terasa sangat lemah,
terasa sangat tidak berdaya,
terasa sangat sakit,
terasa buntu x mampu berfikir,
sperti seakan tiada siapa yang tahu,
tiada siapa yang boleh memahami,
tiada siapa mampu menenangkan,
betapa hati terlalu pedih,
betapa hati telalu lelah,
betapa jiwa terasa beramuk,
betapa badan terasa x mampu menanggung,
hentaman dan tekanan yang datang dari segenap penjurunya,
Ingatlah DIA ada,
hanya DIA yang maha mengetahui segalanya,
apa yang dirasa,apa yang kita lalui,apa yang kita pendamkan,
sedang pandangan mata manusia nampak baik sahaja,
kerana luaran yang nampak begitu perkasa,
sedang hati terasa penat merintih dan menjerit..
Hanya DIA yang mampu mengembalikan ketenangan dalam jiwa,
Hanya DIA yang mampu memberi apa yang tiada,
Hanya DIA yang mampu menyembuhkan sakit dihati yang kian menular,
Hanya DIA yang mampu mengubah segalanya...
Ya,Allah..
dan yang pasti setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya..
maka dengan keyakinan dan doa setulus hati tunjukkanlah jalanya..
dan wahai hati semoga kau sentiasa kuat dan redha..
kerna bukan selamanya hidup bertongkatkan dunia...;')