sbb gel tu sejuk2 je..hehe ..:: Sambung Part 4 ::

Sedikit Info Tentang Eczema

Eczema ‎|‎ Dermatitis

Apakah Penyakit Eczema?

‎Eczema adalah singkatan kepada "Eczema Hypertrophicum", juga di sebut "Dermatitis." Eczema atau ‎dermatitis, adalah istilah kepada beberapa jenis penyakit atau masalah radang kulit yang tidak ‎menyelesakan, samada radang tersebut dalam bentuk kulit kering, panas, berkuping, lebam, ‎kasar, menebal, kemerahan, gatal-gatal sehingga kulit sangat terdorong untuk di garu, kian di garu kian luka, berair dan ‎seterusnya berdarah, dan sekiranya tidak di rawat akan bernanah. Apabila sembuh bersifat sementara, kemungkinan besar akan timbul kembali, dan menjadi semakin merebak. Setiap kali sembuh akan meninggalkan kesan parut kehitaman yang lambat untuk kembali ke tona dan warna asal kulit.

‎Dengan penjagaan dan perawatan kulit yang rapi, terutama pada bahagian yang selalu timbul radang kulit, ‎eczema boleh dikurangkan, tetapi kulit akan sentiasa sensitif dan eczema dengan mudah akan timbul ‎kembali. Eczema boleh berlaku pada semua peringkat usia. Eczema tidak pula berjangkit.

‎Eczema ‎|‎ Jenis-Jenis

Berikut adalah beberapa jenis eczema. Gejala-gejala eczema hampir sama semuanya. ‎Puncanya mungkin berbeza. Dan kaedah rawatannya juga berbeza.

‎●‎ Atopic Eczema. Atopic eczema ini dipercayai masalah kulit yang diwarisi, berkait-rapat ‎dengan faktor genetik. Sejenis eczema yang sering terjadi, dikaitkan dengan penyakit ‎lelah/asma bronchitis (sesak nafas, bersin, hidung berair, batuk-batuk, paru-paru banyak kahak) ‎dan juga hayfever (sesak nafas disebabkan rongga hidung tersumbat kerana berkahak).

Seseorang yang mengalami atopic eczema, terlalu sensitif kepada miang ‎halus atau “irritants” dari alam sekitar, sedangkan miang tersebut tidak pula menjejaskan kulit kebanyakan orang lain. Atopic ‎eczema timbul kerana tindak-balas dari sistem kekebalan tubuh yang bertindak menyerang ‎miang halus yang melekat di kulit sehingga menghasilkan radang kulit yang gatal. Gatal-gatal kadangkala sangat ‎menusuk kulit. Selalu timbul pada wajah, kulit kepala, leher, celah siku tangan, di ‎bawah lutut, dan juga buntut.

Tanda-tandanya: kulit kering seluruh tubuh, radang ‎kulit dan kadangkala membengkak. Garu-garu yang tak tertahan, berlansung dengan mudah ‎melukakan kulit, mendedahkan kepada jangkitan. Akibat dari radang eczema, kulit akan terkoyak, ‎tersiat, luka, dan berair.

‎‎●‎ Dermatitis Sentuhan/Contact Dermatitis. Eczema jenis ini timbul apabila kulit terlalu sensitif terhadap ‎sesuatu bahan yang tersentuh pada kulit, diiringi dengan sistem kekebalan tubuh yang bertindakbalas terhadap bahan tersebut. ‎Selalu timbul di tangan orang dewasa.

Terdapat 2 jenis: Jenis pertama, allergi terhadap sesuatu bahan, umpamanya terhadap logam nikel dalam bentuk ‎subang, gelang, rantai dsbnya. Eczema timbul secara perlahan apabila kulit seringkali bersentuhan ‎dengan bahan allergi tersebut. Jenis ke-2 lebih sering berlaku, eczema yang timbul apabila ‎setiap hari bersentuhan dengan benda seperti bahan pencuci atau bahan kimia, yang ‎mengakibatkan eczema. Boleh juga berlaku terhadap bahan-bahan lain seperti simen, wangi-wangian, bahan kosmetik, getah, krim ubat, pohon-pohon, juga sinaran matahari dsbnya.

‎‎●‎ Seborrhoeic Eczema. Terdapat 2 jenis:

Eczema pada bayi. Eczema yang timbul pada bayi di bawah usia 1 tahun. Secara ‎amnya, bermula di kulit kepala atau celah kelangkangan, berkuping warna kekuningan, kemudian kian merebak. Mungkin tidak mendatangkan keselesaan, tidak gatal dan tidak terlalu ‎menganggu bayi, mungkin kerana mereka terlalu kecil untk memberitahu. Selalunya eczema jenis ‎ini akan berkurangan dan hilang dalam beberapa bulan. Krim pelembab bayi dan minyak ‎mandi dapat mempercepat kesembuhan. ‎Sebab sebenar adalah samar.

Eczema pada orang dewasa. Orang dewasa berusia antara 20 – 40 tahun mudah mengidap eczema jenis ini. Secara ‎amnya, di kulit kepala terdapat kelamumur, mudah merebak ke wajah, rongga ‎telinga dan dada. Kulit bertukar menjadi merah, dan berkuping. Gejala ini dipercayai ‎berpunca dari pembiakan kulat/jamur. Sekiranya masalah menjadi lebih parah, krim anti-kulat ‎mungkin dapat membantu. ‎

‎●‎ Varicose Eczema/Venous Eczema/Gravitational Eczema/Stasis Dermatitis. Selalu berlaku pada orang dewasa 50 tahun ke atas. Eczema mudah timbul di ‎bahagian bawah kaki-kaki, disebabkan kurang lawas pengaliran ‎darah ke kaki. Eczema merebak di sekeliling kaki, berwarna kemerahan, bertompok, berkuping, dan sangat gatal untuk di garu. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, kulit akan pecah-pecah dan ‎mengeluarkan cecair dan bernanah.

Merawatnya adalah dengan ‎krim pelembab atau krim steroid.

‎●‎ Herpetiformis/Penyakit Duhring. Amat gatal terutama di waktu malam. Timbul pada lengan, paha, lutut, ‎dan bahagian bawah lutut. Eczema ini dikaitkan dengan penyakit atau masalah usus.

‎●‎ Eczema Dyshidrosis/Pompholyx/Vesicular Palmoplantar Dermatitis/Eczema Surirumah). ‎Eczema jenis ini timbul pada telapak tangan, telapak kaki, dan di pergelangan jari-jemari tangan dan kaki. Bintik-bintik kecil, menebal, pecah-pecah dan diiringi dengan gatal-gatal, dan terlalu gatal di waktu malam. Jika eczema di tangan, menjadi lebih parah sewaktu cuaca panas.

‎‎●‎ Discoid Eczema/Nummular Dermatitis/Eczema Mikrob. Eczema jenis ini timbul secara tidak di jangka, ‎dalam bentuk tompok kering sebesar wang syiling, berwarna kemerahan. Selalunya pada bahagian lengan atau bahagian ‎bawah kaki. Bentuk seperti kurap. Eczema ini gatal dan sangat terdorong untuk di garu sehingga mengeluarkan ‎cecair. Selalunya, eczema ini di rawat dengan krim pelembab. ‎

‎●‎ Neurodermatitis/Lichen Simplex Chronicus/Localized Scratch Dermatitis). Bahagian yang gatal ‎menjadi tebal, berpigmen yang disebabkan selalu di garu. Selalu berlaku hanya pada suatu bahagian ‎tubuh sahaja. Boleh di rawat melalui ubat-ubatan anti-keradangan.

‎●‎ Autoeczematization/Autosensitization). Eczema jenis ini timbul dari tindakbalas sistem kekebalan tubuh terhadap ‎jangkitan parasit, kulat/jamur, bakteria atau virus. Ia dapat di rawat apabila terhapus kuman ‎yang menjadi penyebabnya.

‎‎●‎ Lain-lain Jenis Eczema. Terdapat banyak lagi jenis-jenis eczema yang disebabkan oleh jangkitan virus, akibat dari kesan penyakit, dari pengambilan ubat-ubatan, bahan makanan yang tidak seraksi, kekurangan atau lebihan vitamin atau zat gizi, atau bahan kimia. Ada juga eczema yang sangat jarang berlaku dan sangat samar sebab-musababnya. ‎

Eczema ‎|‎ Apakah Puncanya ?‎

Penyebab eczema banyak dan berbeza, bergantung kepada jenis eczema yang dialami seseorang. ‎Sebab-sebab timbul eczema sentiasa samar. Antara sebab-sebab yang memungkinkan timbul eczema ialah:

1) Faktor Genetik. Faktor genetik, waris mewarisi, sekiranya salah seorang samada di sebelah ibu atau bapa kepada individu, pernah mengidap allergi, asma/lelah atau hayfever (sesak rongga pernafasan hidung), maka berkemungkinan besar individu tersebut juga cenderung diwarisi eczema allergi.

Dalam setengah kes, terjadi eczema disebabkan faktor genetik yang berkaitan dengan kekacauan pada metabolisma asid lemak mustahak ‎‎(EFA); kurang kemampuan pada enzim memperoses asid lemak mustahak (EFA) atau kurangnya EFA itu sendiri. Kulit memerlukan minyak dari bahan makanan untuk tindakan anti-keradangan, manakala tubuh memerlukan asid mustahak EPA (bahagian dari EFA) yang terdapat dalam minyak Omega 3. Jika minyak bersumber dari sayur-sayuran atau bijian, tubuh terpaksa memproses minyak sayuran dengan menggunakan enzim. Enzim ini pula bergantung kepada faktor-faktor gandingan dari zat makanan seperti zinc, magnesium dan B6. Bila tubuh kurang mampu menggunakan enzim memproses minyak sayuran, maka eczema mungkin terjadi. Bagi EFA yang bersumber dari minyak ikan, Omega 3 tidak perlu menggunakan proses enzim ini.

‎2) Masalah Perut. Masalah perut disebabkan kekurangan asid hydrokhlorik dalam perut. Setiap tubuh memerlukan air dan zat-‎zat gizi seperti zinc, sodium dan potassium bagi menghasilkan asid hydrokhlorik. Asid hydrokhlorik ialah asid perut yang membantu mencerna dan menghadam makanan dalam perut. Kekurangan asid hydrokhlorik merupakan salah satu punca eczema.

‎Apabila perut bermasalah, pemecahan, pencernaan dan penghadaman bahan makanan menjadi tidak sempurna. Bahan-bahan makanan kecil yang tidak dapat di pecah dan di serap oleh perut akan melalui usus dan ‎kemudian memasuki ke dalam aliran darah. Seterusnya, tindakbalas allergi terhadap bahan-bahan ‎makanan kecil tersebut berlaku dan menimbulkan eczema.

Keradangan dalam perut yang disebabkan oleh stres, ubat anti-biotik, bahan ubat-ubatan juga antara sebab timbulnya eczema. ‎Pada orang dewasa, hisap rokok, alkohol, atau kafein dari minuman kopi juga berkemungkinan merupakan salah satu dari penyebab eczema.‎

‎3) Kecemaran Usus Penghadaman. Dalam usus terdapat organisma yang baik ‎atau pun yang memudaratkan kesihatan. Permakanan yang kurang berkhasiat; kurang vitamin ‎dan zat galian, dan pengambilan ubat anti-biotik boleh menyebabkan kurang organisma yang ‎baik, menambah jumlah organisma yang memudaratkan kesihatan, menjadi salah satu penyebab eczema.

Rebakan kulat candida merupakan antara penyebab eczema, terutama pada wanita yang sedang hamil acapkali berlaku kerana perubahan hormon di dalam tubuh. Bayi yang dilahirkan boleh turut dijangkiti, menjadi sebab kenapa supplemen "probiotic" disarankan pada wanita yang sedang sarat hamil.

‎4) Allergi Makanan. Allergi sering berlaku pada hampir setiap individu. Seseorang harus cuba mengenal-‎pasti jenis-jenis bahan makanan yang boleh menyebabkan allergi kepada tubuhnya. Seorang ibu yang menyusukan ‎bayinya, lebih mudah mengenal-pasti allergi kepada bayinya.

Bahan makanan yang sering menimbulkan allergi kepada tubuh; seperti telur, kacang tanah, makanan dari bahan asas kacang ‎soya/kedelai, gandum (roti, kek, biskut dll), susu, yogurt, ais krim, produk tenusu termasuk keju. Sebaiknya, ‎bahan makanan seperti kekacang dan bijiran di rendam terlebih dahulu bagi meruntuhkan asid phytik yang ‎berkemungkinan boleh menimbulkan reaksi allergi. ‎

‎5) Stres. ‎Terdapat juga individu yang mengalami eczema disebabkan stres (tekanan jiwa). Tekanan jiwa menjadi ‎pemangkin kepada timbulnya eczema pada bahagian-bahagian tertentu kulit. Bila tekanan jiwa berkurangan, eczema juga turut berkurangan. ‎

Eczema | Jenis Rawatan ‎

‎Belum ada penawar yang pasti bagi eczema. Eczema adalah masalah kulit yang bersifat peribadi. ‎Suatu ubat mungkin sesuai untuk seseorang individu, namun tidak pula sesuai pada pengidap lain. ‎Justru, pencarian ubat yang sesuai bagi mengubati semua jenis eczema adalah usaha yang sangat ‎sukar.‎

‎Oleh itu, rawatan ditujukan kepada berbagai cara merawat eczema. Kesemua cara bermula dengan ‎pemeliharaan kulit yang rapi. ‎Berikut adalah beberapa cara yang selalu digunakan bagi merawat dan mengawal gejala-gejala ‎eczema:‎

1 Pelembab Kulit/Moisturizer/Emollient ‎

Eczema menjadi semarak apabila kulit kering. Melembabkan kulit adalah salah satu kaedah penting ‎bagi merawat dan menanggani eczema. Melembabkan bahagian yang dijangkiti eczema boleh ‎mempercepat kesembuhan pada kulit dan mengurangkan timbul eczema. ‎

Pelembab kulit, dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “emollient” atau “moisturizer.” Pelembab kulit ‎adalah losyen, krim, atau minyak sapuan agar kulit sentiasa lembab, berminyak, dan kembali anjal. Pelembab mengurangkan kekeringan pada kulit dan menghalang eczema daripada berkuping. Lebih tebal lapisan pelembab perlu di sapu pada bahagian eczema yang kering dan berkuping. Penggunaannya yang berterusan setiap hari adalah penting bagi merawat eczema. ‎ ‎Sapuan pelembab berminyak, kerana kandungan airnya sedikit, akan mengekal kulit berminyak lebih lama, akan tetapi ‎kurang keselesaan. ‎

Penggunaan pelembab di kira selamat dan boleh di sapu lebih kerap atau sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari. Sabun dan pencuci detergen lebih baik dihindari dari terkena pada bahagian eczema, kerana ‎ boleh menghakis minyak di dalam lapisan kulit dan menyebabkan kekeringan ‎pada permukaan kulit. ‎

Berbagai pelembab terjual di pasaran, perlu ‎di cuba yang mana seraksi untuk seseorang individu. Ceramides, sejenis asid lemak yang terdapat pada lapisan epidermis, kini menjadi bahan utama ‎ pada pelembab merawat eczema. ‎

2 Krim Steroid‎

Apabila eczema terkawal, hanya krim pelembab diperlukan bagi mengawal eczema agar tidak ‎muncul lagi. Namun, jika radang kulit semakin bersemarak, eczema semakin merebak, maka ‎‎“corticosteroid”, atau singkatnya steroid, digunakan. ‎Jenis-jenis corticosteroid seperti anabolic steroid, cortisone, prednisone, dan methylprednisolone dll.

Anabolic steroid selalu digunakan bagi menanggani masalah keradangan eczema ini. Terdapat 4 gred anabolic steroid: sederhana (mild), biasa (regular), kuat (potent) ‎dan amat kuat (super potent). Gred steroid ini merujuk pada samada usia pesakit, keparahan ‎eczema, saiz eczema, dan juga bahagian tubuh yang dijangkiti. Untuk eczema yang biasa, steroid ‎yang sederhana digunakan (sepertihydrocortisone). Untuk yang lebih parah, makan steroid yang ‎lebih kuat digunakan (seperti clobetasol propionate). Untuk kes kronik, apabila anabolic steroid ‎tidak mampu lagi memberi kesan positif, doktor pakar kulit akan memberi minuman atau suntikan ‎corticosteroid, perkembangan pesakit di pantau di bawah perhatian doktor pakar kulit ‎sepanjang pengambilan steroid tersebut.‎

Dalam banyak kes, penggunaan “corticosteroid” sangat berkesan mengawal dan menghilangkan ‎eczema. Cepat sembuh, akan tetapi kesan sampingan juga ada. ‎Penggunaan sapuan corticosteroids yang berpanjangan akan meningkat risiko ‎kulit menipis, mudah calar dan luka. Oleh yang demikian, seboleh mungkin sapuan steroid ‎yang sederhana digunakan pada kulit wajah dan bahagian tubuh yang halus dan sensitif. Sapuan ‎steroid juga perlu jauh dari bahagian mata, kerana boleh menyebabkan glaucoma (rabun mata yang boleh mengakibatkan buta) atau cataract (selaput mata).‎

Steroid bersifat immunosuppressive, iaitu mengurangkan tindakbalas sistem kekebalan tubuh. ‎Penggunaan steroid tanpa diiringi dengan anti-biotik atau ubat anti-kulat, boleh menyebabkan ‎timbul gejala lain pada kulit, seperti jangkitan kulat atau bakteria. ‎

Dan lagi, penggunaan steroid yang kuat pada bahagian tubuh yang luas akan di serap oleh sistem ‎tubuh, dan keadaan ini boleh menganggu atau menjejaskan sistem dalaman tubuh. ‎

Secara amnya, penggunaan corticosteroid di anggap selamat jika digunakan pada jangkamasa ‎singkat atau sederhana bagi tujuan mengawal rebakan eczema. Bila terkawal, perlu di tukar kepada ‎penggunaan krim pelembab. ‎

‎3 Sapuan Immunosuppressant

Di samping krim pelembab dan steroid, terdapat juga sapuan immunosuppressant bagi merawat keparahan eczema. Sapuan immunosuppressant adalah ubatan yang baru. Apabila ‎eczema menjadi kronik, dan rawatan-rawatan lain tidak berkesan, maka sapuan ‎immunosuppressant digunakan. Ia didapati berkesan menumpulkan tindakbalas sistem kekebalan ‎tubuh terhadap eczema, dengan demikian memberi ruang kepada kulit untuk sembuh.

Sapuan ‎immunosuppressant seperti pimecrolimus, tacrolimus, ciclosporin, azathioprine dan methotrexate. Penggunaannya perlu di bawah perhatian rapi doktor pakar kulit kerana ia memberi kesan sampingan. ‎

‎4 Rawatan Gatal-Gatal Kulit ‎

Ubat anti-gatal-gatal, atau anti-histamine, juga digunakan untuk mengurangkan gatal dan bengkak ‎akibat selalu di garu pada bahagian yang dijangkiti eczema. Ubat-ubat anti-histamine juga memberi ‎keselesaan pada pesakit, terutama di waktu malam di mana gatal-gatal selalu menyerang. ‎

Ubat-ubat anti-histamine yang sering berada di pasaran seperti promethazine (phenergan), ‎diphenhydramine (benadryl), hydrocortisone, atau capsaicin. ‎

‎5 Kaedah Permakanan

Pada setengah individu, ada sesuatu bahan makanan yang boleh mendatangkan allergi padanya sehingga ‎menyemarakkan eczema. Telur mungkin didapati boleh menimbulkan eczema pada seseorang, dan ‎menghindari memakannya dapat menghalang timbulnya eczema. Namun, kaedah yang ‎berkesan di segi permakanan bagi menanggani atau merawat eczema sepenuhnya, masih tidak pasti. ‎

Oleh kerana punca sebenar timbulnya eczema sentiasa samar, permakanan supplemen multi ‎vitamin dan zat gizi, mungkin dapat membantu tubuh meningkatkan kesihatan kulit dan ‎peredaran darah.‎

Supplemen seperti probiotic mungkin juga baik untuk di minum bagi mengurangi eczema. Probiotik adalah mikro-‎organisma hidup, seperti bakteria lactobacillus yang terdapat dalam yogurt. Bagi warga berusia ‎probiotik mungkin tidak begitu berkesan, tetapi banyak lapuran menyatakan bahawa terdapat jenis bakteria ‎probiotik yang berkesan mengurangi eczema pada kanak-kanak. ‎

Supplemen-supplemen lain seperti: Vitamin B-kompleks membantu kesegaran, pembiakan dan jangka hayat sel-sel tubuh, ‎kekurangan vitamin ini dikaitkan dengan masalah kulit (dermatitis).‎ Vitamin E melembabkan kulit dan mengurangkan gatal-gatal. ‎Vitamin C beserta "bioflavonoids" menghalang keradangan kulit dan menstabilkan selaput sel. Zat gizi zinc dan iodine membantu kesembuhan dan fungsi sistem kekebalan tubuh. ‎

Asid lemak mustahak (EFA) seperti Omega-3 dari minyak ikan, minyak flaxseed, minyak herbatus ‎sauda (jintan hitam), mungkin membantu. ‎ Sapuan minyak Evening Primrose boleh membantu mengurangkan rekahan dan luka pada kulit.

Aisyah :: Ruam, Kayap n Eczema (Part 1)

Mencabar sungguh bila anak sakit n kita x tau ape sakit yg ank kita hadap tu..on 17 Sept, Affan tiba2 demam panas sgt+batuk2..ummi guna kaedah sock stoking dgn cuka epal utk kurangkan panas tu smabil2 sponge bath dgn air+cuka epal..mmg die selesa, bila stoking dh kering n ummi nk soak balik, die x bg..die nk pakai je sock tu..mmg ummi x dpt tido sbb risau klu suhu die jd tggi..ade gak bg Ibuprofen beli dkat farmasi tp mcm x berkesan dekat Affan,kebah kejap je pastu panas balik..
esoknya hntar Affan umah Baby sitter, die belikan PCM dekat Klinik Dr Azmi..3x makan, on 19 Sept, demam Affan dh baik..dh aktif mcm biasa..

Ni bintik2 merah yg ade kat seluruh bdn Aisyah..
Tetiba esoknya Aisyah pulak mcm demam je..badan die panas sgt mencecah suhu 39oC..pastu mengadu sakit kepala, bibir pun dh pecah2 sbb kering sgt kot..ummi igt demam biasa sebab jangkit dr Affan..Cuma bezanya dgn Affan, Aisyah lgsg x nk mkn..minum air n menyusu pun xnk..merengek je sbb die ckp sakit kepala n rasa gatal dekat bahagian punggung die (ade satu tompokan merah sebesar duit 50sen,mcm ruam lampin tu) ..ummi bg PCM, die muntah balik mcm lgsg x leh terima..dh mandikan, sponge bath tp still panas..so,ummi masukkn Veron supp 12.5mg melalui punggung (mmg ade spare kat rumah ubat ni, in case ubat mkn x jalan), ptg tu Aisyah dh ok..demam dh kebah Cuma selera mkn masih x de..sakit kepala n gatal masih ade..esoknye on 21 Sept, mase mandikan Aisyah ummi perasan yg ade bintik2 merah muncul sekitar tompokan merah dekat punggung Aisyah..n bintik2 merah tu ade kat setiap badan Aisyah, terutama kat pelipat kaki, tgn, ketiak n celah kangkang..mmg scary sgt..seluruh bdn ade!! Kecuali perut, belakang n dada..ape kena budak ni??nk kate campak, mcm lain je..lgpun die dh penah kena masa kecik dl..so, ummi n baba bawak la Aisyah pg GH..ramai gak pesakit hari Ahad ni, berjam gak la tggu turn nk msuk bilik doc tu..tp ceknye x sampai 10 minit pun..mmg x puas hati betul..

Doc : ok, apa masalah?

Me : Die gatal2 doc, baru arini kena..dekat punggung die lagi besar tompok merah..smlm die demam, demam dh baik..timbul pulak bintik2 cmni..knp ye doc? (dgn detail sekali ummi citer kat doc)
Doc : Xpe kita tgk dulu..jom naik atas katil..

(doc selak2 seluar tgk punggung, tgk kaki n tgn sikit2)

Doc : Owh, ni rasheh because of viral ni..nnti sy bg ubat sapu, ubat tahan sakit n ubat utk mulut die yg pecah2 ni..x de pape ni, nnti ok la..

Me : Bukan chicken pox or sakit kuku dan mulut ye doc?Apa punca die?

Doc : Owh, bukan2..ni rash biase je ni..sapu ubat sy bg ni nnti ok la..punca die byk sbb, die mungkin ade main pasir or tanah..

Me : Erm,ok la cmtu..Thanks doc.. (sebenarnya x puas hati sbb die cek mcm sambil lewa je, x de tnya byk soalan pun kt ktorg n mcm rushing je,tau la rmai patient tp kena la laksanakan tanggungjawab tu betul2..ktorg sanggup tggu berjam nk dptkan rawatan)..huhu..

Ubat yg Aisyah dapat – Calamine lotion, PCM, n Orregel.

BAlik umah, terus umi sapu lotion tu kat Aisyah, tp Aisyah nangis pulak sbb die ckp sakit n gatal sgt..Ummi bg PCM nk hilangkan rase sakit tu sket supaya Aisyah boleh rehat n tido kejap..Dapatla la tido kejap dlm sejam, tu pun kejap2 bangun suruh garu2 die..Bangun tido tu, ummi mandikan Aisyah n sapu lotion tu balik..die tetap rase x selesa n suruh ummi sapu minyak gamat dekat tompok punggung die tu sbb die ckp pedih n sakit sgt..lgpun tompok tu berair je, x kering 2pun..ummi dh confuse, betul ke lotion ni sesuai utk Aisyah ni?? :: Sambung Part 2 ::
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))