" Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasullah..Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami..Dan menjadikan baiknya akhlak kami..Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 25 September 2014

Aisyah :: Ruam, Kayap n Eczema (Part 2)

Malam tu ktorg balik umah opah Aisyah n Affan..kot2 dorg tau ape penyakit yg pelik sgt dekat Aisyah ni..Aisyah still nangis2 n merengek..mkn,minum n menyusu pun x nk..mmg dh risau sgt..lpas pujuk2, Aisyah makan la sesuku roti n menyusu, lpas tu tido..Tp tido yg x lena, kejap2 bangun utk menggaru..Pkul 3 lebih ummi dh bangun sbb x tahan tgk Aisyah yg merengek je dlm tido, ummi sapu lg lotion tu dgn harapan dpt kurangkn gatal die..tapi die terus nangis kuat2 n menjerit ckp sakit..huh, ummi dh panic ni..baba, atuk n opah terus bangun tgk Aisyah..Aisyah siap lompat2 lg sbb sakit sgt kot..pastu atuk n opah tgk tompok kat punggung Aisyah tu, dorg ckp nmpk mcm KAYAP..ah, sudah kayap plak..patutla Aisyah semacam je, xkn la ruam smpai mcm tu sekali kn..

Ni ha, tompok merah aka kayap dekat punggung Aisyah..putih2 tu sebab sapu dgn calamine lotion..
22 Sept lepas Subuh, opah, atuk n ummi terus bawak Aisyah berubat kat kg K.Pilah..nasib baik ade sedara atuk kt kg yg tau nk ubat kayap ni..sbb org kata kayap ni sebaiknye kena berubat cara alternative (penawar/ubat kg) utk cepat baik..sbb ramai org cuba ubat moden akhirnye ke rawatan kg juga utk sembuhkan kayap ni..sbb kayap ni panas, ubat hospital pun panas..Aisyah tido je sepanjang perjalanan ke kg, mungkin penat sgt smalaman x tido..

Sampai je rumah onyang ni (pangkat utk Aisyah), ummi tunjukkn tompok tu..die ckp mmg kayap, then die bacekan ayat2 al-quran n semburkan dekat bahagian yg sakit tu..pastu die mintak sediakan sirih n kapur..onyang bacekan ayat2 ats sirih, kapur n pinang tu, pastu bungkus2kn..die suh balik nnti, potong halus2 n cmpur dgn air n ramas..baru sapu pd bhagian yg gatal2 tu n kena sapu gune tgn je, x leh guna benda lain..Aisyah kena pantang mkn yg gatal2 n bisa2..x leh menggoreng dlm rumah..mksdnye, AIsyah kena mkn mcm org dlm pantang tu la..n org dlm umah tu pun xleh la mkn yg bergoreng2..n pantang juga mkn benda2 yg menjalar mcm labu, tembikai, timun n sewaktu dgnnya..

Maka, opah pun cuti utk jaga cucu kesayangan die ni..ummi pg keje sbb dh byk sgt amik cuti bulan ni..balik dr keje, ummi tgk Aisyah tgh mkn..nmpk berselera, opah ckp Aisyah dh minum susu, mkn n minum mcm biasa..n tompok kat bahagian punggung die pun dh kering..Alhamdulillah, syukur sgt..Cuma bintik2 dekat bhgian lain tu masih sama..belum kering, still merah n gelembung..mlm tu sapu lg air daun sirih tu dekat aisyah..tiap kali lpas poo n kencing, ummi sapu lg air tu supaya x putus ubat tu..Mlm tu Aisyah dpt tido nyenyak sgt, lgsg x de merengek.. :: Sambung Part 3 ::

Sedikit Info Tentang Kayap..Kesian Aisyah, org dewasa pun xtahan ni kn pulak budak2..patut la asyik merengek je..

Apa itu Penyakit Kayap?

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes. Iaitu sejenis virus yang sama menyebabkan cacar air (chicken pox),

Biasanya selepas terkena cacar air, virus tersebut akan kekal tidak aktif (dormant) dalam satu2 kawasan saraf dalam badan...

Kayap akan menyerang apabila virus tersebut diaktifkan semula dalam saraf selepas beberapa tahun...

Sebab serangan virus kayap ini kembali aktif masih lagi belum jelas, cuma ianya akan menyerang sekali sahaja...

Kayap berpotensi tinggi akan berlaku pada kondisi seperti berusia lebih daripada 60 tahun, terkena cacar air sebelum berusia satu tahun, kadar imunisasi menjadi lemah disebabkan pengambilan ubat atau penyakit...

Apabila seorang dewasa atau kanak2 yang belum pernah terkena cacar air menyentuh secara langsung (direct contact) dengan seseorang yang mempunyai kayap, dia hanya akan mendapat cacar air sahaja bukannya kayap...

Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksakerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.

Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untukmengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Simtom-simptom bila terkena penyakit ini? 

Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Punca kayap masih lagi belum dipastikan yang sebenarnya, tapi berdasarkan pembacaan yang dilakukan ada beberapa faktor yang menyumbang kepada pengaktifan semula virus kayap...

Antaranya ialah stress yang melampau, rawatan chemotherapy (boleh kata, virus ni thermophilic), serta kehadiran kanser atau AIDS pada seseorang...

Jika terkena kayap, antara cara untuk merawatnya ialah dengan mengelakkan suasana panas (kerap mandi air sejuk), sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian, menyapu ubat2an (krim yang diperbuat daripada pepper), ubat makan daripada doktor (antiviral drugs atau topical anaesthetics), serta beberapa petua ubatan kampung (getah batang keladi, daun gelenggang, daun pokok duit2, dan pelbagai lagi)...

Selain itu, kepada individu yang berusia 60 tahun ke atas dinasihatkan untuk mengambil suntikan vaksin Herpes Zoster untuk mengurangkan risiko diserang kayap...

Wednesday 24 September 2014

Pneumonia : : Abah masuk wad

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya kembali berblog..bulan ni bulan cuti2 family..awal bulan ni, abah masuk wad..terus amik 3 ari EL..klu keje pun, hati x keruan susah gak kan..abah mmg ade diabetes, high BP and kidney failure yg menyebabkan die kena buat hemodialysis 3x seminggu..tp kali ni abah masuk wad sebab sesak nafas, puncanya dari batuk2 n demam..rupanya doc diagnos abah kena lung infection..sebelum abah, mak dh dulu kena asma smpai kena amik neb kat hospital..ha, puncenya adalah buah-buahan tempatan yg tgh galak berbuah kat kebun abah tu..disebabkan geram tgk buah2 tu masuk ranum jer,mak ngn abah melantak x ingat dunia..x boleh dikawal lagi..manggis, langsat n rambutan jd habuan..habis je semua tu, masing2 dapat batuk n selsema..bila dh lama sgt batuk, tu yg jadi lelah n lung infection..buahan2 tempatan mmg sedap dimakan tapi perlu bersederhana sebab manis n sejuk..lagi2 untuk penghidap penyakit 3 serangkai mcm abah tu, mmg kena limit kan..sebenarnye buah-buhan tempatan ni tinggi khasiatnye, kaya vit, lagi2 manggis smpai kulit pun dh dikomersialkan..tapi cara makan kena betul..makan kena berpada, sebab tu islam suruh bersederhana dalam apa jua perkara..(ceramah pulak dh)

Berbalik citer abah td, abah kena tahan wad sebab sesak nafas berpunca dari batuk yg teruk hingga ade infection kat lung die (kena amik antibiotic)..blood pressure pun tinggi 245/190..doc ckp sbb batuk yg non-stop menyumbang pada high BP sbb badan penat sgt..glukos dalam darah pun tggi sbb buah2an tu agak tggi kandungan gula, lagi2 abah x dapat nk keluarkan melalui kencing n bergantung pd dialysis jer n mmg amik mase la nk turun..maka start 9 Sept abah dah berkampung dekat hospital..malam tu juga gerak balik kg dgn ain n her hubby, of kos with aisyah n affan..my honey bunny tinggal sebab die baru masuk keje tempat baru, kena jaga performance..huhu..esoknya dh melawat abah, sedih betul tgk abah..muka mcm sembab je, selara mkn lgsg x de..nmpk penat sgt n x larat..Tugas i adalah memasak apa jua yg abah nk mkn..

10 Sept – batuk abah masih sama je, mlmnye siap cirit birit lg, demam,blood pressure dh ok, glukos still tggi lg..arini x buat dialysis sbb smlm dh buat..mkn pun dlm 5-6 suap je..Ya Allah, sembuhkanlah abah..kesian sgt tgk..mak pun x lalu makan, ye la hati risau kan..

11 Sept – dh x de demam, batuk pun dh kurang tp glukos still tgii wlu abah x lalu mkn pun..arini buat dialysis, kurang berat 2.5 kg..dh hilang sembab kat muka..mlmnye, abah kena sesak nafas yg teruk smpai dh ngigau bukan2..

12 Sept – masih sama mcm smlm..tp nmpk dh ok sket la..mkn tetap x lalu..si aisyah n affan pulak menyibuk mkn mkanan abh..smapi x cukup sup ayam yg hospital bg..over pulak budak berdua tuh..

13 Sept – batuk abah dh kurang..selera mkan dh dtg..abes semangkuk bubur nasi+ikan goreng abah mkn..keadaan abah pun semakin baik..cume glukos still tinggi cume dh kurang dr hari2 sebelum ni..harap2 abah dh boleh keluar esok..

14 Sept – abah dh boleh keluar wad dgn sebundle bekalan ubat termsuk antibiotic yg perlu dihabeskan(Erythromycin es n Augmantin)..Alhamdulillah, syukur sgt..tp bdan abah still lemah lg.. x larat nk drive lg..mengikut pembacaan, batuk ni akan amik mase lame sket nk sembuh sepenuhnya lagi2 dikalangan pesakit diabetes sbb sistem imun badan lemah..tp WAJIB dptkan rawatan awl sebelum merebak jd lagi teruk..so, bile batuk2,jgn amik mudah ye..lagi2 klu batuk tu lain mcm bunyinye..

Sedikit Info tentang Pneumonia (Jangkitam Kuman pada paru-paru)

Jangkitan Kuman di Paru-paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs).

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:

· Demam panas.

· Batuk dengan atau tanpa kahak.

· Sakit dada.

· Tiada selera makan, tidak mahu makan.

· Rasa tidak sihat, sering merengek.

· Pernafasan laju atau susah bernafas.

· Muntah atau cirit-birit.

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

· Pernafasan laju.

· Sukar untuk bernafas.

· Bibir menjadi biru.

· Batuk berdarah.

· Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.

Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:

· Paracetamol/Panadol.

· Rehat yang secukupnya.

· Minum air yang banyak.

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.

Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

· Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme).

· Vaksin influenza - untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan.

· Vaksin pneumococcal - untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan.

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.



Monday 10 February 2014

~Sayang anak ditangan-tangankan~

Pepatah sayang anak ditangan-tangankan mungkin dh x boleh pkai kot zaman skrg ni..Pelik dgn mak bapak skrg..cikgu2 lgsg x boleh nk sentuh, nk marah ank dorg..klu ank dh buat salah biar la cikgu nk ajar dgn cara mereka selagi tidak melampaui batasan sbb setahu sy, tugas cikgu bukan sekadar mendidik ilmu pelajaran tapi juga membina sahsiah diri, jasmani dan rohani ank murid..

Teringat zaman sekolah2 dulu :

Terlupa ade keje umah (padahal mewarna gmbr je pun), tetiba sementara tggu bas sekolah dtg baru teringat ade keje ..lari keluar rumah nk siapkn keje tu..tkut klu mak nmpk,die marah sbb x buat mlm smlm..

Cikgu bg homework psl sifir, x dpt nk buat..mak x bg keluar umah main ptg2, dh hafal sifir2 tu baru boleh keluar umah..

Seigt sy sepanjang 6 tahun sek ren, cuma 3hari sy x pg sek..tu pun x sihat,mmg dh x larat sgt..setakat batuk selsema sket2 tu, mmg x de peluang la nk ponteng sek..

Kena rotan ngn cikgu kat tgn bile markah periksa x capai target dorg..balik umah, citer ngn mak abah..dorg ckp ‘bgusla tu, belaja kuat sket nnti x kena rotan dh’..so, secara x lgsg sbb x nk kena rotan..usaha lebih lg sbb nk dpt markah dlm target cikgu2..

Jiran ktorg merangkap cikgu kelas dtg umah mengadu psl adik yg x fokus dlm kelas, balik umah teruk adik kena ngn mak..mak siap pesan lg ‘klu ank sy nakal2, x nk belajar..pukul je cikgu..xpe’.. mak n cikgu tu jd best friend..adik sy ni standard 1 still pelat lg..cikgu ni yg byk bantu..adik selalu kena denda balik lewat..berkat usaha, alhamdulillah adik sy skrg dlm final sem menamatkan pengajiannya..sygnya arwah cikgu ariza dlm kenangan..seorg guru yg sgt komited n baik..

Ibu bapa dulu sgt menghormati n meghargai guru..msih sy igt tiap kali hari guru tiba, hadiah akn disediakan utk cikgu (walau bukan la hadiah mahal2 pun, tp pemberian ikhlas dr hati)..ade satu tahun sy betul2 lupa, mase dh siap nk pg sek baru t’igt..apa yg mak n abah suh sy bawak?? Sebijik Mug yg besar..sbb tu je ade kat umah..mak ckp “xpe, bg je..cikgu boleh guna utk minum nnti..dh x sempat nk buat atau beli pape dh”..:’)

Alhamdulillah, hasil kena marah n rotan2 dl, hasil sifat tegas mak abah..kami 3 beradik lpas msuk U..insyallah,sorg bkal bergelar Doktor..tggl adik yg bongsu je,tahun ni SPM..

Selagi cikgu2 mendidik n mengajar dalam batas yg sepatutnye, kita sepatutnye menyokong ape yg dorg buat..sy harap mampu jd ibu bapa yg menyanjung cikgu2 ats jasa mereka mendidik ank bangsa..buat cikgu2, teruskan perjuangan kalian..curahkan ilmu sepenuh hati dan penuh ikhlas..insyallah, ganjaran menanti anda..

Friday 7 February 2014

~Sepetang Di Fraser Hill~~

I ni nama je org Pahang, lahir kat pahang, mak bapak pahang, sejak umur 8 tahun dh duk pahang..tp byk tmpt kat negeri sendiri belum teroka..jgn x caya, ni first time jejak kaki kat Fraser Hill ni..tu pun sbb plan last minute abah..

Sebelum tu dh plan ngn m.de nk berkelah dekat Lata Jarum n Pulau Chekas jer, dh siap msk semua..tetiba rase x sedap hati nk pg sana, lagi2 si Ain ckp ade byk kes org kena virus kencing tikus mase berkelah, lgpun cuaca skrg yg x menentu..pastu, tetiba abh ajk pg Fraser Hill, die ckp sejuk..boleh rehat2, rest minda..semua pun ok je..so, on je la..

Jalan nk pg ke sana mmg sgt mencabar la..mcm ular kena palu..klu rase cepat mabuk naik kete, x pyh la pg..bengkang bengkok n mendaki..dr jalan besar lebih kurang 40km..cuaca x de la sejuk sgt, biase2 je..tp klu pkai open2 tu still sejuk la..:p..tp air t'sgt la sejuk..mcm air + ais..nk pg toilet pun seram..huhu..

Jom layan gambar2 kami yg beraksi seakan2 tourist dr Africa Selatan :p


~ Kami ~
~ Affan n p.sunya (sebaya je pun) ~

~ Sebahagian Family Belah Mak ~

~ Loving Couple (loving la sgt :p) ~

~ Tiger Girl :p ~

~ Picnic sebelah hotel je ni ( mmg selamba badak sgt) ~

~ Aisyah ~

~ With Opah n Aki ( Mak bapak kesayangan beta la tuh ) ~

~ Kami adik beradik, x cukup sorg..huhu~

~ Opah , aki with cucunda tersayang ~

~ We are Family..hoho ~

~ Tiger2 ummi n baba ~

~ Dh nk balik..gud bai Fraser Hill~

Tuesday 28 January 2014

Jangan Dibanding2 Anak :: Tiap Anak Itu Istimewa

Entri ni sekadar perkongsian pengalaman seorang yang baru 3 tahun menjadi ibu kepada 2 org cahaya mata..saya lah tu..hehe..x byk pun, sbb sy pun masih belajar byk lg perkara :)

Bila ank kita dh setahun, tapi still x boleh jalan lagi..akan ada suara yg b'tnya 'eh, dah setahun belum jalan lagi ke?ank sy setahun,dh berlari pun'..mase tu kita sbg ibu, msti rase down sket kn..yela, org compare2kn ank kita..tp kita kena kuat, pk positif.. setiap budak perkembangan x kan sama..tp percaya la, taip2 budak ade kelebihan tersendiri..

Macam Aisyah mmg lmbt berjalan, die merangkak utk satu masa yg pjg..mmg la risau sgt, tiap2 ari urut kaki die..Setahun 3 bulan baru start nk berjalan..tp first word die 'Baba' seawal umur 6 bulan..skrg die dh 2tahun 9 bulan, Alhamdulillah die dh boleh ckp dgn baik gaya budak 4-5 tahun..x pelat, klu die ckp dgn sesiapa pun..insyallah, org boleh phm..rmai yg x kenal, bile ckp dgn Aisyah, igtkn Aisyah dh 4-5 tahun, lebih2 lg fizikal die agk tggi cuma agk kurus..dah boleh baca doa tidur,doa mkn, al-fatihah sket2, bg salam, nk mkn baca bismillah, pandai suap adik mkn, bsuh poo sendiri n etc..

Macam Affan pulak, perkembangan fizikal die sgt cepat..die meniarap sewal umur 2 bulan, 5 bulan dh merangkak n 9 bulan dh start berjalan..skrg dh setahun 3 bulan, tp masih belum bercakap dgn baik..pastinya ramai yg tnya 'Affan x ckp2 lg ke?lmbtnye nk ckp'..of kos la, sbg ibu perasaan risau tu menebal..mase umur Affan 11 bulan, sy bwk die jumpa doc..conversation sy n doc :-

Doc : Ok ibu, apa mslh?
Me : Sy risau doc, ank sy msih x ckp dgn baik..normal ke utk umur ank cmni?
Doc : Bape umur die?Ape word yg die boleh ckp skrg?
Me : 11 Bulan, nk msuk setahun..die boleh sebut baba, mama, mamam, nak..
Doc: Die dh boleh sebut mama tu dh cukup baik tau utk umur mcm ni, bukan senang nk sebut mama..ibu ni (smbil gelak2)
Me : Tp doc, kakak die umur mcm ni dh mcm2 ckp..sbb tu sy risau..jd x de mslh ye doc?
Doc : Awk x boleh nk compare2 kn anak, tiap ank lain perkembanganya x kn sma..ish, ibu ni..x de mslh la, die normal..kita risau klu dh 2 tahun, lgsg x ckp ape2, tu prob..
Me : ok, thanks doc (sedikit lega tp sgt terkesan dgn ape yg doc ckp)
Sorry Affan, umi rasa bersalah plak..x de niat nk perkecilkan kamu pun..:(

Terjumpa plak artikel pasal 'Tongue Tight'..hati bertambah risau..kebetulan cukup umur Affan setahun, Affan kena follow up dgn pkar berkaitan usus die aritu, so kesempatan ni sy gune utk tnya doc pkar plak..

Me: Doc, boleh tlg cek lidah anak sy x?die tounge tight ke?sbb die x ckp byk lg..
Doc: Cek lidah n mulut Affan..erm, ok ni..klu tounge tight lgsg x boleh menjelir..yg tu kita mmg kena potong sket..tp ni sy tgk ok lg..
Me: Tp Doc bile die menjilat, lidah depan die bentuk M sket..normal ke?
Doc: TT lgsg x boleh menjilat ibu, lidah x boleh keluar dr mulut..sy tgk ni normal, lgpun umur mcmni biasa klu msih x bercakap..ibu jgn risau, cuma lidah die agak pendek sket je..tp tu normal, klu pjg sgt pun bahaya..
Me : Klu mcm tu x pela..sy cuma risau jer..thanks doc ye..
Doc : Sy nmpk die mmg x de mslh..x pe, nnti kita jumpa lg mase dlm mase 6 bulan, follow up perut die tu..jgn risau ye ibu..

Skrg Affan dh setahun 3 bulan..mmg x byk word yg die boleh ckp tp ade improvement, pertambahan 5-10 word baru..lgpun dh survey kwn2 yg ade ank seusia Affan, semua pun mcm tu..lega sket..mungkin Aisyah je yg terlalu cepat bercakap kot..

Tp dr segi lain, Affan sgt pick up..die belajar dr pemerhatain je, tnpa arahan..sejak umur setahun Affan dh boleh :-
Hantar botol/cwn/pinggan sendiri ke sinki tiap kali lepas minum/makan..
Hantar baju kotor dalam bakul kotor..
Buang pampers dlm tong sampah..
Ajak pg toilet tiap kali lpas poo..
Ajak masuk bilik n naik katil klu nk tidur..
Pandai suap mkn sendiri guna sudu..
Pandai pilih baju n seluar sendiri nk pakai..lpas mndi,die akan pg drawer baju amik sehelai baju n seluar bg dekat umi..

Alhamdulillah, moga semua urusan dipermudahkan n mereka sentiasa dlm lindunganNya..moga mereka terus membesar dgn sihat dan bijak..kesimpulan di sini, Jangan banding2kan anak2 kita dgn adik beradik yg lain atau dgn ank org lain..perkembangan setiap anak x sama dan setiap anak pasti ade kelebihan masing2 yg perlu digilap..amik semua komen secara positif, jgn rase down..x perlu samakan mereka, sebaliknya berusaha utk menjadikan mereka lebih atau seperti yg kita mahu dan pastinya yg terbaik..dgn usaha dan tentunya Doa, selebihnya tawakal :) 

Wallahualam...

Aisyah Jatuh Lagi :: Mydin Seremban 2..

Malam 11 Januari 2014..Our very first 2014 family dinner kat Ayam Penyet Mydin Mall Seremban 2..ahli2 nya adalah seperti gmbr di bawah..Pak Ngah Aisyah n Affan yg belanja..Alhamdulillah, rezeki :)..moga bertambah la rezeki ye..

Family in law..

Budak berdua tu mmg byk melantaknye..so, mmg charge habis la..cnfirm lpas mkn, bertambah2 aktifnye..sipa mkn, jalan2 sekitar Mydin..melawat kawasan la kononya..:p..Affan n Aisyah mcm biasa la, kena duk dlm troli, klu terlepas cnfirm hura hara jdnya..tp sbb dh bosan, Aisyah nangis2 nk keluar dr troli..sbb ummi ni baik hati + kesian kat kakak dukung la die bwk keluar..klu x dukung pun, die boleh keluar dr troli tu sendiri dgn cara panjat n terjun..dpt bygkn x betapa aktifnye anak2 sy ni??huhu..

Memula die elok je jalan, tetiba mungkin die dpt kuasa power rangers atau kuasa cat woman meresap dlm bdn, terus die jd hyperaktif..lari laju giler lagak masuk acara pecut 100 meter, puas la umi yg dh expired dr acara larian ni kejar die..akhirnya, die tewas jatuh tersungkur ats lantai..klu tgk cara die jatuh mcm nk gelak pun ade..haha..(jahat giler umi ni)..cnfirm la si kakak ni nangis kan sbb die bukan kebal mcm badang pun :p..puas belek kepala die, tgk ade benjol ke ape ke..rupanye2 dagu yg luka, seram kot..nmpk isi n tulang putih..dlam luka die, habis la tudung umi kena darah..terus bawak pg kat baba..baba apa lg,secara tiba2 die boleh jalan laju giler (klu msuk acara, cnfirm juara)..terus bawk pg hospital..

Smpai hospital, cuci2 sket n cover dgn gauze sementara tggu turn jumpa doc..boleh lg die nk lari2 dlm hospital, bdk ni mmg x serik betul..huhu..umi dh bygkn kakak kena jahit..huhu...seram kot..jumpa doc n doc ckp luka x besar, so boleh glue stitch jer n x boleh kena air utk sekurang2nye 2 hari..sbb umi ni takut darah, baba je la yg pegang kakak time prosedur tu jalan..tggu gak kot klu2 si kakak ni menjerit ke, meraung ke..tp senyap je, tup2 dh keluar dr bilik prosedur..baba ckp aisyah lgsg x nangis..nurse ckp aisyah kuat..klu bdk lain, dh meraung2..owh, kentalnye ko kakak oi..

Maka, hancurla harapan umi nk bwk korg n kwn2 ofis nk pg Wet World Pedas cuti Maulud Nabi nnti..Sbb Aisyah x boleh kena air, x kn die nk tgk je ktorg main air..huhu..duk umah je la anak ye, rehat..sape suh lasak sgt..

# Gambar x de sbb Aisyah x suka gmbr die yg x comel, die nk gmbr die semua comel2 jer :p

Anak Muntah2?? Jangan pandang remeh..

Tetibe je nk bukak citer lama sbb tgk byk pulak kengkawan post status kat FB ank muntah teruk, cirit-birit,demam..org ckp budak2 biasa la kena camtu..tp sebenarnya tu luar biasa tau..pengalaman sy la Sept tahun lepas..

25 Sept 2013 

First day Affan warded..lemah sgt nmpk..
7.30pg -Affan bangun pagi mcm biasa, elok je amik die nk dukung, tetiba die muntah..muntah susu..
8.20pg - Baby sitter call 'Deja, Affan ni knp ye?dh 3x muntah sejak awk hantar td..Takut plak akak tgk,muntah kuning dh'..Time tu elok je dh smpai KTM Nilai, terus pusing balik amik tren balik Semban plak..cuak kot,dlm mase x lebih sejam dh 4x die muntah..
9.10pg- Amik Affan kat umah baby sitter..mase amik tu die muntah lg,mmg x de ape yg keluar pun..cume air kaler kuning je..bby sitter ckp ni kali ke5 dh die muntah..risaunye tuhan je yg tau..terus pecut pg hospital..
Otw ke hospital BFkan Affan sbb risau die lapar,muka die pun dh nmpk pucat..
9.25pg- Elok je smpai dpn Emergency Room tu,die muntah lg..abes semua susu keluar..Terus Doktor suh masuk separa kritikal..soal siasat, tekan2 perut..die x nangis pun..cuma nmpk lemah sgt..
9.45pg-Lpas 2 3 org doc cek, dorg decide pg X-ray..Time ni die muntah lg..Kesian sgt..rasa mcm nk nangis tgk die mcmtu..
10.00pg- Pg X-Ray, nmpk dekat usus die mcm ade besar sket dr normal kat satu part.Mase Doc ckp cmtu,jantung ni mcm nk luruh dh sbb pk yg bukan2..Doc suh pg Scan plak,tgk punca sebenar..
10.15pg-Mase ni die dh x muntah sbb x de ape dh msuk dlm badan..Pg Scan, n nmpk punca sebenar..INTUSSUCEPTION..usus die termasuk dlm usus lain..sbb tu die muntah2 sbb usus die dh block..mkanan n minuman x leh turun bawah..puncanya,Doc x pasti..salah satu mugkin sbb infection..
10.30pg-Doc suh Affan start puasa, masukkan drip je..Doc ckp cara nk keluarkan balik usus tu dgn masukkn air melalui dubur (Reduction Proses)..kira mcm tolak usus tu keluar balik gune air la..3x percubaan..klu x berjaya juga,terpaksa buat operation..Ya Allah, mase ni air mata x mampu nk bendung lg..mencurah2 la keluar..Affan belum cukup setahun lg, x sanggupnye rase klu die terpaksa di operate..
11.00pg- Tggu dlm wad je smpai pukul 2ptg utk proses tu..hati ni mmg dh x keruan..mulut n hati dh x henti2 berdoa..apa lg yg sy mampu buat..Hanya Allah je tmpt bermohon..mengharap keajaiban berlaku..puas dh hubby pujuk, tp hati ibu..rase mcm nk pecah..:(
2.15ptg- Pg bilik prosedur utk proses reduction, dh siap semua perlatan..air 1 pail dh siap msuk dlm bag..Allah, berat betul dugaan ni..Doc dtg utk scan balik perut Affan, tp dh x jumpa usus yg bermasalah tu..2-3x buat tp still x nmpk..Doc pnggil Doc pkar yg lain, pun x jumpa..Hingga akhir panggil Doc pakar yg agak berpengalaman n scan dgn detail..dan Alhamdulillah,mmg dh x de..:)..Doc ckp x perlu buat proses tu lg, spontaneous reduction tp still kena warded utk monitor tkut jd semula..
3.00ptg- Affan warded..masih berpuasa..tp dh x muntah lg..air kosong pun x boleh minum..
7.00mlm-Affan still puasa..die dh start nangis n tarik2 baju nk susu..bayangkn x de air, makanan n susu yg msuk dlm perut die dr 10pg..tp nurse ckp x boleh selagi doc x benarkn..doc akan visit dlm pkul 8mlm..
8.00mlm- Doc still x dtg visit..Affan dh mengamuk2..puas hubby n ummi pujuk..kesin sgt Affan :(
9.00mlm-Paksa nurse call Doc sbb x tahan tgk Affan asyik nangis jer..last2 doc ckp boleh bg air kosong je dl..no milk n food..redha..
11.00mlm- doc mmg x dtg visit dh kot..senyap2, BF juga si Affan sbb x sanggup tgk die asyik nangis je..lpas BF baru die tido..Alhamdulillah,die dh x muntah wlu lpas menyusu :)

26 Sept 2013

Second Day..Suka sgt main depan kaunter nurse..kecik lg dik nk ngorat :p
7.30pg- Doc visit Affan, tgk Affan mcm dh ok..Doc benarkan Affan menyusu n mkan..
8.30pg- Affan tiba2 muntah balik, tp x byk..pastu poo sekali..Doc suh monitor najis die,tgk klu lain mcm inform nurse..najis die mcm berlendir..
9.00pg-Doc suh Affan puasa semula, langkah berjaga2 utk buat reduction prosedur klu jd balik..
10.00pg- Cek suhu badan, Affan demam pulak, tp die aktif je jalan2 dalm wad..sbb die mmg budak yg kuat n cekal..boleh lg gelak2 n main kejar2 dgn umi..
4.00ptg-Doc visit n ckp Affan dh boleh mkn..tgk die ade muntah lg atau tak..demam pun dh kebah sket..
5.00ptg-Affan dh x muntah..cume demam die ade sket lg..
8.00mlm-Doc visit lg, die ckp klu Affan dh baik demam n x muntah2 lg esok dh boleh discharge..huh,lega dengar..sbb dh rindu sgt kat si Kakak Aisyah yg tiap2 hari tnya mana umi n adik..:(

27 Sept 2013

Doc msih nk monitor Affan lg sehari ni sbb die msih demam cuma dh x kuat..Doc ckp mungkin sebab sakit perut..die x mcm org sakit pun, aktif ssgt..semua org dlm wad dh kenal die,die masuk setiap bilik nk ajak main..smpai ade yg ckp "Doc kecik dtg melawat"..haha..Alhamdulillah,moga2 betul jd Doc besar nnti..AMIN..:)

Menjelang mlm, Affan dh x demam lg..mkn n minum mcm biasa without muntah2..cume die xmkn byk sgt..syukur sgt2..cuma arini, umi plak yg muntah2 n cirit birit..huhu..xpe la, yg penting buah hati cinta umi dh sihat :) terlebih aktif pulak die..

28 Sept 2013

Affan dh boleh dischrage..tp still kena follow up dgn pakar smpai skrg..harap2 Affan terus sihat n x kan kena lagi sakit mcm ni smpai bila2..moga Affan sentiasa dlm lindunganNya..

Sikit info ttg intusseption (search dr internet) : apa yg berlaku adalah sebahagian usus bb tu tertolak 'masuk' ke dalam usus adjascent to it. Cam teleskop la, one part yg slightly smaller tu bleh dimasukkan kat bhg yg bigger. Boleh imagine, kan? Hmm akibatnye, bleh jadi sumbatan dlm usus.

Kalau kat Europe, US and Aust; penyakit nih menyerang antara 1 - 4 babies bagi setiap 1000 babies yg lahir (not that commonla, jgn risau sgt). Tp kat M'sia, sy tak jumpa la plak statistiknye.

Usually terjadi in babies age between 3 to 18 months, commonly at 9 months old. Bb biasanya akan suddenly vomit & develops screaming attack (sbb very severe pain ). Muka jadi pucat. Dia takde cirit - birit (very important, utk bezakan dari sakit perut/cirit birit biasa), tp kenkadang kaler najis tu bertukar jadi cam 'red currant jelly' - warna merah gitu. Kalau dibiarkan, the baby bleh suffer sepsis and collapsed.

Moral of the story, cepat2 bwk gi hosp sblm terlambat.

HOWEVER, hmm.. sepanjang yg saya baca and tahu, takde la plak yg books / articles yg tulis intusussception ni DISEBABKAN oleh minum formula milk per se 95% of the case, no cause is known (idiopathic). Bila buat viral test, ada la 2-3 virus yg DIKAITKAN dgn penyakit nih, tp bukanla PENYEBAB utamanya. Wallahuaklam. Maafkan la saya, ilmu tak cukup.

# Tinggal dlm wad 4 hari rase mcm tinggal kat hotel pulak..dgn aircond sesedap rase..time baby tido umi pun tido..10x die tido, 10x gak la umi tido..haha..time mkn, kita mkn :p..tp x mo la msuk wad dah, moga ini yag terakhir..klu msuk wad sbb bersalin lg, itu x pe..hahahaha..


Terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy ;))