" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 5 March 2013

Pengalaman Bersalin Affan..Part 1::



Khas buat Affan..pengalaman bersalin Affan x kan mampu umi lupakan sampai bila2 sbb ianya terlalu indah utk dikenang..kdg2 umi boleh tersenyum sendiri bila ingat balik mcmane umi bersalinkan Affan..
Umi dh start cuti 3 minggu awal..sbb dh cukup bulan ni umi byk sgt appointment kat klinik n hospital since umi ada GDM (kencing manis), lgpun ramai sgt kwn2 umi yg ckap perut umi dh jatuh..memendangkan umi pg keje naik tren,dorg risau kot umi t’beranak dlm tren..hoho.. masa umi mengandung Affan 3 bulan,baba dh start keje, x buat business lg..jd baba x boleh nk hntar n ambil umi dr keje mcm kak Sya dulu.. lpas bincang dgn baba,baba pun suh umi amik cuti awal..

03/10/2012

Umi ada rasa sakit sikit2 kat perut n pinggang,asyik kluar masuk toilet jer tp x membuang pun..tp umi rasa belum masanya lg kot Affan nk kluar..umi boleh lg masak utk baba blik mkn tgahari nnti n sempat lg menyental bilik air..haha..ms lunch umi ngadu kat baba..baba terus x jadi masuk keje semula lpas lunch, die ajak umi pg hosp..umi call opah Affan dl cmner, die suh umi pg hosp sbb mcm dh ada tnda2..umi ikut je lar sbb walau ni kali kedua umi bersalin tp kira first experience utk umi rs sakit contraction dr mula hingga akhir(masa kak Sya umi hnya rs sakit bila jln dh bukak full,ready nk teran),so  umi x tau mcmaner sakitnye awal2 buka jln..

Sampai jer hospital,time kluar dr kereta ada sorg mak cik tegur umi “dah sakit ke nak?nmpak perut dh jatuh betul..mcm nk b’salin dh ni”..smbil senyum umi jwb “sakit sket2 jer”..Macam biasa masuk screening room, kena soal jwb ngn doc n normal cek up..ms masuk dlm bilik ni kak Sya meraung2 nk ikut umi tp umi sorg je yg boleh msuk..kesian kak Sya..;(

Weight – 68kg
Urine – Normal
CTG – Contraction ada tiap 10 min..tp bila cek bukaan msih lg 0cm..
Scan – Semua ok,kepala dh kat bwh tp belum betul2 dlm laluan lg..doc estimated berat Affan dlm 3.8kg..dtg sorg lg doc cek utk cnfirm kan berat Affan..doc ni 3.9kg plak..huhu..umi dh cuak,masih t’bayang2 lg mcmaner umi b’salinkan kak Sya aritu..masa 32weeks berat Affan baru 2.8kg..cepatnye ank umi ni m’besar..

Umi kena ward gak sbb doc ckp dh 38 weeks,anytime umi bleh b’salin..lgpun dh ada tanda2..tp sebelum masuk wad,doc explain kat umi risiko klu umi b’salinkan Affan secara normal memandangkan umi GDM n Affan pun besar..klu ibu ada GDM,kemungkinan lemak2 akan b’kumpul pada bahu baby, bukan pada perut mcm baby lain..so,risikonya adalah mungkin bahu baby akan t’sangkut kat ‘pintu keluar’..doc akan cuba mcm2 cara utk kuarkan bahu baby dalam masa x lebih dari 5min utk mengelakkan komplikasi lain pada baby and the worst n last choice is bahu baby akan diPATAHKAN sedikit..doc ckp x perlu risau sbb baby senang nk recover..2 minggu dh okay,cume dlm minor case x dpt nk recover balik.. what??patah??..tidak la..sebolehnya umi nk elakkn..ms ni umi dh t’bayang2kn cara lain utk deliver Affan..

04/10/2012

Pagi2 lg doc dh dtg utk cek bukaan..masih 0 cm..umi dh agak pun sbb umi lgsg x de rs sakit pun,jd bila masa pulak jalan nk buka kn..dalam pkul 10 pg,doc pkar dtg bersama romobongannya cek umi..doc pakar tekan2 perut umi, die ckp melalui pengalaman die mungkin berat Affan dalam 3.4kg jer..umi bgtau doc yg umi request nk cser jer sbb umi takut n x yakin..doc pujuk umi yg umi bleh deliver secara normal sbb umi penah lahirkan baby yg lg besar sebelum ni n die x rasa baby kali ni pun besar..umi Cuma angguk jer..tp dlm hati tetap risau..umi kol baba, umi cite kn risiko klu umi lahirkan Affan secara normal..baba pun risau,die pun suh umi cser jer..umi n baba x nk apa2 jd kat Affan,x nk Affan sakit..start dr ni umi dh stop mkn ubat2 utk senang bersalin,air selusuh atau apa jer sbb umi dh nekad nk cser..

Sebelum ni doa umi ‘Ya Allah,permudahkanlah dan izinkanlah kelahiran anakku ini nanti dgn kelahiran yg sgt mudah dan tanpa menggunakan apa2 alatan supaya suamiku dapat sentiasa bersamaku menyambut sendiri kelahiran anak kami dan segera dapat mengazankan dan mendoakannya..dan supaya aku dapat terus memeluknya dan menyusuinya..Amin’

 Kenapa umi doa cmni?sbb klu umi bersalin melalui cser atau gunakn forcep or vacuum,baba x leh duduk dlm labour room dgn umi,baba kena kluar mcm ms umi bersalinkn kak Sya dl yg guna vacuum..jd baba hanya dapat azankan kak Sya hanya lepas dh siap timbang n bersihkan..dh setengah jam kot baru dpt azankan,tu pun sbb baba yg mintak,jd umi harap kali ni Affan cepat2 diazankn ;)

Tapi start arini doa umi adalah ‘Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang terbaik..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik utk tiap hambaMu..permudahkanlah segalanya,aku redha dgn apa jua cara utk melahirkan anakku ini, cukup la ianya yang t’baik dan selamat utk aku dan juga anakku..sesungguhnya Kau la sebaik2 perancang..Amin’

Nampak mcm umi dh nekad nk cser je kan..sebenarnya takut gak, tp demi anak umi yg t’cinta ni umi jadi berani..;)


Bersambung Part 2...

Sunday, 3 March 2013

Khasiat Biji Aprikot..


Satu info sy dpt mlm ni dr mak mertua sy psl biji aprikot..dh lama pun,sy je yg x tau..haha..kira my MIL ni advance dr sy la..haha..die dh siap order dr kwn die lg..selama ni sy mkn buah die jer,x tau plak biji die b'khasiat tggi..my mil ckp artis Sarimah dl ade cancer bleh cure dgn mkn biji aprikot ni jer..ni apa yg sy jumpa ttg khasiat biji aprikot..selamat membaca (klu rajin la..haha)

Kernels aprikot merupakan kumpulan Nut dan seed (kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakannya adalah kandungan khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Bitter Apricot. Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser) yang merupakan pembunuh senyap.

Amigdalin (Vitamin B17) dapat diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. Jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels, B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.

Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satunya ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement dengan antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik iaitu secara langsung menyerang sel kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas.

Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide”. Ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk tisu normal yang hidup.


Jika Anda Percaya Pada Allah


Allah telah menurunkan penyakit dan Allah juga menurunkan penawarnya. Dengan menggunakan logikal akal anda akan memahami bagaimana Vitamin B17 dari Apricot seed membunuh sel Kanser. Tubuh badan kita telah di ciptakan Allah dengan sebuah sistem pertahanan untuk menentang sel kanser, tetapi ianya bergantung dari diet dan pemakanan yang anda makan. Keseimbangan mineral dan Vitamin yang anda amalkan akan membantu membentuk keseimbangan tahap kesihatan yang anda miliki. Biji apricot merupakan salah satu makanan yang dapat membentuk keseimbangan yang telah saya terangkan diatas.

Jika anda tidak percayakan Allah menurunkan Penawarnya.


Fakta logik dan sains menunjukkan bukti bahawa kehadiran enzim-enzim danscientific chemistry dalam badan manusia adalah benar-benar berlaku. Mana-mana ahli biokimia atau ahli toksikologi di seluruh dunia telah mengesahkan berlakunya proses ini. FDA ( merupakan badan yang mengawal ubat-ubatan dunia ) telah mencabar pakar-pakar penyakit kanser dan ahli biokimia untuk menunjukkan bukti penemuan bahawa enzim laetrile dari biji Apricot dapat membunuh sel kanser. FDA mendapati terdapat bukti kukuh bahawa laetrile atau Vitamin B17 benar-benar dapat membunuh sel kanser. Atas kepentingan kewangan dan politik, mereka telah merahsiakan penemuan ahli biokimia tersebut. Perkara ini juga terjadi pada penemuan penawar HIV yang telah di rahsiakan. Bagaimanapun rahsia ini telah kami dedahkan dalam bentuk Vcd dan anda boleh mendapatkannya dengan percuma dari kami. Mudah mudahan segala maklumat yang anda perolehi dapat menyelamatkan orang-orang yang anda cintai.

Bagaimana B17 menyuburkan sel yang sihat dengan B12

Hasil kajian Ahli sains dan Ahli Biokimia tentang B17 telah di bukukan dan dirakamkan dalam bentuk VCD yang bertajuk “World Without Cancer” oleh G. Edward Griffin dan “Alive & Well” : One Doctor's Experience With Nutrition in the Treatment of Cancer Patients. Telah disiarkan dalam rancangan di sebuah station Tv di Malaysia baru baru ini.

Fakta dari hasil kajian mereka,kita kena faham bahawa tubuh badan kita memerlukan beberapa enzim bagi tubuh melaksanakan tugasan mereka. Salah satu enzim yang berfungsi untuk menyahkan toxsin dalam badan adalah enzim yang dipanggil Rhodanese, boleh di jumpai dalam kuantiti yang banyak di seluruh tubuh kita. Kecuali pada bahagian yang ada sel-sel kanser.

Seterusnya badan kita mempunyai enzim yang di namakan Beta-Glucosidase dapat di perolehi dengan banyaknya pada setiap sel kanser. Beta-Glucosidase hanya berada pada sel kanser sahaja. Pada sel badan yang tidak ada sel kanser tidak terdapat enzim ini. Biji buah Apricot mempunyai kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia. Vitamin B17 terdiri dari 2 bahagian glukosa, 1 Hidrogen Sianida dan 1 bahagian Benzaldehyde (pelali penahan sakit semulajadi ).

Apabila B17 memasuki kedalam badan manusia, ia akan dipecahkan oleh enzim Rhodanese. Rhodanese akan memecahkan Hidrogen Sianida dan Benzaldehyde kepada 2 bahagian, Thiocyanate dan Benzoic asid merupakan enzim yang sangat diperlukan oleh sel-sel yang sihat untuk menjalankan proses metabolisme. Hasil proses metabolisme enzim tersebut menghasilkan vitamin B12. Lebihan dari proses metabolisme tersebut akan di keluarkan oleh sistem pembuangan kita. Vitamin B17 yang berada dalam tubuh kita tidak akan bertahan melebihi 80 minit ia harus diganti dengan pengambilan b17 dari biji apricot yang baru. Pengambilan biji apricot setiap 4 jam merupakan sebuah kaedah mengekalkan Vitamin B17 sentiasa berada dalam badan kita.

Bagaimana B17 Membunuh sel kanser


Apabila B17 bertemu dengan sel-sel kanser, ia tidak dapat di pecahkan sebab tidak terdapat enzim Rhodanese untuk memecahkannya kerana enzim Rhodanese tidak terdapat pada sel kanser. Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya. Sebaliknya apabila B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindak balas kimia akan berlaku disini yaitu Hidrogen Sianida bergabung dengan Benzaldehyde. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser. Anda akan lihat sel-sel kanser yang mati berkecai keluar melalui air kencing. Proses ini biasanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja. Keseluruhan proses ini disebut sebagai “selective toxicity” atau ketoksikan selektif. Hanya sel-sel kanser sahaja di sasarkan untuk di musnahkan lihat gambar rajah di bawah.

Beginilah cara b17 dari biji apricot bekerja Ia telah terbukti dan berilustrasi untuk memusnah serta membunuh sel kanser dan menyuburkan sel yang sihat melalui B12. Jika anda melayari internet anda akan melihat fenomena ini digunakan Hospital Contreras di Mexico dan Harold Manner Hospital lebih 30 tahun yang lalu dan berjaya merawat 100,000 orang pesakit-pesakit kanser!.
Harapan kita untuk melihat budaya memakan biji apricot sebagai rawatan alternatif merawat pesakit kanser akan menjadi kenyataan apabila kesedaran ini menjadi satu budaya dalam kehidupan.

Doa Seorang Isteri..;))

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Kau ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata2 nista & keji
Kau kuatkanlah smngtku untk mnempuhi sgla cbrnMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanmu di Arash,
berikanlah aku kekuatan & keyakinan untk terus bersamanya..
Sekiranya suamiku ini adalh suami yg akn membimbingku di atas titianMu,
Kurniakanlh aku sifat kasih & redha di atas segala perbuatannya..
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Al-JannahMu,
Limpahknlh aku dgn sifat tunduk tawaduk akn segala perintahnya..
Sekiranyya suamiku ini adalh yg terbaik untukku,
Peliharalh tngkh laku serta kata2 ku dri menyakiti perasaannya..
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabrn untk menghdpi segala karenah & ragamnya..
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkn bukn hnya untk diriku seorg,
Kau tunjknlh aku jln yg terbaik untk aku harungi..
Sekiranya suami ku tergoda dgn keindhn duniamu,
Limphknlh aku kekuatnMu untk aku memperbetulkan keadaannya…
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan,
Kau pandulah aku untk menari dirinya keluar daripada terus terlena..
Ya Allah,
Engkau yg Maha Mengetahui akn apa yg terbaik untkku..
Engkau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapn & keterlanjuranku..
Sekiranya aku tersilap dlm membuat sebarg keputusn,
Bimbinglah aku ke jalan yg engkau redhai…
Sekiranya aku lalai dlm mnjlnkn tngungjwbku sbgai isteri,
Engkau hukumlah aku di dunia,tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku engkar & derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu..
Ya Allah..Sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa rahmatMu..
Kuatkanlh hati & semangtku,
Tabhkn aku menghdpi sgla cubaan dari Mu..
Jadiknlh aku isteri yg disenangi oleh suamiku..
Bukaknlh pintu hatiku untk menghayati agamaMu..
Bimbinglh aku agar mnjd isteri yg solehah..
Hanya pdMu Ya Allah ku pohon segla hrpn..
Krna aku pasrah dgn dugaanMu..
Krna aku sedar betapa hinanya diriku..
Krna aku seorg insan yg kerap keliru..
Krna aku leka dgn keindahn duniaMu..
Krna kurg kesabarnku mnghdpi cbrnmu..
Krna pendk akalku mnghrungi ujianMu..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Aku hnya ingn mnjd isteri yg dirhmti,
Isteri yg dikasihi,
Isteri yg solehah,
Isteri yg sentiasa di hati suami…
Amin amin Ya Robbal Alamin…

Affan cirit birit..;(

Bila baby cirit birit kita jd sgt risau..ye la kn,kita yg dewasa ni pun x than, ni kn dorg yg kecik..My Affan dh msuk 9 hari cirit birit, on off..kdg2 mcm dh ok, kdg2 byk sesgt..naik risau plak..mula2 igtkn mslh susu sbb baby sitter ada bg susu formula yg ktorg bekalkn sbg back up last week (sbb susu perahan sy bg x cukup)..die pn ada muntah2 2-3x satu mlm..

Pastu sy ada amik ESP n Alfalfa Shaklee utk tmbhkn susu..susu mmg meriah tp bdn rs sket pns la..ari pertama amik 10 bijik, esoknye kurangkn 6 bijik, pastu terus stop sbb Affan cirit makin teruk..sbb sy ada baca ade certain2 org yg x serasi dgn Alfalfa ni sbb sifat die yg pns..mungkin Affan n sy x sesuai kot..tp dh stop lama pun smpai arini Affan cirit lg..sy dh confius sbb apa sebenarnya...huhu..bkn sbb susu or supplement kot..ntah la..

Isnin minggu ni ktorg pg Klinik Dr Azmi kat Senawang, klinik ni mmg best sbb peralatan die agk canggih la...die cek darah Affan n he said Affan ok jer..x de apa2 infection bacteria or virus..die ckp mgkin sbb makanan yg sy mkn..tp sy mkn mcm biasa jer..lg sy b'tambah pelik..Ha, nk citer gak ni..time doc cucuk jari Affan utk ambil darah,die lgsg x nangis..siap gelak2 lg ngn doc..very strong boy la ank umi ni..hehe
Muka budak lepas kena ambil darah..muka control macho jer..;-p
Semalam bwk plak pg HTJ,Seremban..doc ckp, phsically Affan ok jer..aktif mcm biasa, boleh ketawa,jerit2, siap tendang doc lg..menyusu pn ok..x dehydrate..doc cuma risau klu dehydrate je..die x galakkn Affan kena tahan wad melainkan parents yg request..so, ktorg decide x pyh warded la..doc ckp klu kat wad pun cuma msuk air,monitor n suh menyusu mcm biasa..klu jangkitan virus pun,die x kn bg apa2 antibiotik pun..kat umah pun bleh buat..die ckp lg klu msuk wad lg b'risiko utk dpt penyakit lain plak..so,sy nk kongsikan tips apa yg doc cdgkn n apa yg sy buat sbg langkah menjaga baby yg kena cirit birit ni :-

1) Bg air garam yg doc bekalkn tu sampai die stop diarrhea..spy baby x dehydrate..
2) Rebus botol2,puting,pam n segalanya la instead guna sterilizer yg sy selalu guna tuh..
3) Practice good personal hygiene during prepare susu..(basuh tgn bersih2 sebelum suap susu klu gune botol   la)
4) Cuci dgn antiseptic sume alas2 tmpt tido n baju2 die..
5) Bg die susu sekerap mungkin utk die kluarkan semua virus dr bdn melalui muntah or najis..
6) Selalu monitor suhu bdn,pola penyusuan, keaktifan die, klu ada demam or lain mcm jer terus bwk pg hospital..
7) Pastikan keadaan n perkakasan cukup sterile utk n semasa mengepam susu.(risau gak kot2 susu contaminate time pam susu or penyimpanan x betul)
8) Cepat2 tukarkan pampers bila die mencirit..utk elakkn buntut die merah sbb najis ni kn b'asid..
9) Ibu kena jg makan betul2..x boleh mkn apa2 yg bleh menyebabkn baby sakit perut..


Harap2 Affan cepat2 sihat..die x de maragam n nangis2 pun..cume risau jer..tp arini tgk mcm dh ok sket..setakt ni baru 2x poo..;)




Thursday, 28 February 2013

Aisyah yg bijak..Alhamdulillah..;)


Alhamdulillah,Subahanallah..Tersentuh hati melihat perkembangan normal anak yang sedang membesar didepan mata..T’bukti anak kecil mengikut apa jua perlakuan yg selalu dilihatnya..;)

Belum pun berusia 2 tahun, tp si cantik manis kami sudah tau :

1) Bila si adik muntah,si kakak la org pertama yg akan capai towel n terus lap mulut adik smbil ckp “muntah2”..kdg2 ummi pn x perasan adik muntah..;p

2) Bila umi bentang sejadah nk solat, die terus dtg b’diri ats sejadah tu smbil gayakan org sdg solat..haha..selesai je tahiyat akhir, die terus duduk ats riba utk aminkn doa b’sama2..;)

3) Bila siap tukarkan pampers n baju si adik,si kakak tanpa disuruh2 terus amik pampers yg dh guna n buang dlm tong sampah,amik baju yg dh pkai n masukkn dlm bakul kotor..

4) Kalau die nk susu, die akan amik n hntar kn botol susu,susu n air kat sape2 jer mntk tlg buatkan susu utk die..

5) Bila si adik nangis, kakak yg tgh baring boleh cepat2 bangun n pg kat adik..pastu terus tepuk2 adik sambil sebut “Allah2”..konon nk dodoikan la tuh..

6) Die dh boleh kenal semua anggota bdn dgn baik..

7) Die boleh sebut n cam gmbar family dgn baik walau dh lama x jumpa..so kpd mak2 sedara Aisyah jgn la risau ye,die masih kenal n igt korang walau dh b’bulan x b’semuka..;p

8) Kdg2 bila dh “poo”, die bukak seluar,baju n pampers sendiri n terus pg toilet..pastu ada hati nk basuh sendiri..haha..;p

9) Kalau dh lapar sgt,die amik pinggan kat rak n bg kat kita suh letak nasi..tp penah sekali die bukak sendiri periuk nasi tuh n cedok nasi masuk dlm pinggan,habis b’terabur..haha..(sbb masa tu periuk nasi letak kat bwh,so die boleh capai)

10) Hampir boleh mengira 1 hingga 10..(dr 1 hingga 5 tunggang langgang,tp 6 - 10 okay)..haha

11) Kalau umi or baba mengadu sakit kaki, die cepat2 ambil minyak gamat or losyen pastu sapu n urut2 kat kaki kita yg sakit tu..

12) Boleh kenal jenis n warne kereta..cume x kenal no plat je lg..hehe

13) Klu adik sendawa, die akn ckp 'Alhamdulillah'(tp pelat sket la)..;p

14) Bg salam tiap kali nk masuk umah or bilik n tau nk jwb salam bila org bg salam..

Walau kdg2 die m'buat kita hilang sabar, tp die juga la penawar hati..umi syg Aisyah n Affan sgt2..semoga kalian sentiasa dlm lindunganNya..Amin..

Anak Itu Kupu-Kupu Syurga

Tazkirah...

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab.

Wasilah Kata Hati Seorang Isteri..;)


Khas untuk semua suami n bakal2 suami..hehe..;p

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

i) KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

ii) Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

iii) Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

iv)Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

v) Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat :

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya.. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh....Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh.....Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit......

Kita tak suka perigi mencari timba..Selalu pula kita mudah berkata,. Perempuan jenis apakah itu???

Siti Khadijah pun adalah wanita yang meminang lelaki ; Jadinya perlu ke menghina wanita yang ingin meneladaninya??????

Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....

Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

FIKIR-FIKIRKANLAH. .......... .... ...;)
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))